Looking For Anything Specific?

Header Ads

MUKA AWAK MENJIJIKKAN (YOU LOOK DISGUSTING)


'Kenapa pakai mekap tebal?'

'Kenapa muka kau banyak jerawat?'

'Muka kau banyak jerawat sebab terlampau banyak pakai mekap eh?'

'Ewww. Pakai mekap tebal sebab nak tutup jerawat tapi mekap setebal 3 inci pun tak boleh nak tutup jerawat batu kau tu.'

Mungkin ini lah dalam hati seorang manusia bila nampak perempuan yang suka pakai mekap. Mungkin yer, mungkin tidak. Kita mana tahu kan hati orang macam mana?

Hati aku tergerak nak menulis tentang ini sebab aku terlihat satu video yang agak viral di Youtube tentang mekap. I mean, mekap yang tebal.

Apa kata korang tengok dulu video ni. Silalah ambil kerepek dulu buat kudapan.



Apa korang rasa? Meremang? 

Bayangkan eh, kau tak mekap salah, kau mekap tebal salah, jadi apa yang perlu kau buat lagi? Kalau nak puaskan hati orang, memang sampai kiamat takkan habis kan?

Bagi aku, mekap ni sentiasa buat aku yakin dan happy. Bila stress pasal kerja, aku akan main mekap dan keluar dengan kawan-kawan. Aku pun ada flaws tersendiri and sebenarnya pakai mekap pun susah gak nak tutup flaws aku ni. Tapi, aku just teruskan pakai mekap dan keluar. Sebab kekadang aku rasa, pakai secalit gincu merah pun dah boleh buat muka aku fresh dan tak pucat. Buat aku rasa yakin nak berdepan dengan orang. 

Makeup build your confidence. 

Kau pakai mekap sebab nak rasa bertambah yakin terhadap diri sendiri. Bukan sebab malu dengan keadaan muka sendiri. Take note. Kalau kau rasa diri kau cantik, orang sekeliling akan dapat aura cantik/bagus. Eh, ni bukan riak. Jauh berbeza dengan riak taw. 

Eh, korang tahu tak, even korang pakai eyeliner/lipstick/lipbalm itu dah kira mekap? Tahu takk?

Aku kalau boleh, pakai mekap tapi nak try nampak natural selagi boleh. Sebab itu perlunya ilmu mekap. Mana nak dapat ilmu mekap ni? Cadangan aku, YOUTUBE. Aku suka tengok mekap tutorial. Suka tengok orang cantik dan boleh tambah pengetahuan aku tentang mekap dan teknik-teknik supaya nampak lebih au natural. Haa gitu. 

Lagi satu, bila kau jumpa kawan satu kepala yang gila mekap tapi kau tak pernah jumpaaaa. Like seriously korang tak pernah jumpa tapi bila cakap pasal mekap, gaya macam dah kenal bertahun. Itu yang aku suka bila ada beauty event! Ce tengok video kat bawah ni. 

Girls unite through makeups.


Ada orang kata, makin tebal pakai mekap, lagi banyak jerawat keluar.

YER. AKU SETUJU DENGAN STATEMENT INI. Tapii.......

Tapi, jerawat hanya akan keluar bila kau tak cuci mekap dengan betul, sayang. Tak guna makeup remover mahal tapi tak cuci muka dengan bersih. Aduh, aduh sayang. 

Lagi satu, elakkan menyentuh brush mekap dekat kawasan jerawat yang aktif. Lebih elok pakai tangan sahaja. Bukan apa, takut bakteria akan pindah dari jerawat ke brush dan menyebabkan muka lagi banyakkk naik jerawat! #schatips



See. Aku tak flawless. Pakai mekap tebal pun susah jugak nak tutup flaws ataupun lebih spesificnya, lubang pori muka besar. I am so sad. haha. Harap-harap dengan pakai #EphyraSkinBar, kulit aku bertambah sihat balik. Ni sebelum pakai ESB taw. Nak link baca review ESB? Boleh klik SINI.

Jadinya, pokok pangkalnya hati. Haha. Kalau kau dah tak suka mekap, nak buat macam mana kan? Yang penting, untuk para isteri, niat lah berhias untuk suami. Lagi berganda pahala you alls okay! :)

Okay lah. Salam. Thanks kerana membaca entri merapu dari seketul Scha Nazri. Hehe. 

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Follow and let me know!

Post a Comment

9 Comments

  1. selalunya yang make up shaming ni kaum adam la. most kaum hawa ni try to look good for themselves je #jgnperasan hahahaha

    ReplyDelete
  2. I also have some wanita saying hmmm i tak reti pakai mekap so pakai lipbalm je. I was like wow so natural la you, here's your medal.

    ReplyDelete
  3. singgah sini sekejab, nk wish selamat hari raya dan maaf zahir batin yer :D insyaAllah nnt free2 sikit kita dtg blogwalking sini yer :D Muah!

    ReplyDelete
  4. no.. CT mmg xkan la nak tepek mekap banyak2... penah skali mekap.. lepas tu lupa cuci nk solat p amek wuduk trus.. skali lap muka habis kotor tlekong wakakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah ni kelakar. Lebih kurang macam akak je. Akak malas bab nak pakai make up remover, cuci muka...itu yg berat sikit nak pakai makeup :)

      Delete
    2. Yang penting, kita pandai jaga kulit muka. So, makeup tebal ke nipis ke takkan jadi hal as long as kulit muka sihat :)

      Delete
  5. At the end of the day, as long as we are happy with ourselves, tak payahlah kita sibuk nak fikir apa yang orang lain fikirkan.

    ReplyDelete
  6. besnya pandai make up ni. biarlah apa org nak kat pun kan. bukan diorang yg bagi duit utk beli brg make up tu pon kan kan kan hehehe

    ReplyDelete
  7. pernah pakai ESB ni dalam tempoh 3 bln pastu stop sbb? x mampu nk beli...plus minum jus nya sekali...berkesan? yess..ada perubahan

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)