Assamualaikum. Hai.

Ini entry kenapa aku nak kurus slow-slow. Taknak rush.

Tahu tak aku ada banyak sangat godaan nak beli set Herbalife, Shaklee untuk kurus. Tapi, ayah mama aku tahan aku dari beli. Nak beli senyap-senyap pun duit takde. So, memang bergantung kat ayah mama lah kalau nak pakai duit beratus-ratus.

Bukan untuk kondem pengguna Herbalife atau Shaklee dan juga set-set kurus yang lain. Bukan, bukan. Mungkin ada baiknya supplemen di atas untuk tubuh? Entah lah. Aku pun tak pernah makan supplemen di atas. Tak tahu effectnya ke atas diri sendiri.


Mama aku selalu cakap, 'Yelah dik. Memanglah kurus. Nanti bila dah tua efek kat buah pinggang macamana?'

Sebab mama aku dah selalu sangat jumpa orang yang amalkan supplemen, akhirnya sakit melarat sebab kegagalan buah pinggang kerana mengamalkan pil-pil ini. Memang mama aku tegah sangat-sangat.

Dia kata,

'Adik jogging lah slow-slow. Makan buah banyak-banyak. Makan sayur banyak-banyak. Memang lambat kesannya tapi, Insya Allah takde masalah buah piggang bila dah tua nanti.'

So, sebagai anak yang baik, aku pun tegah lah diri ambil supplemen ini semua. Jogging dan makan buah je lah yang mampu aku buat untuk kurus. Itupun jogging dah lama tak buat and zumba sekali seminggu. Hahhaha. *fake laugh*

Kalau aku tak sihat, macam mana aku nak jaga mama? Mama tu bukannya sihat sangat. Masa aku kat rumah ni lah, kami bergantung antara satu sama lain. Sebab tu dia nak aku sihat. Takde sakit sini sana. Wuwuwu. Boleh jadi driver dia. Boleh tolong makan apa yang dia masak. Eh. hahaha.


Buat masa ni, aku melarang diri aku untuk mengambil supplemen ini semua. Termasuklah apa jenis air/shake/tea untuk kurus kecuali green tea sebab green tea memang bagus untuk tubuh. Semuanya aku guna bahan semulajadi untuk kurus. Buah-buahan khususnya.

Nak tahu apa efek makan ubat kurus?

Boleh baca di sini --> [ http://sitiatikah.com/2014/10/20/perasaan-apabila-menghadapi-kanser-buah-pinggang/ ]

Maaf kepada Tyka kalau Tyka terasa dengan entry ini. Bukan untuk mengondem, cuma nak orang ramai tahu kenapa Scha tak ambil supplemen untuk kurus. Scha doakan semoga kesihatan Tyka bertambah baik dan sel kanser segera nyah dari badan Tyka. Semoga tabah Tyka. 


Follow and let me know!