Looking For Anything Specific?

Header Ads

#Toys4Kidz - Ceritera penuh


#Toys4Kidz #Toys4Kidz #Toys4Kidz


Apa itu #Toys4Kidz? Baiklah. Kami, sebahagian dari komuniti Twitter iaitu #TwtUpCampus yang mempunyai semangat kesukarelawan yang tinggi telah sepakat untuk mengadakan satu program kebajikan yang diberi nama #Toys4Kidz. 

#Toys4Kidz 3.0 adalah dimana kami mengumpulkan barang-barang mainan terpakai yang masih elok dan didermakan kepada kanak-kanak wad pediatrik. Projek #Toys4Kidz yang pertama telah diadakan oleh komuniti Twitter iaitu Caring People (Celaka Party). Caring People telah banyak banyak buat program kebajikan contohnya #Toys4Kidz 1.0 & 2.0 dan blood donation. Insya-Allah banyak projek lain yang bakal diadakan oleh Caring People. Untuk projek #Toys4Kidz 3.0, komiti kurator bagi #TwtUpCampus (@TwtUpCampus) telah berganding bahu melaksanakan #Toys4Kidz ini dengan dibantu oleh Caring People dan #TwtUpKaseh. 

#Toys4Kidz telah dibahagikan kepada beberapa fasa. Fasa pertama ialah pengumpulan. Kami mengumpul barang mainan di sekitar Lembah Klang, Damansara, Bangi dan paling jauh pernah kami kumpul ialah di Johor (#TwtUpJohor) dan juga Kuantan (dikendalikan oleh pihak #TwtUpKuantan). Alhamdullilah. Kami dapat respons yang agak baik dan memberangsangkan di kalangan ibu bapa, pelajar-pelajar universiti dan komuniti Twitter sendiri. 

Fasa seterusnya ialah, memilih dan membersihkan barang mainan. Barang mainan yang dikumpul akan kami pilih dan bersihkan dari segala habuk, kotoran dan sebagainya. Ini untuk memastikan pesakit kanak-kanak tidak mengalami sebarang masalah sekiranya menerima hadiah mainan daripada pihak kami. Pesakit kanak-kanak akan kami survey dulu supaya mereka yang mempunyai asthma ataupun lelah tidak menerima soft toys dari pihak kami. 

Fasa yang terakhir ialah membungkus dan memberi hadiah mainan kpd kanak-kanak. Komiti #Toys4Kidz telah bersama-sama membalut barang permainan dan bekerjasama agar program di hospital berjalan dengan lancar. Oh ya. Hospital Serdang telah menjadi hospital pilihan kami kerana kebanyakan komiti #Toys4Kidz tinggal berdekatan dan memudahkan urusan. Di samping itu, persekitaran yang kondusif memudahkan kami melakukan aktiviti di sana. 

Tarikh: 5 November 2013
Masa: 9.00 am hingga 12.00 pm
Tempat: Hosptal Serdang

Aktiviti dimulakan dengan ucapan Pengarah #Toys4Kidz, Musliyana Mansor (@Ana_Mansor) dan juga Sister Rashidah Hasan diikuti dengan pemberian sebuah giant teddy bear daripada pihak #Toys4Kidz kepada Wad Kanak-Kanak Hospital Serdang. Kemudian, acara dimulakan dengan persembahan Clown Awang dan magician. Kemudian para sukarelawan dibahagikan kpd beberapa kumpulan dan hadiah barang permainan diagihkan kepada setiap pesakit. Alhamdullilah, kanak-kanak wad pediatrik sungguh seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Kami berharap dengan aktiviti sebegini dapat melupakan sekejap kesakitan yang mereka alami. Kami para sukarelawan lebih kurang 30 orang berasa begitu seronok dapat melayan keletah kanak-kanak yang mencuit hati. Rasa nak bawak balik rumah je mereka ni. Program tamat pada pukul 12.00pm dan hati berasa sungguh sayu nak tinggalkan mereka yang masih kecil dan naif ini. Semoga ibu bapa mereka terus tabah dalam menjaga anak-anak mereka. Amin.

So, mari kita lihat gambar-gambar sepanjang program! Biarlah gambar berbicara. Cewahh!





















