Looking For Anything Specific?

Header Ads

Cabaran 12,13,14,15,16!


Assalamualaikum. Hai semua!


Ya Allah. Terpaksa kumpulkan semua cabaran balik. Haha. Weekend penuh dengan wedding. Memang tak dapatlah nak update nyaa kann. Wedding Ahad, pergi tolong-tolong hari Sabtu. Isnin penat gilaaa. Asal penat sangat pun aku tak tahu. Hmm.

Okay. Leggo!

Cabaran Hari Keduabelas -- 5 wishlist Scha

-- Dapat kerja tetap dengan gaji yang boleh tanggung diri dan keluarga
-- Pergi haji dan umrah
-- Belajar skil-skil kemahiran (makeup dan baking)
-- Kalau dapat jana income melalui makeup dan baking, itu lagi bagus
-- Happy family :)


Cabaran Hari Ketigabelas --5 blog kegemaran

  1. benashaari.com -- Sangat memberi inspirasi untuk berblog
  2. denaihati.com -- Info-info yang berguna
  3. http://jindrisska.blogspot.com/ -- Suka baca travel and kehidupan seorang pelajar bernama Aisya di Jerman. Dah lah baru pergi Paris. I iz jelly
  4. http://jarimanistravel.blogspot.com/ -- Siapa tak kenal kak JM kak? Sesuai untuk backpacking and travel
  5. Sebenarnya banyak lagi taw. So, aku nak tujukan khas untuk mereka yang berada di bloglist aku. Semuanya aku suka baca. Semua ada kisah dan keistimewaan yang tersendiri ^^

Cabaran Hari Keempatbelas -- Cerita kasut Scha

Well. Kasut ni bab sensitif sikit naa. Kaki besar, so memang ada kena beli special kat Wangsa Walk, Wangsa Maju. Kedai tu je aku rasa yang sesuai dengan kakiku. Macam-macam style ada. Sanggup redah KL semata-mata nak beli kasut je. haha.

Kasut high heels ni selalunya aku bawa kalau pergi wedding ataupun interview. Yeap. Kalau jalan-jalan, mintak ampunlah nak pakai high heels. Memang lambat perjalanan aku jadinya. Ataupun, mesti bawak selipar spare simpan dalam kereta. Dah habis je wedding atau interview, mesti sarung balik selipar! haha. 

Sangat berjasa kasut ku ini. Terima kasih kerana menabur bakti walaupun harga boleh tahan mahal. Kopak dompet den. 


Cabaran Hari Kelimabelas -- Surat kepada seseorang, sesiapa saja.

Kepada mama dan ayah,
Terima kasih kerana sudi menjaga adik walaupun adik ni banyak perangai. Anak sorang je, tapi, perangai macam anak 10 orang. Lepas tu, dahlah high maintenance! Haha. Yer, adik mengaku part tu. Sorry. Dah terbuat, nak buat macam mana? Nasib baiklah mama ayah jenis tak manjakan adik sangat. Adik tak boleh bayang kalau adik manja gilaa. Ke laut agaknya adik pergi kot. Adik sentiasa doakan kesejahteraan dan kesihatan mama ayah. Sentiasa. Lepas solat, adik takkan lupa doa untuk mama ayah. Semoga syurga lah tempat mama dan ayah. Amin.
Adik sayang mama ayah! Sangat-sangat!

Cabaran Hari Keenambelas -- Siapa, bagaimana anda 10 tahun lagi?

Hmm. 10 tahun lagi? Means dah 33 tahun. Insya Allah. An engineer, a wife and a mom. Aku nak ada kerja tetap. Dah kahwin. Dah ada anak dua orang. Dah boleh duduk rumah yang selesa. Sewa pun takpe. And boleh buat side income dengan makeup orang. Amin amin amin!

Ataupun, bila bakal suami dah cukup nak tanggung family, aku nak quit kerja dan jadi makeup artist secara professional and serius! yeahh!


Okay. Settle. Jumpa di entry yang seterusnyaaa! 

Follow and let me know!

Peringatan paling sopan:

-- Korang dah join belum GA September by Karya Mahirah tu? Link ada kat sidebar okay. Klik je gambar tu taw
-- Boleh tak korang jawab POLL kat sebelah tu? Saja nak survey, mana yang korang lagi prefer. Hehe.

Post a Comment

14 Comments

  1. Wah, Scha nak jadi makeup artist yer? Moga tercapai cita2 tu. Zumal dah join GA Karya Mahirah tu ^_^

    ReplyDelete
  2. Semoga impian menjadi nyata.. dah join GA Karya Mahirah tu malah jadi sponsor ya.. good luck scha..

    ReplyDelete
  3. Wah..combine 5 hari sekali! Semoga wishlist scha tercapai ye...

    ReplyDelete
  4. ni namanya cabaran sekali harung ni scha...hee

    semoga impian scha untuk 10 tahun akan datang tu akan tercapai la ye nak jadi makeup artist secara profesional.. :D

    ReplyDelete
  5. Subhanallah, Pergi haji dan umrah merupakan impian yang mulia dan pahala yang besar, saya doakan semoga semua impiannya tercapai, aamiin http://yandiaht.com/ace-maxs.html

    ReplyDelete
  6. semoga success

    http://acikwatie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. fuyooo.. sekali post banyak cabaran terus...

    ReplyDelete
  8. wahhh scha, ade orang sebut name blog kitelah...tengkiu ye... semoga cite2 scha nak jadi make up artist professional tercapai ye... all the best! :D

    ReplyDelete
  9. Tu diaaa pos sekaligus, hari cuti kan. Banyak la yg kawinnye. Cantik kasut tu kak. Butterfly gitew. ^_^

    ReplyDelete
  10. follow here ..
    http://asmarpunyablog.blogspot.com/2014/09/giveaway-september-by-karya-mahirah.html

    ReplyDelete
  11. semoga tercapai semua wishlist sis nanti yer :)

    ReplyDelete
  12. Scha nak quit kerja then nak jadi make-up artist profesional? Dok goyang kaki jelah kat umah, dah ada suami nak tanggung hehehe

    Akak doakan setiap impian 10 tahun Scha akan tertunai!

    ReplyDelete
  13. jawapan secara pukal utk cabaran. hehe. moga tercapai impian :)

    ReplyDelete
  14. moga-moga wishlist kak Scha tercapai. amin :)

    kan..kalau ikutkan banyak gila blog kegemaran, saya pun x tahu nak letak siapa. haha

    perghh.. gambar kasut tu bukan main lagi :D

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)