Looking For Anything Specific?

Header Ads

Kenapa lelaki negeri lain takut nak kahwin dengan perempuan Negeri Sembilan?


Assalamualaikum. Haaaa. Tajuk macam agak berat kan? Tapi, ini hanya topik biasa-biasa je. Masa aku balik kampung hari tu, wan aku ada sentuh sikit pasal ni..

Yer. Ramai je lelaki yang kahwin dengan orang Negeri Sembilan. Itu pun sebab mereka  paham. Kalau tak paham, awal-awal lagi dah tolak makwe Negeri Sembilan ni haaa. 

Sebenarnya, orang muda jarang khuatir pasal isu ni, tapi, kebanyakan orang tua negeri lain takut sebenarnya nak kasi anak dia kahwin dengan perempuan Negeri Sembilan.

Begini sebenarnya. (Bagi yang tak tahu)

Memang adat pepatih lebihkan anak perempuan. Dan memang kalau pasangan bercerai, sang lelaki akan keluar sehelai sepinggang. Tapi, sehelai sepinggang dari harta PUSAKA nenek moyang keluarga perempuan. 

Kalau dari segi harta sepencarian sepanjang mereka berkahwin, barulah boleh sang lelaki tuntut hak mereka sebab itu harta SEPENCARIAN. Bukan harta PUSAKA.

Pusaka memang anak perempuan yang jaga. Diturunkan juga kepada anak perempuan. Sang suami tak boleh sentuh pun sebenarnya. Sebab harta tu bukan sang suami yang punya. Leulz

So, buangkan anggapan bahawa sekiranya kahwin dengan makwe Negeri Sembilan, kot2 bila bercerai nanti, keluar sehelai sepinggang. Eh, awak. Awak pandang harta ke pandang kasih sayang sebenarnya?

Akhir kata,

Hanya pakwe Negeri Sembilan je paham makwe Negeri Sembilan ni macam mana sebenarnya. 


Post a Comment

3 Comments

  1. Saya perempuan so takde masalah dalam hal nih hehehehe. Kalau kahwin dengan lelaki negeri sembilan pun, rules dalam adat perpatih tuh tak apply dekat lelaki ;D

    ReplyDelete
  2. awek negori ni sy tgok ramai yg cntik2..sape yg lepas rugi la kan he3..msa bljar kt pd dlu mmg berkenan jugaklah..hm adat tu kalau ikot @ lain dri hukum agama pasti berdosa..selagi ianya ok dri segi agama boleh la pakai..sy pn xfham sgt adat pepatih ni =)

    ReplyDelete
  3. Eh tapi ramai yang nak kawen gadis negeri sembilan sebab gadisnya kaya kata depa. hehe

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)