Assalamualaikum. Hai semuaaa!
It's holidayyy guysss!
Credit : http://kotakinabalusabah.com/
Eh, korang tak nak rancang untuk bercuti ke mana-mana ke? Dah nak dekat hujung tahun ni. Lagi-lagi cuti sekolah dah bermula ni. Setahun sekali kita pergi bercuti apa salahnya kan? Asyik menghadap kerja saja, sekali sekali kita rehat-rehatkanlah badan ni. Penat weh badan kalua focus kat kerja je. Sakit pinggang aku jadinya.
Pergi bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. Haaa, barulah makin kuat silaturrahim tu. Tak gitu? Hihi. Kepada yang berniat nak membawa anak-anak bercuti tu, bolehlah mula merancang dari sekarang. Tapi pastikan korang tengok bajet dulu. Kalau ada bajet lebih bolehlah pergi jauh sikit. Kalau tidak, bercuti di tempat yang dekat-dekat pun takpe. Yang penting dapat luangkan masa bersama keluarga tercinta dan merakamkan sedikit kenangan yang terindah. Itu yang paling utama kan?
Aku ada plan untuk bercuti ke Kota Kinabalu untuk honeymoon. Jadi, memang tengah dalam mood mencari travel site yang sesuai dan berbaloi lah ni. Memang bertuah rasa sebab Traveloka Malaysia lah yang aku cari selama ni. Sangat senang dan memudahkan kerja aku untuk membuat tempahan hotel dan tiket penerbangan. Kalau bab nak bercuti ni aku memang suka tengok dekat web Traveloka sebabnya macam-macam promosi yang ditawarkan. Bukan untuk dalam negara saja, promosi ke luar negara pun ada juga tau. Diskaun yang diberikan juga sangat best. Terkadang sampai rambang mata aku nak pilih. Tapi apa-apa pun tetap kena memilih dengan bijak supaya percutian dapat berjalan dengan lancar. Perancangan percutian tu sangat penting tau.
Hmm, ni alang-alang dah rancang nak ke Kota Kinabalu ni, kenalah survey sekali dengan tiket penerbangan kan. Bagi korang yang baru first time nak naik kapal terbang tu pasti akan terasa excited. Mesti terfikir bagaimana perasaan dan keadaan bila berada dalam kapal terbang nanti. Ada juga yang takut nak naik kapal terbang. Bukan sebab gayat tapi sebab mahal. Eh, relaks laa. Kalau korang survey kat web https://www.traveloka.com/en-my/ pasti korang akan berpuas hati dengan potongan harga yang ditawarkan. Lagipun, terdapat pelbagai jenis airlines yang boleh dipilih mengikut bajet korang. Antaranya ialah Air Asia, Firefly, MAS, dan lain-lain lagi. 😀😀
Seterusnya, perkara yang paling sukar untuk dibuat bila nak bercuti adalah pemilihan tempat penginapan. Ianya memang akan mengambil masa yang lama sebab kita tentulah nak pilih yang murah, selesa dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Kalau nak check satu persatu memang membuang masa. Lagipun bajet aku dalam RM200 je semalam untuk satu bilik. Jadi, dengan adanya Traveloka Malaysia ni memang mudahlah untuk aku buat pilihan dengan baik dan cepat. Untuk pengetahuan korang juga dalam web ni terdapat lebih daripada 100 buah hotel yang boleh dipilih. Bukan setakat di Malaysia saja tapi termasuklah di Indonesia, Singapore dan lain-lain negara lagi. Woah, memudahkan kerja kan?
Bagi korang yang bajet kurang daripada aku tu tak perlu bimbang sebab harga yang ditawarkan memang sangat mampu milik oleh sesiapa pun. Korang boleh filter mengikut dari harga yang ditawarkan, berapa rating hotel ataupun kemudahan yang disediakan. Bila dah berkenan dengan mana-mana hotel korang juga boleh tengok review yang diberikan oleh pengunjung lain tentang hotel yang dipilih. Review daripada mereka juga sangat berguna sebenarnya untuk korang membuat pilihan hotel dengan lebih tepat. Jika review banyak yang positif pastinya akan membuatkan korang tidak sabar menunggu untuk menikmati percutian yang bakal tiba. Kalau tersalah pilih nanti mesti mood percutian korang akan rosak. Tak seronok lah nanti kan? Jadi, kenalah rancang dengan baik.
Sebelum aku terlupa, dalam web Traveloka ni juga korang boleh tahu apa tempat menarik yang berdekatan dengan tempat penginapan korang ataupun korang boleh filter tempat penginapan manakah yang berdekatan dengan tempat menarik yang korang nak pergi. Jadi, bila dah sampai dekat sana nanti tidaklah korang terpinga-pinga ke mana nak pergi.
Macam aku, tempat penginapan yang aku pilih ialah Ming Garden Hotel and Residence sebab ia berdekatan dengan Jesselton Point Waterfront iaitu terminal feri yang utama di Kota Kinabalu. Dari terminal ni korang boleh pergi melawat pulau-pulau yang menarik seperti Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Di samping banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel, harga penginapannya juga memang dalam bajet aku. Kira berbaloilah promosi yang ditawarkan tu untuk aku.
Yeay! Aku dah ada perancangan. Korang bila lagi? Jangan sampai terlepas pula promosi menarik yang Traveloka tawarkan ya. Ok, have fun guysss! Thank me later okk! 😉😉😉😉
TRAVELOKA
9 Comments
Yeah!! Sabah tunggu kami datang.. hehehe..
ReplyDeleteBoleh dapat eh 1 malam rm200. Macam menarik ni
ReplyDeletehttp://www.fatindays.com
kk tempat percutian yg best!
ReplyDeletetemot yg menarik utk bercuti, blh plan holiday nak kemana ..
ReplyDeletebest nih untuk bercuti =)
ReplyDeletesemoga dipermudahkan olehNYa..syk Sabah kan
ReplyDeleteEhem, semestinya destinasi yang dipilih ialah pilihan tepat. Sabah is my hometown and I am proud to say that my hometown has a lot of things to offer. Tak rugi kalau datang! ;)
ReplyDeleteAnyway, Jesselton Point Waterfront and Ming Garden Residencen tu dekat dengan my house.
Best regards,
www.pojiegraphy.com
Tula..best travel, ni baru balik dari Korea, paln nak gi Sabah tahun depan
ReplyDeleteVisit back https://tarotthefool.blogspot.my/2017/04/glamour-night-rose-annual-dinner-2017.html?showComment=1493047666212#c1061339815027073585
ReplyDeleteSemoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)