Looking For Anything Specific?

Header Ads

Sekali dah kena, kesannya mak aihh! tak dapat nak cakap!


Aku ade seorang sedara yang agak jauh terlibat dengan penyalahgunaan dadah. penagih tegar bagi aku.
sebab apa?
sebab bagi aku, lokap dan pusat serenti bagaikan rumah kedua baginya.
dah macam hotel aku rasa.
yelah, asyik keluar masuk jeh.
makanan semua free. tido jeh dalam lokap tuh.

dulu kalau korang nak tahu, dia nie seorang POLIS. masa zaman kegemilangannya, aku cukup salute 90 darjah kat dia. masa tuh, aku kecik lagi. yang aku ingat, aku pernah tengok dia pegang pistol dengan penuh bergaya sekali. teruja betul.

tapi tapi, tapi, itu kisah lama. disebabkan pengaruh kawan, dia terjebak dalam lembah kotor ni.
bayangkanlah macamana perasaan mak dia bila anak dia kena gari, bawak pergi balai.
tak keh hancur luluh hatinya, bagai ditusuk pedang? *ayat parabola*

*bersungguh mencucuk!*

selepas dihantar ke pusat serenti, aku ingat dia akan berubah. dan aku lihat sendiri bagaimana usaha dia nak berubah. semua orang suka akan perubahannya itu.
tapi, lagi sekali, sebab pengaruh kawan, dia ambil semula. dan kena tangkap sekali lagi.
kali nie, mak dia pengsan! tak tahu nak cakap apa dah.
benda nie berlaku beberapa kali. entah. aku tak ingat berapa kali, sampai family aku dah naik jemu nak dengar lagi.

mak aku pernah cakap, yang dia kat sekolah. kira bagus dalam pelajaran. jawatan kat polis pun tak kurang hebatnya. cuma tu jelah, disebabkan pengaruh kawan, dia jadi begini. 

hari ni kan hari Ibu. so, mak dia pergilah melawat anaknya dia penjara. walaupun, aku tak pergi sekali, aku dapat rasakan macamana perasaan mak dia. Hari ibu pulak tuh! tak ke sadis? anak dia rilek jeh, tenang jeh bila mak dia datang, mak dia pulak tak berhenti mengalirkan air mata. 

so, kesimpulan disini, 
sekali kau amek dadah, kau akan hilang segalanya 
memang ada cara nak berubah. 
tapi,  iman kau kuat keh? sekali kau ambil najis nie, kau akan hilang kerjaya, keluarga, anak bini. sedara aku nie pun tak kahwin sampai sekarang. dah lah hensem. buat rugi masa jeh. kalau tak menyusahkan orang lain tak apa, ni idak. adei. walau apa pun, aku tetap hormat dia sebagai sedara yang lagi tua dari aku. setiap kali jumpa, aku akan salam dia. buat baik kepadanya. im not that bad.  peace!


Post a Comment

6 Comments

  1. jgn cuba2 try..saya dh siap follow kamu.tq sbb mai blog saya =)

    ReplyDelete
  2. Sebab dadahlah saya petus dengan gf saya. Saya benci dadah.

    Pengalaman mengajarku erti kehidupan

    ReplyDelete
  3. @zOeY zAu YaH tu lah kan? ehhe. dh folo gak! tengs!

    ReplyDelete
  4. hurm dadah memang merosakkan!

    ReplyDelete
  5. dia pun tak cukup iman utk melawan pengaruh kawan2 dia tuu. tapi siyes, memang sedih sangat. dah la hari ibu pulak.

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)