Looking For Anything Specific?

Header Ads

Ceritera Raya 2015


Assalamualaikum. Hai semuaa!

Jap, jap jap. *check kalendar Islam*

Raya masih ada lagi kan?

Pheww. Selamat. Sempat update tentang raya. 

Khamis (sehari sebelum raya), aku masih bekerja sampai pukul 6 petang sebab aku takde AL. So, kalau aku cuti, duit gaji kena potong. Wuwuwu. So, aku ambil keputusan untuk bercuti dari Jumaat hingga Selasa. 5 hari cuti pun aku dah cukup bersyukur dah. Bakpe nak cuti lama-lama, nanti kerja makin berlambak. Susah aku nak catch up nanti. hehe. 

Balik je dari kerja teruss je balik Seremban and then pecut ke Rembau (kampung belah mama). Tepat-tepat sampai masa sebelum maghrib. Alhamdullilah, aku tak mengalami masalah jem dan sempat berbuka dengan family. Pheww. 

Malam raya tu ada takbir kat kampung. Di mana, para lelaki akan merayau ke setiap rumah untuk bertakbir. Tradisi ini memang kami amalkan setiap tahun. Ada lah buat makan-makan sikit buat alas perut. 

Malam raya tu memang penat sikit lah. Letih basuh pinggan. Hhaa. Anak dara kan. Nak buat macam mana. Hadap je lah basuh pinggan tu haaa. Nasib je aku suka main air. Dah settle everything baru lah aku mandi. Hehe. 

Esoknya, kami stay rumah untuk terima kunjungan saudara mara. Memang hari raya pertama rumah wan aku ni menjadi port rumah wajib raya pada hari pertama. Memang ramai. So, untuk menyelesaikan masalah ini, kami berkongsi duit untuk memasang khemah di luar rumah. Haaaa, senang gilaa. Makanan pun ala buffet je. Pinggan pakai buang je. Takyah nak basuh pinggan lagi. Jimat tenaga, masa berborak pun dapat di panjangkan lagi. hehe. 

Dalam petang macam tu, baru lah kami sekeluarga bergerak ke Pilah (kampung belah ayah). Kat Pilah ni relaks sikit sebab saudara tak ramai sangat and anak dara and mak-mak dara ramai. Berbeza dengan Rembau. Nak diikutkan, aku lah anak dara paling tua kat situ. Wuwuwu. 

Pilah banyak amek gambar. Ada sepupu jadi photographer. Kalau kat Rembau, pakai camera phone and seketul monopod je. Aaaa, stress betul rasa. Rasa nak beli camera time ni jugak. Haiyoooo. Haha. 

Bawah ni ada beberapa ketul gambar di Pilah and seketul gambar di Rembau. Jadi laaaaa buat kenangan. hehe



Wajah kesayangan hamba.



And yes, I'm bigger than my father. Hewhewhew



Aku suka dengan scenery kampung Pilah. Cantikkk!


Sepupu-sepapat yang cantik-cantik semuanyaa kecuali daku. ahhaha 


Ber-selfie dengan wan kesayangan. Hehe. 

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN!

#kosongkosong okayy!

Follow and let me know!

Post a Comment

7 Comments

  1. selamat hari raya my dear scha!!!!!! bestnya beraya ramai2 camnie... btw, klasik nya rumah yg pilah tuh scha...kalau buat foto shoot kawen, cantek giler.... hihihi :D i loikee!!

    ReplyDelete
  2. cantiknyaa rumah tu. :D memang best kan kalau beraya ramai2 dengan sedara semua :D

    ReplyDelete
  3. Seronok pula baca pengalaman raya kak Scha! Rindu nak beraya dekat Malaysia.

    ReplyDelete
  4. scha! ish klasiknya umah kat Pilah tu scha! sonoknye sepupu2 scha smua lebih kurang sebaya! ada yg single dak tu sepupu yg lelaki? ehem ehem~ hehehe


    salam syawal Scha! maaf segala salah silap :)

    ReplyDelete
  5. bestnya dapat beraya di kampung kan dik...selamat hari raya dan maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya Scha...anak tunggal? mesti best kan ke tak best?

    ReplyDelete
  7. klasiknyaaaa rumah kampung ni.. bestnya..
    CT da xde rumah kampung cemni.. da roboh n buat rumah baru..
    eh bukan rumah CT la tapi keke..

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)