Looking For Anything Specific?

Header Ads

Dah cuba Sup Ayam versi Khairul Aming?

Assalamualaikum. Hai. Salam hujung minggu.

Minggu ni kami hibernate di rumah kami. Hari Jumaat petang siap-siap ke rumah kami. Maryam pula habis sekolah pukul 12pm, makan dulu di rumah mama and lepas asar terus gerak. Ada singgah sini sana and since dah ada peti ais, semangat lebih sikit untuk masak. Haha.

Pagi Sabtu, lepas sarapan, kami ke kedai Acheh. Alhamdulillah, tak tahu lah kenapa tapi lega bila tahu ada kedai acheh yang dekat. Scha lagi suka ke kedai acheh dari kedai melayu sebab kedai acheh lebih bersih. Kedai melayu tak tahu lah kenapa tapi agak kotor sedikit. Tempat korang macam tu tak?

Scha decide nak buat sup ayam versi khairul aming. Mama ada ajar cara masak sup ayam dia, tapi khairul aming punya cara macam campak-campak siap. Haha. Kita ikut kesesuaian. Tapi ada juga Scha derhaka resipi KA ni. Ada cili kan, so scha asingkan cili tu. Maryam tu gedik sikit tak makan pedas. Haha.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
Minyak masak
1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
Garam, gula, serbuk perasa
Air secukupnya
1 Sup bunjut
3 biji kentang
4 sudu serbuk rempah sup
Daun sup
Cili padi
Perahan limau nipis

Cara masak;




Jadi lah kan? Haha child friendly 


Sawi goreng dengan udang. Rasa macam terbanyak minyak pulak. Maryam tu obses dengan udang/sotong. Macam mak dia. Habis lah jugak udang-udang ni haaa.

Total pergi ke acheh ialah RM43. Okay lah kot kan? Kalau makan luar, RM50 tak lari sekali makan. Kalau masak, boleh tahan sampai malam.

Total prep and masak pula dalam 2 jam. Makan, kemas dapur, and kemudian solat. Pastu zzzz. Fuh nikmat Alhamdullilah. Semalam pula ada 3 orang tanya untuk buat quotation, tapi sistem tengah maintenance pula. Dia suruh kita rehat agaknya. Hehe.

Okaylah, jumpa next entry Insya-Allah.
 
Iklan;
*tekan gambar untuk detailsss*

Post a Comment

10 Comments

  1. Tak pernah cuba style dia tapi akak suka sup ayam tumis darat...hehehe...best...

    ReplyDelete
  2. sama la kita. hibernate kat umah aje.
    releks :)
    our home sweet home, kan.

    ReplyDelete
  3. Sedap, sup ayam. Makan panas-panas dengan nasi. Nikmat. :)

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap.. Tq Scha sudi singgah blog ibu.. Ibu follow sini ya.. ;)

    ReplyDelete
  5. Tak pernah try lagi versi ni. Kalau versi saya pulak tak suka tumis dulu. Masuk je terus semua, biar kat atas api perlahan.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, Scha. Wah, lama betul akak tak ke mari! Thanks tau sudi jejak kasih dengan akak hehehe maaf, akak lately memang sendu sikit berblogging & blogwalking 😅

    Belum pernah cuba style KA. Tapi, akak memang suka makan sup ayam.

    ReplyDelete
  7. keinginan nak cuba ada tapi tak buat2 pun lagi haha

    ReplyDelete
  8. Tak pernah cuba lagi sup ayam, pernah cuba ayam buttermilk Khairul Aming je

    ReplyDelete
  9. Kak Sue belum pernah cuba lagi, nanti nak cuba juga lah..

    ReplyDelete
  10. Akak masak sup ayam memang style macam khairul aming cuma bezanya akak x masukkan sup bunjut dan cili padi je. Lepas ni masak boleh try masukkan.

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)