Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Tajuk ni panas ni. Sedap kunyah popcorn sambil menaip. Haha.

Well, masing-masing ada taste tersendiri kan? Terpulang lah. Ikut sedap hati.

5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Scha Nazri


1) Kelakar -- Ini kriteria paling utama dalam setiap lelaki. Kalau serius je memanjang pun tak best kan? Kena lah ada sense of humour sedikit. Baru lah ceria hidup. Warna warni gitu. Haha

2) Tinggi -- Aku ni dikatakan quite tinggi jugaklah. 166cm. Tapi, kebanyakkan lelaki yang aku kenal semuanya rendah-rendah. Kalau keluar dating ke, tak boleh pakai high heels. Kena pakai flat je. Haha. Aku suka kalau ketinggian aku paras bahu dia. Pergh. Cairrrrr!

3) Hormat orang tua -- Ini sangat penting okay. Kalau dia tak hormat orang tua dia, boleh ke kita nak expect dia akan jaga kita dengan baik bila dah kahwin kelak? Selalunya aku akan tengok hubungan dia dengan mak dia. Kalau lembut je, it's a yes for me! ^^


4) Mampu -- Mampu dari segi kewangan untuk jaga keluarga. Ada lelaki yang belum bersedia nak kahwin sebab kewangan dia tak kukuh lagi. Nak jaga diri sendiri pun kelam kabut lagi, apa tah lagi nak jaga anak orang kan? Bagi aku, lelaki yang mempunyai vision begini sebagai yang berwawasan dan bertanggungjawab. Dia fikir tentang orang lain baru dia buat keputusan.

5) Imam solat -- Salah satu impian aku selepas kahwin nanti ialah, aku nak kami solat maghrib sesama. By hook or by crook, kena solat jemaah maghrib dan jadi imamku. Aku harap kalau aku praktiskan tips ni, rumah tangga kami akan kekal bahagia sampai ke akhirnya.

Sebenarnya ada dua lagi. Aku suka lelaki yang kemas dan menjaga penampilan. Tak perlu handsome sangat, cuma perlu lah sentiasa jaga kebersihan dan kemas. Handsome ke tak, itu belakang kira.

Lagi satu, aku juga suka lelaki yang thoughtful. Tak perlu bagi fancy gifts, cukuplah sekadar ingat dan bagi simple gifts macam kad ke. Haaa, Aku ni jenis cepat tersentuh. Benda yang kecil pun boleh buat aku berada di awang-awangan! Hahaha


Tapi, tak semua benda kita nak, kita dapatkan? Allah ada sebaik-sebaik perancang untuk kita. Tahu apa yang sesuai dan tidak dengan kita. Lebih baik menyayangi orang yang sayangkan kita daripada menagih kasih sayang dari yang tak pasti. ^^

Bermadah cinta pula aku ni haaa. Haha.

Oh yer. Jangan lupa JOIN giveaway by Karya Mahirah! Hadiah dia superb! Dan aku ialah salah sorang sponsor untuk GA ini! Jangan lupa support! :)


Klik gambar untuk ke GA Karya Mahirah. Konpem tak nyesal! 

Follow and let me know!