Looking For Anything Specific?

Header Ads

Antara sebab aku tak ambil pil kurus, set kesihatan, supplemen nak bagi kurus.


Assamualaikum. Hai.

Ini entry kenapa aku nak kurus slow-slow. Taknak rush.

Tahu tak aku ada banyak sangat godaan nak beli set Herbalife, Shaklee untuk kurus. Tapi, ayah mama aku tahan aku dari beli. Nak beli senyap-senyap pun duit takde. So, memang bergantung kat ayah mama lah kalau nak pakai duit beratus-ratus.

Bukan untuk kondem pengguna Herbalife atau Shaklee dan juga set-set kurus yang lain. Bukan, bukan. Mungkin ada baiknya supplemen di atas untuk tubuh? Entah lah. Aku pun tak pernah makan supplemen di atas. Tak tahu effectnya ke atas diri sendiri.


Mama aku selalu cakap, 'Yelah dik. Memanglah kurus. Nanti bila dah tua efek kat buah pinggang macamana?'

Sebab mama aku dah selalu sangat jumpa orang yang amalkan supplemen, akhirnya sakit melarat sebab kegagalan buah pinggang kerana mengamalkan pil-pil ini. Memang mama aku tegah sangat-sangat.

Dia kata,

'Adik jogging lah slow-slow. Makan buah banyak-banyak. Makan sayur banyak-banyak. Memang lambat kesannya tapi, Insya Allah takde masalah buah piggang bila dah tua nanti.'

So, sebagai anak yang baik, aku pun tegah lah diri ambil supplemen ini semua. Jogging dan makan buah je lah yang mampu aku buat untuk kurus. Itupun jogging dah lama tak buat and zumba sekali seminggu. Hahhaha. *fake laugh*

Kalau aku tak sihat, macam mana aku nak jaga mama? Mama tu bukannya sihat sangat. Masa aku kat rumah ni lah, kami bergantung antara satu sama lain. Sebab tu dia nak aku sihat. Takde sakit sini sana. Wuwuwu. Boleh jadi driver dia. Boleh tolong makan apa yang dia masak. Eh. hahaha.


Buat masa ni, aku melarang diri aku untuk mengambil supplemen ini semua. Termasuklah apa jenis air/shake/tea untuk kurus kecuali green tea sebab green tea memang bagus untuk tubuh. Semuanya aku guna bahan semulajadi untuk kurus. Buah-buahan khususnya.

Nak tahu apa efek makan ubat kurus?

Boleh baca di sini --> [ http://sitiatikah.com/2014/10/20/perasaan-apabila-menghadapi-kanser-buah-pinggang/ ]

Maaf kepada Tyka kalau Tyka terasa dengan entry ini. Bukan untuk mengondem, cuma nak orang ramai tahu kenapa Scha tak ambil supplemen untuk kurus. Scha doakan semoga kesihatan Tyka bertambah baik dan sel kanser segera nyah dari badan Tyka. Semoga tabah Tyka. 


Follow and let me know!

Post a Comment

26 Comments

  1. Betul Scha, guna cara semulajadi lebih baik. Kalau guna supplement kita tak tahu kesannya apa ^_^

    ReplyDelete
  2. memang menakutkan, kita pun tergoda dengan sbc lah, acai berry lah, royal slim siti sarah la memacam lagi pil kurus/air kurus tapi semua tu sebenarnya takda hasil kalau tak minum air banyak-banayk. kesan dia rosak juga buah pinggan tu.

    sekarang kita buat natural, guna buah-buahan, sayur. elakkan nasi. and paling susah elakkan makanan manis, gula. SUSAH BETUL T______T

    ReplyDelete
  3. Sama-sama kita berjuang untuk kurus secara natural, chewaaahh!! sokong3

    ReplyDelete
  4. hurmm tkot plak dengarnye.. cegah sebelum kena lebih elok kn.. :)

    ReplyDelete
  5. setuju dgn entry ni.. bole effect buah pingang.. alahaii sentap kejapp.. kite makan supplemen shaklee. wuuu

    ReplyDelete
  6. Saya pun tak makan supplement bagai ni. Cuba turunkan berat dengan kurangkan makan dan bersenam sahaja. Tu pun, dah lama tak buat,

    ReplyDelete
  7. Bikin takut juga pgmbiln suplimen ni..bab tu lya jrg ambik ubt2 takut effect kmudian hari

    ReplyDelete
  8. x perlu nk makan ubat kurus tu Scha cer diet cara traditional

    ReplyDelete
  9. Memang sebenarnya cara terbaik dan selamat utk kuruskan badan - bersenam dan jaga pemakanan. Ubat-ubatan tu kita tak tahu kesan jangka panjangnya pada kesihatan kita.

