Al-kisahnya muka aku ada tumbuh jerawat seketul. Jerawat yang macam belum masak lagi. Seketul je kat pipi. Sakit pun sakit gak, Aku pernah lah baca dalam internet kalau nak bagi jerawat tu kecut dalam masa semalam, letak ubat gigi kat tempat jerawat. Makanya, aku pun letak lah sikit ubat gigi Darlie tu kat jerawat tu haaa.
Huishh. Sakit nya hanya Allah sahaja yang tahu. Rasa berdenyut-denyut. Kau boleh rasa betul ubat gigi tu react dengan jerawat. Tapi sebab fikir jerawat boleh kecut esok, kau tahan kan je lah sampai ke pagi. Nak tiduq pun tak tonang dibuek ehh.
Pagi tu aku bangun untuk sahur. Tengok macam tak ada perubahan pun. So, aku tepek lah lagi sikit. Then tidur dalam 2 jam macam tu. And kemudian....
O MY ALLAH!
Tapi aku redahkan juga ler pergi kerja tanpa pakai mekap (concealer) untuk tutup jerawat tu. Dia dah start sakit. Kawan-kawan dah mula tegur. Aku dah start meroyan dekat Facebook.
Ramai kawan aku marah sebab pergi letak ubat gigi. Sesal tiada guna orang khabar. Kena pekakkan telinga jeee laahhh. ahhahaha. Beauty consultant Mary Kay pun tetiba je tanya perkembangan kulit aku, so aku cerita lah pasal ni. Hahah. Nasib baik dia tak bising sangat sebab dia pun pernah buat jugak tips ni. Heyy, it's not just me okk!
So, dia sarankan tepek sikit mask Botanical Effect dekat tempat jerawat dan biarkan semalam. Buat hari-hari sampai dia kering. Aku pun ikut jeee laa. Haha. Nasib baik ada mask tu. Fuhhh.
Gambar di atas masa hari kedua. Dia dah macam berkudis kuping. Puas lah aku menutup kesan jerawat ni dengan kertas or tangan masa cakap dengan orang. Tapi, aku sabar jeee. Haha. Tahan je lah weh.
Dah dua malam aku tepek mask tu and pagi hari ketiga aku dah boleh kopek kudis tu! Yeayy! Dia kopek sendiri eh. Bukan aku saja-saja pergi kopek. Cuma ada kesan merah-merah sikit je. Takpe, Mary Kay adaaa.
And taraaa, hari keempat!
Baru lah konpiden sikit jumpa dengan orang! ahha. Still boleh cover dengan bedak. So, aku boleh lah jumpa tunang dengan happy nyaaa! Tak yah nak tutup lagi dahh. Weehoo! Thanks Mary Kay!
Produk Mary Kay ni sumpah mahal dan kesannya lambat. Tapii, sumpah berbaloi dengan harga. Tengok aku dah dua kali sumpah dah. Leulsss.
Kalau ada permintaan, aku akan up kan story aku bila guna Mary Kay okk. Korang nak tahu tak? Cepat komen so that I know you want to know the feedback using Mary Kay.
Till then, see you again in my next post!
11 Comments
sama gak..akak pernah buat.then menyesal sebab makin teruk. mungkin kulit Scha jenis sensitif. produk mahal tapi lambat takpe. dia jangan murah pastu cepat sangat..mesti ada yang tak kena. takut dengar kes macam-macam.
ReplyDeleteMy cousin pernah buat benda ni,And jadi benda yang sama macam sis kena.. dah la dia letak kat almost semua jerawat, habis rosak muka dia.. :/
ReplyDeleteUtk lelaki ade x? Hehe
ReplyDeleteselamat hilang jerawat tu kan. kalau tak seminggu boleh haruu hidup.hehe
ReplyDeleteAlahaiii... Pernah baca juga pasal tips ni, dan ada kawan sorang tu tegah sebab takut jadi macam ni lah. Allah... Nasib baik jumpa mary kay kan boleh tolong rawat kulit tu. Saya pakai oxy je kalau jerawat naik. Nanti share lah guna mary kay tu. Hehe
ReplyDeleteSaya nak pergi cari mary kay.
ReplyDeleteJiran saya ada jerawat
hahahaha rasa komen ni kelakar xD
Deletehai akak. lamanya tak singgah sini. mehmeh
ReplyDeleteseriusss baru tahu. penahh gak letak ubat gigi kat jerawat. memang bekas hitam tuu lama nak hilanggg. sedihhh kitee rasa. wuu
Cantik uolssss. Mary Kay memang bagus kan? Alhamdulillah Sha memang takde masalah jerawat, kalau tak jenuh jugak cari skincare sana sini... hihi
ReplyDeleteingatkan tadi ada entry baru.
ReplyDeleteTakde entry baru ke
ReplyDeleteSemoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)