Assalamualaikum. Hello, hello!
Alhamdulillah.
Urusan pemindahan barang dari rumah mama ke rumah baru dah 98% selesai.
Sebelum ni kami transfer barang sikit-sikit.
Bila weekend, kami akan tidur sana.
So semalam lori sampai dan angkut barang-barang berat.
Katil masa kahwin 5 tahun lepas. Reason kami bawa sana sebab kalau kat rumah mama ni tak guna sangat pun katil ni. Hanya untuk letak barang. Kedudukan katil ni pun di bawah aircond so sejuk aircond tu pun tak terasa sangat. Tapi sayang sangat katil ni sebab mama hadiahkan untuk kami. Katil king lagi. Sedap bergolek dengan anak. Haha.
Beberapa almari kami angkut juga ke sana untuk save budget. Macam berkira-kira sikit nak spend benda baru walhal benda yang sedia ada masih elok.
Semalam juga kemas bilik kami, sorting baju-baju Maryam and kami decide nak bagi ke orang sahaja baju mana yang masih elok. Yang dah lusuh, kami akan bagi ke H&M nanti. Mana yang boleh guna untuk bakal adiknya nanti, Scha asingkan. Tak banyak sangat lah. Koleksi bedung masih elok dan tak lusuh, so boleh guna semula.
Hari ini juga ada checkup dengan nurse. Paling happy bila result air kencing, HB, BP dan heart beat anak semua baik dan normal. Dah lah orang pertama daftar, pukul 9 dah siap segala urusan. Alhamdullilah. Nurse juga ajar untuk mengira gerakan janin. Dah 5 tahun tinggal, so ingat-ingat lupa. Anak yang ni aktif sikit kicking. Terasa sepakan tiga penjuru beliau. Haii laa anak. Sabor je lah. Haha.
Okay lah. Macam banyak pula bercerita harini. Kekadang menulis ni buat rasa stress tu kurang. Dia macam lupa sekejap dunia luar sebab eksaited nak bercerita hari yang biasa. Orang baca ke tak baca, itu kemudian punya cerita kan?
Terima kasih yang datang menjengah. Korang comment lah eh, sebab Scha nak letak bloglist baru. Nanti Scha letak link blog korang kat sidebar sinun tu.
Jumpa next entry insya-Allah.
Iklan;
7 Comments
Take care and jaga dia masa mengemas rumah ya..
ReplyDeleteLama akak x singgah sini...wah dah nak dapat baby baru la....
ReplyDeleteSeronoknya nak pindah rumah sendiri. Boleh deco2 rumah lepas nie. Tapi yang penatnya time nak mengemas la nanti. Hehe. Take care ye awak. ❤️
ReplyDeletetengah preggy pun boleh pindah..hebat awak.
ReplyDeletesalam kenal ye
Semoga dipermudahkan segala urusan. Pindah rumah memang excited tapi penat
ReplyDeletePenat pindah rumah ni, angkut barang. Ooo.. Scha mengandung. Semoga selamat ye, Scha, dan sihat sejahtera.
ReplyDeleteTengok dapur pun dah cantik, nanti review deko-deko rumah ya. Take care Scha buat pelan2 susun barang tu sbb tengah peggy 😊
ReplyDeleteSemoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)