Assalamualaikum. Hello, hello!
Scha tak beberapa sihat, selesema sikit. So decide untuk buat kerja dari rumah aja.
Agensi meeting pun masih belum bergerak sepenuhnya, jadi berehat kejap seminggu ni. Tapi kerja-kerja vital behaviour (VB) masih di buat dari rumah. VB ni dikira kerja-kerja yang boleh mendatangkan sales contoh macam calling, approach orang, posting FB dan sebagainya. Gitu lah serba ringkas kerja Scha.
Eh hari ini juga assist client untuk warded. Dah 14 hari demam, senyap jee. Pastu pergi klinik, doctor terus refer ke hospital. Nahh, ulser kat tekak and belakang hidung. Tapi disebabkan medical card bawah 2 tahun, akan ada requirement sikit. Harap tak ada apa-apa masalah. Amin. Nak bagi client happy, kita delivery lah cake sikit kat beliau. Haa gittew.
Cop. sebenarnya nak cerita yang sarapan hari Rabu ni orang kata sedap makan nasi kerabu. Yekeh? Yekot.... Tapi, rasa nak makan Nasi Goreng D Raja kat area Lake Garden Seremban. Kedai ni dari Scha sekolah rendah lagi dah ada. Bayangkan umur Scha dah 32 tahun. Haha. Yang penting acik gerai ni walaupun dah berusia almost 60/70 macam tu, masih lagi gagah membantu anak beliau di gerai. Sebelum ni memang acik tu yang masak kemudian anak beliau pula menyambung legasi.
Kenapa di panggil Nasi Goreng D'Raja? Scha rasa sebab warna kuning kot wahahaha. Tapi memang sedapp. Pedass dia boleh buat kita terjaga. Hahha. Nasi goreng ayam je actually tapi memang tak dapat kat tempat lain. Ikut kata Mama Scha, ni je yang sedap haha Ataupun tempat lain tak ada yang jual. Sampai mama Scha dah pencen lah masih lagi bertahan gerai ni.
Lauk istimewa yang confirm laku keras/cepat habis ialah pedal hati ayam goreng kunyit bersama kambas. Fuhhhh. Sodappp. Lagi sodap makan panas-panas. Simple je kan, tapi ni lah yang paling laku haha. Mama Scha siap call untuk chop lauk ni wahahha
11 Comments
akak hari khamis makan nasi kerabu sebab makcik ni jual nasi kerabu hari khamis je..betul la mama ckp mmg tak ada tmpt lain rasanya xpernah jumpa ayam goreng kunyit dengan kambas..unik
ReplyDeleteBesar potion nasi goreng diraja tu.
ReplyDeleteLauk semua nampak sedap. Tapi klu ada GDM ni kena jaga2 kurangkan makanan bersantan. Saya pun tgh control mkn sbb diabetes skrg ni :'(
ReplyDeleteKemahin lagi nama nasi goreng tu kan.. hehehe..
ReplyDeleteKambas tu apa scha? hihi.. sori sy br pernah dgr ni.. menarik lauk tu sy blom pernah mkn lg
ReplyDeletehaha kambas tu adik2 beradik peria. Tak sepahit peria.
DeleteAkak kalau buat kari tak bubuh santan. Maybe sebab tak suka sangat masak lemak. Kambas tu apa?
ReplyDeletekambas tu adik beradik peria kak sal. Tak sepahir peria.
DeleteSedap plak tengok pedal hati ayam goreng kunyit campur kambas tu...eh nak buat la nanti..kari telur tu pun nampak sedap
ReplyDeleteNasi goreng tuh nampak simple je tp mesti sedap. Macam nasi goreng org kampung dulu2 makan time sarapan. Kari telur tuh pun halahhhh sedapnya nampak. Kene pulak makan dengan ikan masin. Huwaaa sedapnyaaa.
ReplyDeletepedal hati ayam goreng = ohsem, scha.
ReplyDeletetapi tu la, kat rumah ni aida sorang je makan.
so, memang makan lauk tu kalau jumpa kat kedai aje.
oic. nasi goreng nye gitu. kuning diraja.
tq scha. kalu ke sana nanti, boleh try try carik kedai makan ni.
lama sudah tak jejaki seremban :)
dulu kala, weekend, kerap jugak bwk arwah mak mertua ke lake garden tu.
Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)