Assalamualaikum. Hai semuaa!

Ho ho hoooo!

Alhamdullilah. Ada rezeki aku sempena hari cuti harini. Tahu tak, ini lah pelanggan pertama aku untuk job mekap! Tahu tak perasaan bila di-whatsapp oleh unknown number and tanya quotation untuk mekap? haha. Rasa macam berbunga hatikuuu. Rasa nak buat bebetul and client puas hati. 

Tunangnya hari ni, 25hb Disember. Sebelum tu, dia requested untuk buat trial mekap di mana aku charged RM 30 sahaja. Trial mekap ni macam aku mekapkan dia, kalau dia suka look itu, dia ambil lah dengan aku. Just basic ones lah. Untuk the real one, aku memang kasi habis apa yang aku ada. 

Masa trial mekap haritu, sejam setengah jugaklah aku mekapkan. Tapi, untuk pertunangan harini, sejam aku dah siapkan. Dia pun kata aku agak laju hari ni. Maybe sebab aku dah tahu apa aku nak conteng kat muka dia. hehe. 

Nak tengok? Tak tahu lah korang berkenan ke idak kan. Kalau nak simple look atau apa-apa look, roger-roger aku taw. hehe. 




Alhamdullilah. Semoga Afifah dan pasangan kekal hingga ke syurga. Mana tahu rezeki jumpa Afifah di hari bahagia dia kan? Amin amin amin. Kena praktis banyak lagi ni. Hehe. 

Untuk simple engagement macam ni, aku hanya charge RM 150.00 sahaja. Kalau untuk mekap dinner dan function yang lain, bawah RM 100 pun aku boleh offer. Tapi, depends kepada location. Kalau untuk sekitar lembah klang, melaka tu aku charge RM 50-RM 70 sahaja utk transportation. Lepaslah buat duit minyak kereta. hehe. 

Kawan-kawan, boleh mintak tolong tak? Boleh tak tolong SHARE kan entry ni kat FB mahupun blog korang? Kalau korang share dekat blog, aku akan review blog korang kat blog aku. Serius ni. Sebab aku serius nak serius nak arena mekap ni. Nampak tak betapa seriusnya aku ni? Wiwiwi.


Whatsapp/text : 011-28536991

Kalau share kat FB, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Kalau share kat blog, jerit kat kotak komen, 'SCHA, DEN DAH SHARE KAT BLOG!' Jerit kuat-kuat. Hhaha. Copy paste je entry ni, senang! Hehe. 

Aku harap dengan penyebaran dari korang, akan berkembanglah bisness mekap aku ni. Tolong doakan yer? ^^

Assalamualaikum!
Follow and let me know!