Suka tengok mereka senyum. Rasa nak nangis pun ada. *standby tisu*
Mesti korang pun ikut senyum sekali kan? :) 



Para sukarelawan, komiti, dan sister dari Hospital Serdang.


Antara orang kuat #Toys4Kidz 3.0




Alhamdullilah. #Toys4Kidz 3.0 di Hospital Serdang telah berjalan dengan jayanya. Alhamdullilah sesangat. Segala kepenatan kami berbaloi dengan melihat wajah-wajah ceria kanak-kanak wad pediatrik Hosp. Serdang. Insya-Allah, kita berjumpa di program akan datang.


New Straits Times, Oct 4th, 2013 : Teaching Youth Media Responsibility.

Psst. Percaya atau tidak. Hampir nak dikatakan komiti dan sukarelawan #Toys4Kidz tidak pernah bersua muka dan hanya sekadar kenal di laman Twitter dan juga di Whatsapp group. Ukhuwah yang terjalin melalui program ini tidak dapat digambarkan oleh kata-kata. Aku memang teringin sangat nak join charity dan dianjurkan bukan anjuran badan-badan besar tapi oleh sebahagian komuniti Twitter yang prihatin akan mereka yang tidak bernasib baik. 

Tidak lupa juga ribuan Terima Kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan #Toys4Kidz. Yang sponsor macam-macam, yang beri barang mainan, yang beri kerjasama yang ohsem kepada komiti #Toys4Kidz, terima kasih diucapkan. Hanya Allah je yang dapat balas balik budi kalian. Amin.

And nak tahu tak, kawan-kawan UMP dan juga rakan sekolah aku sendiri pelik bagaimana kami boleh bekerjasama dengan begitu baik padahal baru pertama kali berjumpa. And that's the sweetest things about social network especially Twitter. I love any single thing about it. Insya-Allah, till we meet again next time! :)


Atas kiri: Dengan @patenisme, komiti utk #HariSokan
Bawah kiri: @Ana_Mansor, Pengarah #Toys4Kidz
Kanan: @AidaSue, Founder of #TwtUpKaseh

Untuk lebih tahu tentang #HariSokan, #TwtUpKaseh, just search hashtag tersebut. Dan korang akan amaze! 

#HariSokan --> 16 November 2013, Kompleks Sukan Kg Pandan
Boleh follow, @HariSokan di Twitter



Kepada yang berkelapangan pada hari tersebut, marilah kita beramai-ramai memeriahkan #HariSokan dan mengimbau kembali kenangan Hari Sukan zaman sekolah 90-an dulu! 


[Closing]
Teddy bear ini sungguh BESAR! Teddy bear ini lah diberikan kpd Hospital Serdang.


See you when you read my next post! 

Regards,
Scha Nazri


Post a Comment

7 Comments

  1. bagus nye buat program macam nie..so far dekat rumah nie takde barg mainan lagi nak diberi..anak2 kakak semua dah besar..semoga amal kebajikan kamu semua diberkati ye

    ReplyDelete
  2. bagusnya terlibat ngan aktiviti amal macam nie..hehehe..semoga Allah s.w.t membalas niat murdi anda..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. wahhh bagusnya! alhamdulillah, masih banyak lagi kerja-kerja amal sekarang ni :)

    Semoga dipermudahkan dan dilancarkan segala urusan.
    InsyaAllah, Allah berkati. Good luckkk :D

    ReplyDelete
  4. thaniah scha.. toys adika tak banyak lagi dear.. neway.. hati kamu sangat baik scha.. :)

    ReplyDelete
  5. bestnya dpt join kerja2 amal macam ni.. last skali join kt rumah anak yatim :)

    comelnya scha dgn tedy tu..hehe

    ReplyDelete
  6. bestnya! Mieza tak pernah lagi join aktiviti mcm ni, penah pergi rumah anak yatim je utk projek charity kelas kat kampus. I love kids as well, seronok dpt tengok diorang happy :D good job!

    ReplyDelete
  7. Oh, ini rupanya aktiviti #HariSokan tu saya ingatkan apalah maksud hashtag tu.

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)