Assalamualaikum. Hai semua.

Kembali ke Cabaran 30 Hari di hari yang KETUJUH.

Tajuk cabaran pula,

Sejauh mana pendidikan itu penting bagi Scha?

Baiklah.

Bagi aku, pendidikan itu sangat penting. Sebab tanpa pendidikan, anda takkan ke mana. Tanpa pendidikan juga, anda sukar untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik. Tapi, bagaimana pula dengan mereka yang belajar sampai darjah 6, tapi mampu mengubah hidup mereka?

Haa, itu bagi mereka yang tak pernah kenal erti putus asa dan berusaha untuk yang lebih baik. Cuba kalau tiada pendidikan dan malas, cuba teka di mana ia akan bawa anda? Itu biarkan aku tinggalkan untuk korang fikir.

Dulu parents selalu marah kalau aku leka dalam study or malas. Ingat lagi, sebelum tidur mesti kena hafal sifir. Kalau buat latihan dan ada satu salah, bersiap sedialah nak kena rotan di tangan. Pedih. Tapi, kesan dia kuat kepada aku. Buat aku tersedar betapa sangat pentingnya pendidikan.

Aku anak tunggal. Kalau aku tak tolong diri aku lagi, siapa lagi kan nak tolong aku kalau parents dah takde. Aku kena fikir itu semua. Selalu orang ingat aku ni anak tunggal, semuanya dah tersedia. But not to me. Aku kena fikir berapa banyak tanggungjawab yang aku kena pikul bila dah dewasa nanti. Mampu ke untuk aku pikul? Siapa nak tolong aku kalau mama ayah dah takde? Sampai sekarang aku takleh bayang kalau mama ayah takde. Nak tak nak, kena juga belajar hidup berdikari.

Alhamdullilah. Selepas lebih 5 tahun belajar selepas alam persekolah, aku berjaya menghabiskan degree aku. Walaupun pointer tidaklah sehebat mana, tapi aku bersyukur sesangat sebab Allah bagi aku kekuatan yang maha kuat untuk aku tempuh 5 tahun ini. Syukur Alhamdullilah.


Kepada pelajar universiti, kalau rasa nak berhenti. Silalah fikir berjuta-juta lemon kali. Fikir mak ayah yang penting. Fikir kerugian yang bakal korang tampung kalau berhenti setakat jalan. Cuba habiskan degree/diploma, dan lepas dapat sijil lantak korang lah nak buat apa. Pilihan di tangan korang okayy! 

Good luck to all of you adik-adik! ^^

Follow and let me know!