Assalamualaikum. Hai semua!

Selamat Hari Malaysia! Semoga negara kita kekal harmoni hendak-Nya! Amin.

By the way, semalam aku pergi Nogori Fest dekat Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Nogori fest ni ada macam-macam aktiviti. Ada jualan online shop, ada makanan, kerepek rempeyek, and sebut je, semua ada jual kat situ. Keluarkan duit je beli kat situ. Memandangkan aku kekurangan duit, so, aku berbelanja mana yang mampu je. Nanti aku share apa yang aku beli. 

Aktiviti Nogori Fest 2014

-- Pertandingan mural
-- Teater 3D
-- Gerai jualan
-- Pameran Hollywood
-- Persembahan artis-artis

Memang banyak sangat gerai jualan kat sini. Online shop lagii banyak. Ada juga artis yang turut serta, contohnya Alyah, Yana Samsudin, Jalaluddin Hassan. Tu je yang perasan. Oh yer, Chef Zam pun ada juga untuk berkongsi serba sedikit tentang perkembangan beliau. 

Cuaca masa itu agak okaylah. Tak terlalu panas, tak terlalu mendung. Sedang-sedang je. Aku pergi dalam sejam je. Lepas tu, balik. Ramai sangat orang dan aku boleh jadi rambang mata kalau stay kat situ lama-lama. Lagi banyak lah duit aku terbang melayang-layang. Jom lah layan gambar!

Di pameran Hollywood!











Bergambar dengan zombie! Takutnyaaa iolls!


Penyejuk tekak. Tapi, manis sangattt!


Suasana di gerai-gerai jualan!




Peneman untuk semalam!


Barang-barang yang sempat dirembat semalam! See, barang makeup banyak kan? Nasib baik ada offer. Berbaloi sikit belinyaaa. haha.

Eh, nampak tak yang kain saree warna hijau tu? Tu tudung bawal yer. Sangat best. Tebal dan selesa nak pakai. Kalau nak tengok tudung-tudung yang best, boleh lah pergi usha Instagram Deena Hijab. Mesti teruja!



Okay. Settle seketul entry! Entry cabaran 30 hari is on the way!

Follow and let me know!

Peringatan paling sopan:

-- Korang dah join belum GA September by Karya Mahirah tu? Link ada kat sidebar okay. Klik je gambar tu taw
-- Boleh tak korang jawab POLL kat sebelah tu? Saja nak survey, mana yang korang lagi prefer. Hehe.