Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Ramai gadis tertanya-tanya sebenarnyaa Naked palette tu mahal ke? Yang aku beli dekat NOGORI FEST hari tu?


Untuk pengetahuan semua, Naked palette yang ORIGINAL sangat mahal yer.

Harga mampu mencecah RM200++ untuk sebuah palette. Yer. RM200. Memang tak termampu aku nak membelinya. Lagi-lagi seorang penganggur bertauliah macam aku. kah!

Jadi, aku beli yang TAK ORIGINAL! Tapi, quality AA. So, dia berada di tengah-tengah. Kah lagi!

Harga pun tak sampai RM50.00 taw. Harga yang aku beli haritu ialah RM30.00 untuk satu palette. Murah bukan?


Bukan apaa. Bagi seorang gadis yang baru nak belajar mekap ni, baiklah aku beli yang tak original sahaja. Kalau aku dah serius dalam arena makeup ni, barulah aku beli yang original.

Setakat ni aku dah ada DUA palette, Naked 2 and Naked 3. Beli pelan-pelan dahulu. Barulah tak terasa sangat duit tu terbang.

Eh Scha, tak ada effect ke pakai yang tak original ni?

Let me tell you okay.

Bagi aku, eye shadow tak mengapa pakai yang tak original. Sebab dia pakai sikit je kat bahagian mata. Melainkan korang punya kulit amatlah sensitif. Memang tak boleh pakai yang tiruan punya. Takut effect selepas pakai akan menyebabkan kemerahan di kulit. Jadi, periksa dahulu tahap ke-sensitif-an kulit korang macam mana.

Manakala, untuk foundation, lebih baik lah kiranya guna yang ada brand sikit. Contohnya, macam Maybelline ke. Lagi satu, baik beli barang mekap dekat Watson ataupun Guardian. Murah sikit. Foundation pun maybe dalam range below RM50.00.

Kalau mampu, baik beli terus je high end product macam Bobbi Brown, Shu Uemura ataupun Mac! Lagi berbaloi dan harganya pun boleh tahan lah jugak yer. *check dompet*

Palette ni tak sama dengan original. Colour dia tak pigmented. Macam samar-samar. So, kena apply agak banyaklah untuk nampakkan colour dia. Tu je yang masalahnya. :3

*wishlist*

Scha, mana nak dapat barang mekap yang murah macam ni?

Sebenarnya, aku beli Naked 3 aku dekat Uptown Danau Kota. Pergilah jenguk sana. Pasar malam pun takpe. Asalkan tahu memilih. Kalau ada duit lebih sikit, beli lah kat tempat yang okay sikit. Macam dekat mall ke. hihi.

Demikian lah sedikit tips untuk barangan mekap. Terpulang lah nak ikut ke tidak. hihi.

Follow and let me know!

Peringatan paling sopan:

-- Korang dah join belum GA September by Karya Mahirah tu? Link ada kat sidebar okay. Klik je gambar tu taw
-- Boleh tak korang jawab POLL kat sebelah tu? Saja nak survey, mana yang korang lagi prefer. Hehe.