Hai korang. Sihat tak? Kalau sihat, Alhamdullilah. Well, kat Seremban sekarang ni tengah hujan lebat gilaa. Tetiap petang macam ni, boleh mengundang kemalasan yang sangat. Last-last, katil lah jadi mangsa. Tidur yang sangat nyenyak. hik. Kalau makan megi time-time sejuk gini, memang ummphh lah! HAHA.

okay. dah kelaut.

Korang kenal Michelle Phan tak? Alah, yang selalu buat make up tutorial tu. Aku suka tengok muka dia. flawless. Takde jerawat langsung. Well, masa aku tengah usha video mekap dia sambil berangan, aku terjumpa satu video mekap ni. Diamond and Heels 114 oleh Cassandra Bankson. Korang tak kenal kan? Aku pun baru nak kenal dengan dia ni. 

So, apa yang menarik tentang dia ni?  Cuba korang tengok muka dia kat bawah ni.




Cantik kan? Bagi aku tulang muka dia agak cantik. Macam terletak lah gitu. Tapi, dalam salah satu video dia, dia telah meREVEALkan wajah dia yang sebenar. Sila lihat gambar di bawah.



Banyak kan acne kat wajah dia kan? Video ni pada tahun 2010. Tak tahu lah pulak kalau wajah dia dah flawless sekarang ni. 

Tapi, aku respect gila kat dia sebab dia berani menunjukkan wajah dia yang sebenar. Dalam video ni, dia tunjukkan macamana nak cover acne kat muka dengan hanya menggunakan foundation. Serius. Dia guna foundation yang sangat banyak. Kalau korang tak percaya, korang tengok sendiri okay.


Kesimpulannya di sini, bersyukur dengan apa yang Allah beri. Itu yang lebih baik. 

^___^


p/s : Nak pergi berangan pakai mekap macam Michelle Phan kejap. kekekeke