Assalamualaikum. Hai semuaaa!
Ramai gadis tertanya-tanya sebenarnyaa Naked palette tu mahal ke? Yang aku beli dekat NOGORI FEST hari tu?
Untuk pengetahuan semua, Naked palette yang ORIGINAL sangat mahal yer.
Harga mampu mencecah RM200++ untuk sebuah palette. Yer. RM200. Memang tak termampu aku nak membelinya. Lagi-lagi seorang penganggur bertauliah macam aku. kah!
Jadi, aku beli yang TAK ORIGINAL! Tapi, quality AA. So, dia berada di tengah-tengah. Kah lagi!
Harga pun tak sampai RM50.00 taw. Harga yang aku beli haritu ialah RM30.00 untuk satu palette. Murah bukan?
Bukan apaa. Bagi seorang gadis yang baru nak belajar mekap ni, baiklah aku beli yang tak original sahaja. Kalau aku dah serius dalam arena makeup ni, barulah aku beli yang original.
Setakat ni aku dah ada DUA palette, Naked 2 and Naked 3. Beli pelan-pelan dahulu. Barulah tak terasa sangat duit tu terbang.
Eh Scha, tak ada effect ke pakai yang tak original ni?
Let me tell you okay.
Bagi aku, eye shadow tak mengapa pakai yang tak original. Sebab dia pakai sikit je kat bahagian mata. Melainkan korang punya kulit amatlah sensitif. Memang tak boleh pakai yang tiruan punya. Takut effect selepas pakai akan menyebabkan kemerahan di kulit. Jadi, periksa dahulu tahap ke-sensitif-an kulit korang macam mana.
Manakala, untuk foundation, lebih baik lah kiranya guna yang ada brand sikit. Contohnya, macam Maybelline ke. Lagi satu, baik beli barang mekap dekat Watson ataupun Guardian. Murah sikit. Foundation pun maybe dalam range below RM50.00.
Kalau mampu, baik beli terus je high end product macam Bobbi Brown, Shu Uemura ataupun Mac! Lagi berbaloi dan harganya pun boleh tahan lah jugak yer. *check dompet*
Palette ni tak sama dengan original. Colour dia tak pigmented. Macam samar-samar. So, kena apply agak banyaklah untuk nampakkan colour dia. Tu je yang masalahnya. :3
*wishlist*
Scha, mana nak dapat barang mekap yang murah macam ni?
Sebenarnya, aku beli Naked 3 aku dekat Uptown Danau Kota. Pergilah jenguk sana. Pasar malam pun takpe. Asalkan tahu memilih. Kalau ada duit lebih sikit, beli lah kat tempat yang okay sikit. Macam dekat mall ke. hihi.
Demikian lah sedikit tips untuk barangan mekap. Terpulang lah nak ikut ke tidak. hihi.
Peringatan paling sopan:
-- Korang dah join belum GA September by Karya Mahirah tu? Link ada kat sidebar okay. Klik je gambar tu taw
-- Boleh tak korang jawab POLL kat sebelah tu? Saja nak survey, mana yang korang lagi prefer. Hehe.
21 Comments
cuba dulu yer scha, kalau ada irritation please stop...
ReplyDeleteAkak pakai bedak jonsen je...hhee...
ReplyDeleteakak memang tak boleh pakai yang tiruan ni scha..huhu.lagi-lagi yang untuk mata.sat ni tobat nak menggosok sepanjang hari.terus sememeh
ReplyDeleteSib baik ana bukan jenis bermekap. Just simple foundation, bedak dan eyeliner. Takdelah wet melayang sgt. Keh3. Brg mekap perempuan mahal woo..
ReplyDeleteDapat kulit tak sensitif tak pe lah, kan...boleh calit2 sikit2 :)
ReplyDeleteKalau jenis kulit tak sensitif tak pe lah kan, Scha. Leh calit2 sikit2 :)
ReplyDeletehihi.. slalu foundation guna hat memahal sket... untuk keselamatan..
ReplyDeletekalo eyeshadow silky girl..
kalo yg tiruan cm takut sikit nak guna tp bgntung pd kulit org gak mcm scha gtau...
pape pon selamat mencuba
nasib la bukan jenis yang antoo mekup.. xpernah kenal pon jename2 ni.. kalau kulit tak sensitif xape lah
ReplyDeleteCantik design produk Naked tu. Ada style gitu...
ReplyDeleteAkak dah dekat setahun tak pakai bedak alas muka. Banyak benefitnya:
ReplyDelete- Senang tak lambat kalau nak kluar rumah.
- Tak perlu guna make up remover dah bila nak wudhu'
- Muka tak cepat naik jerawat macam dulu.
Suka makup rupanya scha nih, akak ni pakai bedak je lipstik pun x letak nk cepat ke opis :-)
ReplyDeleteTp klau yg jenis suka makuo tu mmg berbaloi beli palllete nih
ReplyDeleteAda kulit yang ok.. ada kulit yg tak ok... apa2 cuba dulu naa... klu ok, teruskan.. klu tak ok.. stop tau... hihi.. akak tak boleh, nanti jadi bengkak huhu... kesiankan puteri lilin...
ReplyDeletetak merbahaya ke kalau bukan ori?hehehehehehe....alaaaaaa...akak punya nuffnang akaun mest banyak dapat khonnnnnnn???beli lah dgn duit nuffnang bagi..heheheheheheheh :)
ReplyDeletetak reti lagi nak mencalit..hahaha.. asal tempek bedak lepas tu eyeliner itu jee..:p
ReplyDeleteOwh... Make up.. Inagt apa lah tadi... Hehe
ReplyDeletenaked ni sgt glamersssss tuu..
ReplyDeletenadyya guna eyeshadow kdai rm2 je kak.. lg la.. kahkah..
dulu minat makeup.. skg sory la.. mmg xmnt langsung.. harap je barang makeup byk dlm beg tp xguna pon -,-
baru tau naked tu pebenda. sangat kesian kat aku. haha.
ReplyDeleteaku tak reti pakai mekap T____T
ReplyDeleteAkk ni jenis hangat2 tahi ayam bila bab mekap. Beli guna jap pastu buat harta. Nasib suami memahami wife dia jenis sempoi. Tapi anak suka mekap. Pening ibu dia...haha
ReplyDeleteI ponn make up junkie jugak..tp tidak kemampuan utk membeli yg that original makanya yg tipu2 je la yg mampu.. last2 pakai kaler itam ngn bronze ajelah.. hahaha
ReplyDeleteSemoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)