Assalamualaikum. Hello, hello!
Akhir bulan Disember 2022 lalu, husband Scha cuti seminggu. So kami memang plan nak bawak kakak Maryam ni jalan-jalan area Putrajaya. Nak pergi tempat jauh, risau cuaca monsoon yang tak menentu. So kita pergi dekat-dekat je lah.
Kami decide untuk stay di Palm Garden Hotel, Putrajaya selama 3 hari 2 malam. Nanti Scha cuba review hotel ni sebabnya amek gambar tak banyak sangat.
Salah satu aktiviti yang kami plan ialah pergi ke Taman Ekuestrian Putrajaya. Alaa, yang viral dekat Tiktok tu. haha. Korang boleh usha sendiri kat Tiktok untuk tengok feel dia macam mana.
Untuk ride kuda ni, dia ada dua sesi.
Selasa - Ahad
8.30 am - 10.30 am
4.30 pm - 6.30 pm
ISNIN TUTUP
Untuk budak, RM10 dan dewasa RM15 untuk sekali naik/round.
Dia ringkas je masa untuk round stable area tu. Dalam 4-5 mins macam tu satu round.
Cuma kalau pergi waktu cuti sekolah/weekend, waiting time dia agak azab sikit.
Bila dah purchase tiket, dia akan assign satu nombor dekat kita. Bila dah ready untuk giliran kita, dia akan panggil number dia. Masa kami pergi, bilangan kuda agak banyak jugak. Dalam 3 - 4 kuda macam tu. Kalau korang rasa macam lama je lagi giliran korang, jalan-jalan lah dulu atau boleh singgah kafe mereka.
Muka happy ehh?
Sambil menunggu giliran, korang boleh minum dan makan kat kafe mereka. Harga dia quite affordable lah kot? Standard cafe punya harga. Que agak panjang tapi makanan cepat juga sampai. Maybe sebab ada staff yang ramai.
Kalau ada rezeki, boleh tengok orang main kuda polo kat padang tu. Memang sebelah kafe je. Sambil minum, sambil layan angin petang. Haa gittew. Baru lah healing hahaha
Cantik kedai dia. Aesthetic gituu.
Menu Ekues Cafe
Harga makanan and minuman dalam RM60 macam tu.
Sedap? Boleh tahan sedap jugak lah.
Sofia selalu je naik kuda tapi ini antara kuda yang besar juga Sofia pernah naik. And dia tak takut. Haha. Risau lah kot-kot nak ibu dia teman naik kuda. Tapi kang kalau naik, ke emergency pulak kuda dia kang. Alhamdullilah, my Sofia dah jadi big girl sangat. Aura kakak tu ada lah kat dia. Tak takut and have fun bila naik. Boleh try lain benda lain pulak.
Makanya, kalau berdekatan area Putrajaya, pergilah ke Taman Ekuestrian Putrajaya ni. Berdekatan dengan PICC. Kawasan luas dan bersih juga especially tandas. Kawasan stable dia je berbau tahi kuda. Alahh, normal lah kan waahahhaa.
Okay, jumpa next entry!
Iklan;
Tak cukup bajet nak buat medical card?
— Scha.Takaful 🇲🇾🇵🇸 (@schanazri_) December 14, 2022
RM98 okay ke?
R&B: RM200/mlm
Annual limit: RM200k/year
Outpatient cancer/kidney: RM 1 juta
Elaun rawatan chemo RM100/day
Minor injury: RM1,500/setahun
Elaun gov hosp: RM100/dayhttps://t.co/QPUtdatIYt pic.twitter.com/ZVY7Al7qz2
7 Comments
happy sangat anakdara tu senyum lebar dia seronok naik kuda
ReplyDeleteMurah harga naik uda.
ReplyDeletebest nyaa kakak naik kudaa
ReplyDeletewah..seronoknya dia dpt naik kuda
ReplyDeletemuka happy tuuu dapat naik kuda yaaaa... blk rumah sibuk bercerita tak dia dpt tunggang kuda? ;-)
ReplyDeleteBagus! Siap pakai helmet... keselamatan keutamaan!
ReplyDeleteWah..Maryam berani. Ada fefeeling cam English princess tak? hehe
ReplyDeleteSemoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)