Assalamualaikum. Hai semuaaaa!
Eh, japp2. Jangan lupa eh join GIVEAWAY SAYANG by SCHA NAZRI. Join taww!
Meh sini dekat sikit. Hari ni aku nak support produk tempatan. Nope, bukan baju sebab baju tempatan mahal nak mampos. Sehelai RM60! What the fish? Haha. So, aku nak share dekat korang something yang WOW and boleh kita ketengahkan lagi.
Pada 5 April 2015 yang lepas, satu event ala-ala Press Conference telah dianjurkan oleh Buku Jalanan Waghih dengan kerjasama The Dot Shop Boutique and Cafe, Senawang untuk sesi tayangan #GEmpurRak Episode 1: W.A.R.I.S
#GEmpurRak ini apa? Sejenis demo rusuhan ke? Eh, bukannn. Baca dulu keterangan di bawah ini.
-- Projek ini adalah satu projek di bawah nama Buku Jalanan Waghih (Negeri Sembilan) di mana pencetus idea utama (Hafiz Ibrahim) telah memulakan langkah untuk memupukkan lagi semangat membaca kepada umum. Pembacaan bukan setakat di perpustakaan sahaja kan? Mestilah bermula dari rumah. Betul tak?
-- Hafiz Ibrahim berkata, dia memulakan idea ini apabila kakak iparnya membelikannya rak buku untuk menyimpan buku-buku yang bertimbun supaya lebih kemas dan tersusun. Kebanyakkan buku-buku yang diberi oleh perpustakaan dan orang awam disimpan sendiri di rumah untuk kegunaan Buku Jalanan Seremban.
-- Jadi, si Hafiz ni pun tertanya-tanyalah, macam mana mereka seperti penulis, penyajak mahupun ulat buku menyusun buku-buku mereka. Adakah mengikut genre ataupun tiada spesifikasi khusus untuk menyusun buku. Krew Buku Jalanan Waghih akan menerjah rak buku mereka untuk di temu ramah. Tak kira lah anda siapa pun, asalkan ada rak buku!
-- Dengan adanya projek #GEmpurRak ini, Hafiz berharap masyarakat di luar sana lebih peka dan sayang terhadap buku-buku dan semangat cintakan buku. Walaupun pada zaman ini, kita lebih selesa menggunakan smartphone, tapi buku tetap juga dipegang dan di bawa kemana-mana.
Turut hadir ialah penulis buku Aku Rindu 90's, Cech Andrea. Cech pun nampaknya teruja dengan idea ini dan memberikan komen yang positif untuk penambahbaikan kualiti video terutamanya dari segi suara dan pencahayaan. Dengar kata Cech akan membawa projek ini ke peringkat lebih atas. Maybe kita akan lihat #GEmpurRak di kaca tv? Mungkin. Hihi. Tengok macam mana Episode 1 ini boleh pergi mana. Kalau dapat sambutan yang menggalakkan, Insya Allah, Buku Jalanan Waghih akan memperbanyakkan lagi episode. Amin!
Untuk episode pertama #GEmpurRak ini, Buku Jalanan Waghih dan pengacaranya, Niesa Hana telah menggempur rak W.A.R.I.S di Damansara. Nak tengok rak buku W.A.R.I.S macam mana? Jom tengokk!
Ada tak di antara korang yang ada rak buku dan bersedia untuk diterjah? Kalau ada, sila beritahu Scha eh. PM je kat Facebook. Hihi. Scha berharap sangat projek #GEmpurRak mampu pergi lebih jauh dan menghasilkan video yang berkualiti dan memberi impak positif kepada umum khususnya golongan remaja. Aminn!
Korang rasa macam mana dengan idea #GEmpurRak ni? Boleh beri cadangan ataupun komen? ^^
Korang rasa macam mana dengan idea #GEmpurRak ni? Boleh beri cadangan ataupun komen? ^^
BUKU JALANAN WAGHIH
Instagram: @bjwaghihtv
Twitter : @BJseremban
Twitter Hafiz Ibrahim : @HafizAira
Facebook: Buku Jalanan Seremban
10 Comments
bagusnyaaa bila wujud benda benda macam ni. lain dari yang lain :D
ReplyDeleteTerbaik dari ladang. Jarang (atau mungkin saya yg tak pernah dengar lagi) program mcm ni ada utk para belia kita. Slogan mari membaca pun macam dah terhakis dek zaman, mungkin sebab kewujudan smartphone yg bersepah2 sekarang buat masyarakat pandang enteng berkenaan buku ni. Apa2 pun, alternatif genre tetap di hati.. *eh?
ReplyDeleteBest betul Malaysia ada benda macam ni sekarang.
ReplyDeletebestnya. mesti banyak dapat ilmu kan. :D
ReplyDeletewah, menariklah... ada je rak buku tapi...... bersepah dengan macam2 buku and majalah and apa lagi ntah. hahahahhaha. nanti nak terjahlah facebook dia
ReplyDeletesaya suka buku!! tapi rak bukunya kecil je banyak buku teks masa kat U dulu dalam kotak lagi hehehe
ReplyDeleteyang ni first time dengar.. tapi program buku jalanan yang biasa kat kl tu penah dengar tapi tak penah pi.. bagusla sapa suka membaca.. tabik2..
ReplyDeleteBagus memupuk rakyat Malaysia supaya lebih banyak membaca. Dengan membaca dapat menambah ilmu serta membuka minda supaya berfikiran lebih terbuka
ReplyDeletecomellah. memberi oenghargaan pada penggila2 buku sekian lama
ReplyDeletehm, pada pendapat sy, elok jugak la kot program gerakgempur nie tapi sayang sbb umah kitorang ada rak kecik aje..hihi
ReplyDeleteSemoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)