Looking For Anything Specific?

Header Ads

#BRA vs #GER dan Baju Melayu Versi 2014


Assalamualaikum. Hai korang! Update time sahur gini macam best pulak. Sebelum sambung tidur balik, baik update blog kejap.

1) #BRA vs #GER

Brazil kena lauk sambal belacan betul dengan German. Tak sangka pulak dalam 30 minit, 5 biji gol Brazil kena. Haiyaaa. Adakah ini disebabkan Neymar takde? Ataupun Brazil tak boleh bermain tanpa Neymar. Aku pasal bola ni blurr sikit. Kekadang je amek port pasal World Cup ni. Haha. Anyway, sahur paling epic lah sepanjang World Cup. Haha. Sorry fans #BRA. 

Sorry broooo! Gua nak masuk final. 

2) Baju Melayu 2014?

Haaa, semalam kecoh juga kat timeline Twitter pasal baju melayu raya tahun 2014. Siap ada bow tie lagi you alls. Lengan ni kerat terus. Dah macam apa entah aku tengok. 



Lelaki pakai baju melayu cekak musang dan teluk belanga jugak yang cair di mata ku. Mohon kepada bakal suami, jangan ngengada pakai baju cenggini. Saya suruh awak duduk luar rumah je kang nanti. :3

Pakai ni je pun dah cukup :)

Apa pendapat korang? Jejaka di luar sana nak try tak fashion baru ni? *kekening*

Post a Comment

16 Comments

  1. lelaki metroseksual je kot yang pakai baju raya gaya moden.
    saya masih mencari lelaki biasa berbaju melayu cekak musang dan bersamping. hehehe....

    ReplyDelete
  2. saye pun tgk bola mase sahur gak. tak minat mane2 tapi sedih jugak la brazil kalah besar.huhu.salam kenal ;)

    ReplyDelete
  3. mcm mcm fesyen skrg nih

    ReplyDelete
  4. baju melayu nampak smart

    ReplyDelete
  5. Hahaaa..ngeri ah gambar yg ade reben kat leher tu. Yg takde lengan tu dah macam zaman 60 an dulu2 kala kot. Yg pasti last sekali, baru nampak smart.

    ReplyDelete
  6. Ade gak fesyen tanpa lengan yer ;)

    ReplyDelete
  7. hahaha..baju raya xbeli lg habaq hang.. adehh ans xmungkin ak akn pki bju raya mcm gitu...

    ReplyDelete
  8. ehhh macam fashion zaman dulu kala pulak. macam fashion zaman hang jebat pulak. ehh? yeke? errr -,-

    suka tengokk lelaki pakai baju melayu cekak musang.. alolo smartttt ^_~

    ReplyDelete
  9. aduhai..fesyen skg dah mcm pakaian tarzan haha..dah elok dah bju melayu tu buat apa nak tukar2..

    brazil kalah, xpala..bukan rezeki dorg..huks

    ReplyDelete
  10. Frankly...macam masochists gay pon ade.. wakaka - stanzaku

    ReplyDelete
  11. Gelinya baju melayu tanpa lengan. Siap ada bow tie ahahaha. Betul yang cekak musang tu jugak yang hensengg :)

    Sian brazil, teruk sangat tu kalah.

    ReplyDelete
  12. setuju dengan scha...geli jugak tengok lelaki tayang lengan...baiklah pakai baju melayu biasa yang cekak musang tuh...tenang mate memandang kan... :D

    ReplyDelete
  13. setakat tukar kaler macam gambar last tu rasanya okay lagi kot..tapi kalau nak design pelik2 nie rasa awkward plak klu pakai...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  14. mengarut je bowtie tu. alahai, nak berfesyen pun, tak kena. :)

    ReplyDelete
  15. macam pelik je fashion tu. tapi last sekali memang smart. ^^

    ReplyDelete
  16. baju melayu + samping jugak yg hensem habes ! aummmmm ! hehe

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)