Assalamualaikum. Hai semuaaa!


Kesihatan agak tidak baik lately maybe push diri agak kuat dua minggu lepas. 

Korang pun tahu kan Scha tengah mengalami proses kematangan diri. Eh, entah lah. Matang ke? Tak tahu nak definisi matang tu macam mana. I tried to be strong for this mean time. I tried. Boleh baca SINI if nak tahu rant Scha last week. 

Minggu pertama spa training tu okay lah. Quite fun. Banyak role play. Banyak gila Standard Operating Procedure (SOP) nak buat. Dari A sampai Z. Dari mop lantai pun ada SOP. Haaa, jangan memain. Haha. Yang parahnya aku lah, sebab aku kena taip balik SOP yang panjang berjela yang amat itu. Wuwuwu. Ngadap lappy lah aku seminggu ni. Hari kelima training kena pergi buat sales dekat Wisma TNB. First time lah approach orang real-time untuk datang spa. Melepet aku balik tu. Penat gilaaaaa. hahaha.


Minggu kedua pula baru lah belajar tentang urutan. Perghh. Tak boleh cakap lah lenguh dia macam mana. Rasa sakit gila dekat tulang rawan aku ni. Ada lah teknik dia untuk tak bagi lenguh. Plus, aku belajar tentang teknik urutan, teknik cari urat, face spa dan scrub badan. Adalah aku kena diurut. Tapi, bila diurut makin sakit dan lenguh pulak. Tu yang nak urut orang lain sampai takde tenaga aku dibuatnya. Bila dah habis je Jumaat, memang aku hip-hip hoooorayy sebab beban dah habis. Bos bagi aku cuti 2 hari since aku keje straight dua minggu tanpa break. 

Banyaklah dugaan aku dua minggu ni. Antara mak ayah dan juga professionalism. Hmm. Susah rupanya. And aku terfikir bagaimana lah nanti bila aku dah dapat kerja yang stabil? Boleh ke aku buat? Nebes. Aku harap sangat aku cepat dapat kerja stabil kat kilang supaya aku boleh simpan untuk tabung kahwin aku. Duit gaji aku kerja part time ni memang aku tak sentuh langsung. Mama kata, 'Makanlah dik apa yang mama makan.' Aku bersyukur sebab tempat kerja sangatlah dekat. Mama boleh hantar lunch kat kedai (kalau mama rajin) and nak OT pun senang je. Tapi, aku nak kerja yang stabil! Uarhghhh. Rasa macam Allah tahan rezeki aku atas sebab. Maybe aku melukakan hati sesiapa ataupun apa sahaja. Kalau dengan mama ayah, aku dah minta maaf dah. Atau tak cukup lagi doa aku? Allahu :(

If I ever know what I did wrong, Ya Allah. 

And itu lah sebab kenapa aku MIA dua minggu ni. Mama kata, 'Nak pergi kerja macam pergi berperang.' Mana taknya, balik je aku teruss zzzzz. Nak update blog pun tak larat apa tah lagi blogwalking. Itu pun tengok movie sampai tertidur. Ataupun kekadang pukul 11 malam aku dah tidur. Dahsyat tak dashyat jugaklah dua minggu ni aku dibuatnya. Takpelah. Pengalaman dan cabaran. 

Eh, nak cerita niii. Haritu aku men-doodle kat whiteboard untuk photobooth wedding. Aku ni kata tulisan cantik, aku rasa tulisan mak aku lagi lawa. Tapi, first try. Jadi lah kot. hhahhaa. 



Sanggup google pinterest idea nak menulis kat whiteboard. Semangat! haha. Best sebenarnya kerja kat bridal ni. Cuma dua minggu je ni penat dia ya Ampun, penat gilosss. Banyak kali dah mama ayah kata suruh berhenti, tapi, aku kata taknak. Aku nak cabar diri aku sampai mana aku harus bertahan. Kalau dah dapat kerja stabil kang, baru lah aku berhenti. Hehe.

Thanks kepada korang yang sudi baca ratapan Scha. Sorry, post agak sedih sikit dua minggu ni. Scha hargai sangat-sangat setiap bait-bait kata semangat oleh korang semua. Ada yang panjang-panjang tulis untuk bagi Scha semangat. Dari korang lah Scha kutip semangat untuk bertahan. Hehe. I love youuuu heart-heart taw!

Tinggalkan jejak, Insya Allah, Scha akan jejak balik! Muah ciked!

Follow and let me know!