Assalamualaikum. Heyy yoo guyss!
Baca ini dahulu taw --> Penang, Hari Pertama
I'm back with Penang trip! haha. Lama tertangguh entry ni. So, leggoo!
Hari kedua kami ke Bukit Bendera sebab tak lengkaplah ke Penang kalau tak pergi Bukit Bendera kan?
Sepanjang kat Penang ni, memang kami guna Waze jee. So, gunakanlah Waze anda dengan betul and berhemah. Cewahh.
Kami sampai dalam pukul 11 macam tu. Bila sampai je, boleh tahan ramai gak lah orang kat situ. Terutamanya pelajar sekolah buat rombongan cik kiah. Haha. Queue pun boleh tahan ramai jugak tapi tak terasa pun beratur sebab sistem dia sangat bagus. Cepat dan pantas gitu.
Harga tiket:
MyKad (pastikan tunjuk IC masa kat kaunter)
Dewasa: RM 10
Kanak-kanak: RM 5
Pelajar: RM 5
Kemudian, beratur untuk naik kereta api. Perjalanan dia boleh tahan bumpy gak lah. Curam gila and rasa mampu ke kereta api ni sampai ke puncak? Haha. Dah lah macam tin sardin dalam kereta api tu. Dalam 10 minit jugaklah perjalanan. Pastu dapat tengok permandangan yang hijauuuuu. Memang cantikkkk!
Aiskrim kelapa yang mahal nokhorom : RM6.00
The famous Love Bridge?
Kat atas Penang Hill ni banyak tarikannya. Antaranya muzium burung hantu, the Love Bridge, Cliff Cafe. Tempat makan pun boleh tahan banyak gak. Ada juga aktiviti yang boleh upah orang untuk bawa kita jalan-jalan area Penang Hill, tapi, mahal wehh. Jalan kaki je mana yang mampu. Hhaa.
Setelah puas meneroka kat atas bukit, perut kami pun mulalah lapaqqq. Haha. Mama ayah aku ni tekak nak nasi kandar je kat sini. So, kita ikut kan aje laahhh.
So, kami ke Nasi Kandar Pelita. Sekali lagi, WAZE sahajaaa.
Total: Around RM 30.00
Next, masa masih ada untuk kami meneroka bandar Georgetown. Aku dari sebelum sampai Penang lagi aku nak pergi ke Street Art tapii, kami pergi cari jeruk dulu. haha.
Aku suggest pergi Chowrasta tapi aku tengok takde apa pun kat Chowrasta. Hanya banyak buku-buku lama and kurang jeruknya. Sini terkenal dengan Jeruk Madu Pak Ali. Jeruk madu pak Ali terletak di sebelah kanan Chowrasta. Tapi, kami tak pergi situ.
Kami pergi di sebelah kiri Chowrasta. Jeruk Tempayan. Bersih sahaja kedainya. Owner dia pun friendly. Jeruk dia takde cuka so sangat sesuai dengan perut ayah aku. haa. Habis kami borong kat situ untuk dibawa balik ke Seremban.
Kalau nak beli souvenir, bangunan di sebelah kiri Chowrasta ada macam arked. Dalam tu ada banyak jual souvenir and baju-baju ala-ala pantai. haha. Harga boleh tahan kalau kau pandai menawar harga. haha
Next, kami ke Lebuh Armenian! Sini lah tempat popularnya dengan Street Arts. Kena pandai cari lah. Eh, guna PETA! Senang gilaa kalau ada peta. Selalunya dalam peta tu dia akan sediakan sekali tourist attractions. Ada peta, ada waze, so boleh jalan! ahah.
Sebenarnya ada banyak lagi gambar, tapi banyak tak jadi sebab ayah aku tak reti ambil gambar. haahahha. Tetiba je gambar tu gelap. Adoiyaii makk. Hahaha. Takpelah. Redhoo. hihi
Malamnya kami ke Batu Feringghi. Memang nak makan kat sana. Tapi, agak kuciwa sebab banyak restoran Arab dan seafood yang kami tak tahu halal atau tidak. Last-last jumpa satu kedai ni, Kak Ani Seafood Restaurant. Dekat dengan pantai. Sampai masuk dalam JJCM. Terpampang JJCM dalam signboard.
Tapi, makanan ntah pape. Lambat, tak berbaloi, mahal! Baik aku makan nasi kandar je lagi puas hati. wuuuu. Itu yang susah bila travel tanpa tahu tempat makan yang best kat situ. haha. Lagi-lagi dengan parents aku yang was-was dengan status halal di situ.
Sudahnya, kami balik je ke hotel and tidur senyenyak-nyenyaknyaaa. hahahaha. Berharap esok mungkin lebih baik. Amin.
Okay. Nanti aku sambung lagi next entry ke Penang. Last dayyyy!
Jaga diri semua. Salam Maal Hijrah 1437 H!
^^
8 Comments
wahhh, bestnye jenjalan kat tempat2 menarik camtu, apatah lagi dengan family kan. :D
ReplyDeletekenapa aiskrim kelapa bekas kecik tu mahal sangat T^T
aihhh sedapnya makanan TT.TT
Hahahaha. Aiskrim tu memang mahal lepas tu sikit je isi dia. Apa yang buat kan dia mahal sampai sekarang I tertanya tanya. Hahahah. Oiii nasi kandar tu kecik besor kecik besor je Nani tengok. Terliur ;D
ReplyDeletewoww....tergoda tgk aiskrim...tp mahal nyerrrrr....huhuhuh
ReplyDeleteBestnya pergi Penang!
ReplyDeleteBelum pernah g sana lagi..sob3! Ada rzki nak g lah.. ^_^
ReplyDeletetak patut tak patut...mai penang tak habaq...kami blogger utara tunggu ja nak hampar karpet merah
ReplyDeleteHye sya! pergi penang tak ajak!
ReplyDeleteJEROK PAK ALI TERBAIK...ADA SIJIL HALAL
ReplyDeleteSemoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)