Hai.
Aku tersentak sebenarnya atas kejadian yang menimpa seorang pegawai bank Ambank yang ditembak mati oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri. Harapkan pagar, pagar makan padi. Ini lah jadinya apabila nafsu syaitan dah menggila dalam otak.
Tragis betul aku tengok gambar mangsa. Aku dah tak nampak dah wajahnya yang sebenar. Ya Allah. Sungguh tragis. Dah lah pakai PUMP GUN. Mana lah tak terburai isi di dalamnya.
Mangsa, Norazita bt Abdul Talib meninggalkan suami dan dua orang anaknya yang masih kecil. Aku tak tahu lah macam mana suami dan anak-anaknya menghadapi kematian insan yang tersayang. Tak dapat imagine.
Bagi aku, gertak sahaja, sudahlah. Tak payah nak tembak sampai macam tu sekali. Kalau buat macam ni, sampai ke kiamat lah kau takkan aman. Aku bersimpati.
Ya Allah, jauhkanlah syaitan dari menghasut umat Nabi Muhammad SAW Ya Allah. Sesungguhnya aku takut. Di mana je yang selamat?
Mak aku selalu pesan, kalau nak pergi mana-mana, selawat lah ke atas Nabi Muhammad SAW. Insya-Allah, kita akan selamat. Insya-Allah.
Manusia, sampai tahap mana kekejaman mu?
7 Comments
Dunia hari ini kekejaman berlaku di mana-mana. kezaliman tidak boleh diduga lokasi dan pelakunya. harus sntiasa berwaspada dan paling ptg sentisalah kita memohon perlindungan dari-Nya.
ReplyDeletepump gun tu mengunakan penabur..
ReplyDeletekita bayang sendiri la ..
tgk movie2 yang ade pump gun tu..
kesan dia macam mana..
sama je dengan real life..
╔════════════════════════╗
║
║ My Blog ► http://abgdude.com/blog
║
╚════════════════════════╝
memang tkejut sgt dgn perkara tu... skrg masuk bank pun phobia nak tgk pengawal keselamatannya.
ReplyDeleteRasanya pgawal tu pn panik kot..2 yg terlepas tembakan..tp xptt dia bt cmtu..mmg kecian sy tgok video kejadiah tu..nsb baik yg kena sorang je..kwn dia smpat lari..ape nk jdlh dgn manusia skrg..semuanya nk jd hamba duit smpai akal dah xde n agama tolak tepi..al-fatihah la kpda arwah..
ReplyDeleteMemang kejam! Bila nafsu menguasai diri, akibat dari perbuatannya itu pun dia tak ambil peduli.
ReplyDeleteSemoga manusia itu mendapat balasan yang setimpal dan kembali bertaubat.
Saya ziarah dan follow di sini. Terima kasih bertandang ke blog saya, :)
ReplyDeleteinsyaallah mana2 saya pergi, saya akan selawat. kadang2 main keluar je, lupa nak baca pape doa..
ReplyDeleteSemoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)