Looking For Anything Specific?

Header Ads

Mengandung dan diabetes (GDM). Apa perlu buat?

 Assalamualaikum. Hello hello!

Scha sekarang berada dalam minggu ke-30 kandungan. Insya-Allah due date 23 March nanti.

And mengandung yang kali ni agak mencabar sedikit. 

Sebab ada diagnose over-diabetes mellitus (kot betul ejaan), means sebelum pregnant pun dah diabetes.

Salah kan diri sendiri sebab tak jaga pemakanan. 

Masa mengandung Maryam haritu, clear taw diabetes. Bila dah 4 tahun gap, macam-macam lah makan. 

Scha pula memang hantu cokelat atau cakes. 

Dulu suka makan nutella cheese tart mamasab tu. Haa amek memang sah-sah lah sangkut.

Nasib baik lah dah sempat ambil medical card apa semua. Legaaaa.

-----------

Jadi apa nak buat bila kena diabetes ni?

Satu je, dengar arahan doctor, jaga makan, makan ubat on time. 

Tapi, jaga makan lah paling susah nak buat kan?

Kemudian, kena cekalkan hati. Sebab ada akan checkup banyak.


Checkup BSP - means dia akan check bacaan gula dalam darah 4 kali dalam sehari.

8 am. 10am. 2pm. 8pm.

Make sure bacaan dalam range begini.

8 am (puasa bermula 10 malam hari semalam) < 5.3

Kalau KK Senawang, 5.3 pun kira merah. Dia mesti 5.2 ke bawah. 

10 am, 2pm, 8pm pula bacaan 2 jam selepas makan < 6.7

Jadi, kena jaga bebetul, tahu makanan apa yang boleh gula naik. Kalau macam Scha, nasi/karbo akan buatkan bacaan naik tinggi. Kalau protetin, tak naik banyak. Lebihkan fibre/sayuran untuk filter gula tu. 

Jujurnya, memang selalu sangkut. Haha. Lagi-lagi fasting sugar. Bila malam darah pekat sangat kekadang. Scha pula insulin, so akan naik lah dos selagi merah. Kalau sangkut, repeat next week. Kalau semua pass, repeat dua minggu kemudian.

Checkup nurse dua minggu sekali. Dengan doktor pula sebulan sekali. Disebabkan haritu Scha warded kejap, so kena check kat Hospital besar sebulan sekali. Adalah dalam seminggu dua hari ulang-alik. Kena manage masa lagi. Kejar target sales lagi. 

Penat. Sumpah penat. Lagi penat, jika result tak cantik. Rasa macam aaa nak tidur je rasa. Tapi sebab sayangkan anak, ku gagahi juga. Bersyukur sangat-sangat sebab kerja flexible. Boleh arrange masa. Tak perlu ambil MC atau cuti untuk checkup. Husband pun banyak membantu juga tolong hantar KK jika dia WFH. 

Haritu pun rasa lama betul waktu berjalan. Sebab ulang-alik tu yang buat jadi penat. Tapi, ku redah jugak and Alhamdullilah Allah mudahkan kandungan Scha. Baby Alhamdullilah sihat. Bila dah ada sakit ni, nak scan pun risau. Banyak minta doa kat Allah moga Allah kurniakan anak yang sihat dan normal. Pohon doa kalian agar urusan mengandung, bersalin, pantang dan seterusnya berjalan lancar. Moga doa itu berbalik kepada kalian semula. Amin.

Okaylah. Kalau ada apa-apa nak tanya, tanya lah taw! 

See you next entry Insya-Allah.

Iklan,

Post a Comment

6 Comments

  1. due hari pertama Ramadan? warghhh... trs teringat ganti puasa ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yee anies. sebulan kena ganti puasa hahahaha

      Delete
  2. tak lama dah scha...hrp semua sihat2 dipermudahkan semuanya ye..tak sabar nak tunggu baby ramadhan hehe

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan semua urusan Scha & baby. Samalah kita, dari zaman sekolah dulu hantu coklat, hantu kek. Dua kali preggie kena diabetes (GDM) tapi tak sampai kena cucuk insulin. Cuma kena jumpa dietitian tiap2 minggu, buat jurnal makanan & check gula tiap2 hari. Skrg ni dah kena diabetes sbb tak jaga makan lepas beranak huhu…

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan urusan Scha. Jaga makan & makan ubat okey, insyaAllah tiada yg memudaratkan.

    ReplyDelete
  5. Insyallah x lama lg dh tu... alhamdulillah semoga dipermudahkan terus sehingga urusan bersalin nnt

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)