    ReplyDelete
  10. btl tu scha
    amalkan senaman and pemakan yang sihat..
    tu lebih menjamin...
    nak pakai produk2 ni mmg tak pandaii..
    leceh..
    tapi awk tu bknnye bambam sgt pon..
    biase jee

    ReplyDelete
  11. makan supplement kurus semua ni kena gigihminum air banyak-banyak..all the best scha.akak dok struggle nak gemkuk..huhuhu

    ReplyDelete
  12. saya pun suka bersenam.. xpe, orang dulu dulu tak amalkan pun suplemen, tapi boleh jaga badan. in shaa ALLAH akak pun boleh. chaiyokk!! :D

    kalau akak nak jogging kat putrajaya or bangi, ajak je saya... *haha, jauh gila* kompem saya follow akak sekali ^^,

    ReplyDelete
  13. Betul juga cakap parents Scha tu.
    Actually semua supplemen ni mmg bagus ambik.
    Tapi, x salah ikut natural way.
    Yang penting cara betul.

    ReplyDelete
  14. Ambil 5-10sajian sayuran /fruits per day, k:)
    Refer sini tau ~
    http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/09/sajian-sayur-buah-yang-diperlukan-sehari.html

    ReplyDelete
  15. marilah kita beratkins ^^ alhamdulillah CT nampak kesannya yang menggoda. tak begitu banyak tapi ada sebab CT banyak tipu :P

    ReplyDelete
  16. Akak xpernah mkn supplemen utk kurus..amalkan cara tradisional..n buat kerja kerja rumah pun salah satu senaman..sbb byk pergerakan..

    ReplyDelete
  17. betul setuju dengan scha... kite pon selalu tergoda dengan pil2 kurus, tapi suami kita larang...mmg bhaya jugak untuk buah pinggang.. dulu2 kita amek suplemen untuk kulit, tiba2 baru ni dokter kata kita kena batu karang... suplemen boleh nak makan, tapi dalam masa yang sama kena minum air bergelen2 supaya dia keluar balik dengan cara elok dari badan...kalau tak, mmg susah bila tua...

    xpe scha, yuk kita sama2 berjogging and jaga kesihatan nak... kita suka yoga and dancing... kita tengah paksa diri minum air banyak giler...supaya detox... bagus jugak scha amalkan green tea...dia pon boleh bantu turunkan berat badan kan...minum sebelum makan, nnt selera makan kurang... kita suka jugak dulu2 green tea...tapi kena lawan dengan mindset kite, sebab otak kite tak suke bau dia...heheheheheh :D

    ReplyDelete
  18. tak perlu nak berhabis banyak duit nak beli segala macam jenis supplemen ke apa...jogging...jaga makan...slow-slow...hee :D

    ReplyDelete
  19. Ana pun tak suka makan suplemen ke ape. Tapi ana ade percaya satu losyen panas. Ia menghilangkan selulit. Lemak2 yang keras ketung akan cair. Jd bila kita boleh buang lemak tu dgn berjoging atau beraktiviti buat keje rumah. But ana belum lagi ambik produk tu, bulan depan baru nak ambik. Kalau menjadi ana promote kat kak scha, nak tak? Hehe. Memudahkan lagi proses. ^_^

    ReplyDelete
  20. haah betol tu Scha. Ana pon x suka amek suppliment pills segala nih.
    better usaha cara lain. utk kurus secara sihat better work out + diet yg betul ;)

    ReplyDelete
  21. setuju dengan scha. pada aku, biar apa pun bentuk tubuh badan kita, tapi sihat dan bebas dari penyakit. kita taktau masa depan kita. and jaga pemakanan yg penting sebab banyak penyakit datang dari makanan kan. dan sentiasa bersyukur sebab dikurniakan fizikal yang lengkap berbanding mereka yg istimewa. In Sha Allah.

    ReplyDelete
  22. Nak kurus mesti dari hati dan keazaman sendiri kan..

    ReplyDelete
  23. Berminat denga Lami...
    Harga promosi Syawal...
    Untuk cear stock...
    Whatsapp : 0133196852

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)