Assalamualaikum. Hai. Tora datang lagiii! Sihat tak semua? Hope semua sihat hendak-Nya. Amin.
Haaa, biasalah dah lama tak update. Busy dengan final year project. Arghh. Finally everything almost setel. Presentation pun dah setel dengan 'jayanya' dan tinggal report untuk di-compile-kan.
Perasaan lepas present FYP sangatlah best. Tak dapat nak luah macam mana. Bayangkan beberapa hari sebelum present, kami satu group berkampung sampai ke Subuh. Mata bengkak. Badan penat. Makan tak tentu. Bila stress je makan, macam mana tak naik? kakakaka
Tapi itulah. Kekadang kan, benda yang kecik-kecik macam ni lah yang akan jadi memori kita sepanjang masa belajar. Yes. Aku rasa tak sabar nak habis, tapi at the same time, rasa sayu pulak nak tinggalkan UMP. Duduk sana almost 4 years kan, banyak kenangan yang dikutip dan aku rasa masih tak puas nak spend time dengan kekawan.
That's why tahun akhir ni aku banyak buat kerja gila. Kerja yang aku rasa aku tak mampu nak buat tapi sebenarnya boleh. Contoh, mendaki Bukit Panorama. Haha. Epic okayy!
Ada seorang kawan aku ni, Fatin Azureen namanya. Dia takde final. So after presentation, dia terus pulang ke rumah. Pulang for good. Aku terkesan dia kata gini,
'Jumpa time graduate.'
And aku rasa sedih dengar ayat tu. Tup-tup semua dah nak habis belajar dah. 4 tahun bukan masa yang sekejap, lama. Tapi, sedar tak sedar, dah nak sampai ke penghujung.
Itu lah. Habiskan final dan buat sehabis mungkin dan pulang ke rumah dan terus cari kerjaaa! Target aku ialah, before aku graduate bulan 10 nanti, aku nak dapat kerja. Amin amin amin. Doakan aku yer kekawan. Aku pun doakan benda yang sama untuk korang.
Friends,
Thanks for all the memories. May this friendship last till syurga. Amin. Sayang korang kerana Allah SWT.
Insya-Allah, kita berjumpa lagi! :)
4 Comments
Good luck yer Scha... Moga nanti terus dapat keje :))
ReplyDeletewah dah habis yer study..lega2..hehe takpe kalau still keep in touch hubungan persahabatan tu takkan putus..:)
ReplyDeleteMrsti sedihkan berpisah dgn kwn kwn
ReplyDeletegoodluck scha! semoga dpt keja :)
ReplyDeleteSemoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)