Hai hai hai!
Aaaaa. Lamanya hai tak merepek kat sini. Entah bila ntah last post aku. Berhabuk sungguh. Tapi, rasa sungguh terharu sebab ada jugak yang sudi komen. Jangan risau. Akan ku kunjung kembali ke blog korang.
Banyak sangat nak cerita tapi tak tahu nak start yang mana dulu. Okay. Baiklah. Rasa nak cerita pasal election.
Engkorang percaya tak aku masuk bertanding untuk jawatan dalam persatuan fakulti? Please lah percaya. Nama fakulti aku ialah Fakutli Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli. Nama persatuan fakulti pulak ialah Chemical Student Society (CHEST). Haaaa. Aku bertanding dalam calon program iaitu BKC. Taknak bertanding dalam calon umum sebab rasa diri tak layak. So, dalam program BKC ni, ada 6 orang calon. Kami perlu merebut 4 kerusi. Yeap. 4 sahaja.
Jadi, mulalah aku berkempen selepas penamaan calon. Apa lagi, mulalah berkempen secara besar-besaran kat Facebook.
Calon lain takdelah bersemangat macam aku. Aku je semangat lebih. Haha. Segan pun ada gak sebenarnya. Tapi, aku redah je.
Masa malam manifesto, kenalah bermanifesto di hadapan orang lain. Kawan ada amik video, tapi, sampai sekarang naik segan nak tengok video sendiri. Segan baq hang -___-
Masa malam manifesto, kenalah bermanifesto di hadapan orang lain. Kawan ada amik video, tapi, sampai sekarang naik segan nak tengok video sendiri. Segan baq hang -___-
Dah siap berkempen, bermanifesto semua, so tibalah masa nak mengundi. Aku apa lagi. Undi diri sendiri lah kan? Haha. Tapi, hati aku rasa tak sedap sebab nama aku dalam kertas tu lain. Dia tulis, Nur Syazana bt Md Asri. Padahal, nama ayah aku Nazri. Itu satu. Satu lagi, dalam paper undi tu, bukan gambar yang aku nak. I mean, gambar tu pakai gambar kad matrik. Dah lah huduh. Patah semangat di situ. :(
Esoknya, pengumuman keputusan undian. Haishh. Jujur lah aku katakan, aku agak confident yang aku dapat top 4. Cuak tu cuak lah jugak kan. Hew.
Bila time nak umumkan keputusan untuk calon BKC, aku cuak sebab nama aku tak naik lagi. Haish. Takkan takkan tak lekat kot top 4. Rupanya, sampai top 1 pun, nama aku tak naik.
Maksudnyaaa, aku KALAH lahhhh!
Ya Allah, tak tahu lah nak gambarkan perasaan aku macam mana time tu. Nak nangis woi. Sebab time tu, tinggal aku seorang je dalam row tu. Yang lain, semua dah dapat kerusi dah. Aku je tinggal. Time tu sumpah aku nak nangis, tapi, buat-buat cool sambil tangan belek-belek hp. Kawan text tanya pasal result pun aku takde mood nak balas. Tapi, muka maintain ceria taw! Dalam hati, hanya Allah je yang tahu.
Dah habis je majlis, aku terus cabut balik bilik. Sambil muka maintain happy. Haha. Engkorang ingat senang? Susah tahuuu. Wuwuwuwu.
Tapi, seperti tajuk di atas, ada HIKMAH nya aku kalah. Nak tahu apa hikmahnya? Tunggu ah next entry. Nak tulis kang, panjang pulak nanti. Hehe.
^____^
7 Comments
Hikmahnya, boleh fokus pada Enactus..haha
ReplyDeleteala..xpe syaz.ko kalah sebab nak bagi org lain menang. kalau ko menang org lain tu mesti kalah. heehee..kalah ada hikmah.semestinya!
ReplyDeleteterlebih rajin hang ni.. mana tak bz.. aishh
ReplyDeleteperghh! kalau tia mmg takkan masuk lgsg ahh! hahahaha!
ReplyDeletesyaz... lama xdgr cite... xpe.. ade hikmahNya.. meh cite nanti ea.. jangan lupa.. akak nk dengar (bace) =)
ReplyDeleteHai dear :)
ReplyDeletesalam perkenalan, blog saya baru pls support :p
Btw, do well in ur studies k? :)
bila nak update entry baru nih?
ReplyDeleteSemoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)