Assalamualaikum. Hai semuaaaa!
Al-kisahnya, bila aku balik dari kerja tadi, aku lihat halaman kawasan depan rumah aku dah kosong. Rasa macam ada benda hilang.
Rupa-rupanya, pokok mangga aku yang hilang. Kena tebang. Ha ha ha ha.
Pokok mangga ni dah lama berkhidmat meneduhi kawasan rumah aku sejak 10 tahun yang lama. Rasa macam 10 tahun tu baru je semalam ayah tanam. Sebelum pokok mangga ni, ayah pernah tanam pokok kelapak. Tapi kena tebang sebab orang kata tak baik tanam pokok kelapak depan rumah. Entahlah. hahaha.
Tapi tapi tapi, pokok mangga ni kena tebang sebab dia MANDUL. Sudah puas ayah cari ubat untuk bagi dia berbuah, tapi haram. Dulu kan pernah musim buah mangga lebat kan, aku punya pokok mangga hanya mampu mengeluarkan 5 biji jeee. Itu pun tak sihat. Memang tak merasa betul aku buah mangga dari pokok ni. Tu yang aku malas nak berharap sangat. Redha je lah.
Lagi satu, pokok mangga kena tebang untuk mengekalkan keharmonian kawasan kejiranan aku. Korang tengok kan betapa lebat daun pokok mangga tu kan? Tempat tu memang sesuai sangat kereta berteduh bawah tu. Yang tak bestnya bila jiran depan rumah aku pun tumpang sekaki. Tahu kawasan porch kecik, beli je lah satu kereta. Ni sampai 2 3 kereta. Pastu ada kereta tersadai kat depan halaman rumah aku ni. Tak di tambah lagi bila jiran sebelah parking kereta depan rumah dia. Aku rasa macam dikepung bila kena reverse kereta. Macam kecik gila nak keluar. Tu yang aku menyumpah-nyumpah tu. hahaha. Nasib kau lah jiran. Lepas ni pokok mangga dah takde, so, takyah nak parking depan rumah aku lagi. kah!
Pokok mangga dah takde. So, rumah aku akan jadi panas bila tengah hari. Nasib baik aku kerja. Cuma time cuti lah takleh nak lepak lama kat bilik aku since penghalang cahaya matahari takde. Aku kata kat ayah, 'Yah, lepas ni boleh lah buka air-cond waktu tengah hari eh?.' hihi.
Agak-agaknya dia tak berbuah sebab ada lompong kot dalam pokok mangga tu? Ayah aku kata ada anai-anai dalam tu. Harap-harap tak masuk rumah lahh.
Mula-mula aku bangkang gak ayah nak tebang. Tapi, lama-lama bila daun gugur and ganggu kawasan kejiranan aku, aku risau pulak. Lagipun bila aku tengok pokok tu balik, seriau pulak aku nengoknya. Tinggi pokok tu dah sama level dengan rumah aku dah. Aku ni takleh tengok benda yang banyak dan besar. Rasa macam benda tu nak menghimpap aku.
Korang pernah tak masa korang demam waktu kecil, korang rasa macam ada benda kejar kau? Benda tu besar dan boleh buat kau tak keruan? Pernah tak? So, aku akan cari mak aku and duduk bawah ketiak mak aku. Rasa macam selamat bila dah duduk kat situ. Mak aku pun paham, so mak aku biar je aku peluk. Benda tu datang masih budak lah. Dah besar ni, kekadang je dia datang bila aku demam. Meroyan kot mak aku kata. Entah lah. Misteriii.
Sekian lah update kali ni. Cerita pokok mangga pun nak cerita kat orang. Haha. Biarlahhh. Blog aku, suka hati aku lah! Kah!
Okaylah. Aku ada kejutan untuk korang sempena GST nanti. Tunggu tawww!
Jaga diri semua. Muah ciked!
18 Comments
Nampak terang bila dah tebang pokok tu. Hehe. Wah ada surprise lah nanti. Cant wait :D
ReplyDeleteTiba-tiba teringat dekat pokok mangga depan rumah saya dulu. Besar juga. Last-last penyewa rumah saya tu tebang sebab pokok tu besar sangat. Bila saya tnegok pokok mangga tu kena tebang, rasa sedih je.
ReplyDeleteSalam. Hee pokok mangga depan rumah saya pun dah lama tak berbuah. ;p
ReplyDeleterindunya mangga! :D faham sangat perasaan bila risau daun2 gugur kat kawasan jiran. Tak pernah ada masalah ni lagi, tapi makcik pernah cerita kisah nak hampir sama. Marah jugak jiran tu gayanya. T_T
ReplyDeleteAbis dah bogel
ReplyDeleteKosong....lompong...
ReplyDeleteMemang terasa lah 'kekosongan' nya. Sikit punya besar dan rendang pokok tu :)
Lupa pula nak tanya, Dik Scha apa khabar? Kerja OK?
ReplyDeleteishh...suspend je...kosong! ingat kan rumah dh x de kena curi heheehhe
ReplyDeletenmpk lapang je dpn umh xde pokok mangga.. hehe..
ReplyDeletesama mcm umah kt kg sy tu..dulu ada pokok ceri, teduh je rasa..bila dah daun asyik gugur je, ayah pon tebang..huhu
ReplyDeletekejutan apa tu..alahai, cian pokok rendang tak berbuah ni.cuba kalau buah dia lebat, confirm jiran-jiran buat petisyen 'jangan tebang pokok ni'..hehehe
ReplyDeletewahhh memang lebat btl daun pokok tuu.. mcm kt uma kite.. dulu pokok mangga nya macam mandul.. bila ckp nak tebang pokok tuu.. terus berbuah mangga nya.. dan smpai sekarang buahnya asyik lebat je berbuah.. kekeke kene ugut kott baru berkesan xP
ReplyDeleteakan rasa sedikit kesan panas akibat kehilangan pokok.
ReplyDeletemacam rumah saya dulu dan sekarang memang berbeza sebab ketiadaan pokok yang besar.
malam-malam rasa panas
tengok gambar first tu nampak lebat daunnya. sian lak dia mandul ye..
ReplyDeleteanai2 pernah masuk dalam umah lama saya. ya ALLAH, habis semua dimakan. sampai wayar pun dia kebas.
ReplyDeleteHarapnya tak sesat nak pergi rumah awak
ReplyDeleteehehehe gondol terus disitu.. clean n clear.. aaaa CT faham prasaan daun2 berterbangan
ReplyDeletedari pokok besar depan rumah aaahaaa.. lagi2 time daun kering. aiyak..
Kurang sikit hantu kak limah bergayut kat situ
ReplyDeleteSemoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)