Assalamualaikum! Hai korangggggggg!
Perghhh. Alhamdullilah. Dapat jugak update seketul dua. haha. So, leggo!
Aku bertolak dari Seremban dalam pukul 9 pagi. Sampai Penang dalam pukul 3 petang. Haha. 6 jam jugak lah jalan sebab ada jem sikit sebelum sampai Ipoh. Memandang kan perut lapar gilaa, so, kami terjah Nasi Kandar Line Clear Jalan Penang dulu. Waze sahaja okay! Konfirm sampai. hehe.
Haaa, Nasi Kandar Line Clear ni memang warung. Bukan macam restoran mamak. Terletak di antara kedai-kedai. Satu-satunya kedai Nasi Kandar Line Clear kat Penang. Tempat lain memang takde.
Kari dia memang kedabom sedap sangat. Kari mamak ni memang takde santan. So, memang banyak pakai rempah ratus. Cuma kari melayu je bubuh santan. hihi. Sampai ayah aku dah fobia nak makan kari yang ada santan. Baguslah gituu.
Haritu aku amek kari ayam and sayur. Erm, ayam tak masak. Liat. Sabor je lah. Nasib je besar.
Makan 3 orang = RM 28.00
Next, kami terus shoot ke Hotel Sentral Seaview Tanjung Bungah sebab mata dah kuyu, badan dah penat duduk seharian dalam kereta. Wehooo
Hotel Sentral ni ada DUA cawangan kat Penang. Satu kat Georgetown. Satu kat Tanjung Tokong/Bungah. Aku prefer Tanjung Tokong sebab dia menghadap laut! Tenangggg! Dari hotel ke pekan Georgetown dalam 15-20 minit sahaja. Itu aku sanggup sebab tak sanggup nak redah jem pekan.
Hotel Sentral Seaview ni aku dapat rate Family since pakcik sedara aku kerja kat Hotel Sentral KL. Tapi, rate family pun, boleh tahan jugak semalam. Maybe sebab dia menghadap laut kot. Tak sempat pula usha harga bilik kat situ. Maaf-in.
Bilik dia kecil sikit berbanding Hotel Sentral yang pernah aku stay dekat Kuantan. Ini pun tambah extra bed. Tapiii, sekecil-kecil pun, bilik sangat okay! Kemas, selesa, dan menghadap laut. Sesuai lah untuk family kecil macam aku ni. FREE WIFI dalam bilik!
Rate =RM160/night (family rate)
Petang pula aku pergi merenung nasib depan laut sambil mata galak memandang hot boys yang sedang main surf boarding kat situ. Kebetulan pula, ada pertandingan surf boarding kat situ. Wow, lagi lah galak mata ai memandang. kekeke.
Malam pulak kami lapar. Rasa nak pergi pekena pasemboq pulak. So, kami ke Padang Kota Lama. Tapi, serius sini memang JEM yang amat. Hang kena cari parking baik punya. Selawat banyak-banyak. Sebab kat sini tak boleh park sebarangan even dah lepas office hour. Polis banyak buat rondaan dan sudah bersedia dengan kertas saman.
Pastikan ada kupon parking okay. Aku beli kat 7Eleven, RM 8.00 sebab aku ingat konon kena banyak parking. Sekali membazir jee. Baik beli RM 4.00 sahaja dulu.
Ronda punya ronda, dapat jugaklah parking. Pheww. Bila dah parking, sekali nampak pak polisi tengah me-round. Pheww. Nasib baik dapat parking.
So, kami terus ke Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama. Cari bahagian HALAL yerr. Memang ada pelbagai kedai yang ada. Ada mee udang, sotong kangkung, nasi ayam, nasi kandar, char kuey teow, coconut shake, err macam-macam ada lah kiranya. ahha
Tapi, tekak terasa nak makan pasembur. Mama and aku main ambil je aneka pilihan rojak depan mata.
Sekali, kena bayar RM 25.00 kata kauu! Amboii, ane ni power betul mencekik tourist yerr. Tapi, memang kami ambil banyak kot. *sedapkan hati*
NASIB BAIK SEDAP HINGGA MENJILAT JARI! HAHAHA
Then, kami jenjalan sekitar Padang Kota Lama and mak aku sempat buat inai. Hahhaaha. Bila rasa takde nak buat mende, kami pun pulang untuk beradu. Haha.
Sekian. Jumpa lagi di Hari Kedua okayy!
Muahh banyak kalii!
^^
9 Comments
Mahalnya rojak Pasembur. Ke, memang macam tu harga dia?
ReplyDeletePehhh nasi kandar tu :D
ReplyDeleteBest tang nasi kandaq tu. Pasemboq tu tmbh rm3 bleh mkn nasi kandaq 3 org punya.ada gst kot. Apa nak buat dah selagi boleh caj,kita cajla ane tu kata...kikiki..gurau je..
ReplyDeletesis JM pun kalau masak kari x letak santan..lagi ummph tau
ReplyDeleteayam tak masak? kalau sis JM mesti dah komplen pasti minta tukar baru..ishhh
kalau sis JM pun pasti akan pilih hotel hadap lau..baru tenang kan
bab parking kat padang kotal ama tu mmg senitasa penuh..ada yg cari parking pusing berklai2 still penuh lastnya balik camtu ke..sib baik scha dapat parking
ReplyDeletepasembor tu..byk kali gak pernah dgr..harga mmg dalam RM20++ mgkin byk bahan kan..campur itu campur ini..
ReplyDeleteehh..dh turun Penang x cari Siti Humairah ke Scha?
ReplyDeletesalam darling... selamat hari raya aidiladha! miss you!
ReplyDeleteDah lama tak singgah Penang, rindu nasi kandar kat sana...
ReplyDeleteSemoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)