Assalamualaikum.
Siti Nor Yuwana Juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2018
Siti Nor Yuwana Zulkifli (kanan) bersama dengan pengurus pemasaran Unilever Food Solutions, Angeline Ho
28 Julai 2018 yang lepas, Knorr telah menganjurkan satu pertandingan memasak iaitu Cabaran Raja Kuah Knorr yang bertempat di pasaraya NSK, Seremban Negeri Sembilan. Sebanyak 10 peserta telah berhempas pulas memasak untuk memenangi hati juri bagi merebut hadiah yang sungguh lumayan. Peserta perlu memasak 3 jenis masakan berkuah jenis kari, kicap dan lemak (santan dan kunyit) dengan menggunakan stok ayam Knorr Fuhh, kalau aku lah masak, memang tak dapek, kelaut jadinya kalau aku masak lauk pauk tradisional masakan melayu. Tak habis menuntut lagi. hehe
Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 sedang meneruskan usaha untuk menghayatkan penghargaan baru untuk hidangan berkuah Melayu yang digemari oleh ramai rakyat Malaysia.
Sejak diperkenalkan buat kali pertama pada 2016, acara anjuran Unilever Food Solutions ini berfokus kepada masakan Melayu berkuah yang mewakili sehingga 70% daripada hidangan pengendali makanan Melayu hidangan kari, kicap dan masak lemak.
Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata: “Oleh kerana kini terdapat satu trend menggunakan perasa ayam juga untuk menggelitik selera, Unilever Food Solutions memberi pengiktirafan terhadap usaha masakan menggunakan Serbuk Ayam Knorr. Tahun ini, kami telah mengadakan perkongsian khas dengan NSK Trade City, pemborong yang terbesar di Malaysia dan rakan ‘Cash & Carry’ kita yang terbesar. NSK Trade City terkenal dengan pelbagai jenis produk yang berkualiti tinggi dan harga berpatutan seperti tin makanan, minuman, produk penjagaan badan dan bahan pencuci. Ini hanyalah beberapa jenis produk yang dapat saya namakan! ” Nusrat berkata.
Akhirnya, hasil penat lelah Siti Nor Yuwana membuahkan hasil. Beliau mempersembahkan resipi arwah ibunya iaitu Kari Ayam Warisan Bonda. Selain itu, Masak Lemak Daging Salai Berapi dan Ayam Masak Kicap Cara Saya menjadi pilihan Siti untuk dipertandingkan sekaligus berjaya memenangi hati pihak juri.
Hidangan masakan pemenang Siti (dari kanan) Kari Ayam Warisan Bonda, Masak Lemak Daging Salai Berapi dan Ayam Masak Kicap Cara Saya.
Pihak juri pun bukan calang-calang taw. Chef selebriti Mohd Johari Edrus (lebih dikenali sebagai Chef Jo), Chef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan pengarang dari majalah masakan Saji Rosmarlinda Kamarudin telah sebulat suara menobatkan hidangan lauk Siti sebagai Juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2018. Para juri menitikberatkan kebersihan, penampilan dan cita rasa hidangan sebagai kriteria dalam menentukan juara.
Para juri yang mengadil (dari kiri) Chef Professional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din, chef selebriti Mohd Johari Edrus (lebih dikenali sebagai Chef Jo) dan pengarang majalah Saji Rosmarlinda
Kamarudin.
Siti Nor Yuwana membawa pulang hadiah utama berupa pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 dan hamper. Ya Allah, pakej umrah tuuu. Kalau lah tahu dari awal hadiah selumayan begini, aku paksa diri aku masuk pertandingan ni (tapi dalam mimpi lah).
Pemenang lain untuk Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 bertuah termasuk:
- Naib johan Fazerina Ibrahim, 34 dari Selangor menerima tunai RM10,000 beserta hamper
- Pemenang ketiga Ali Zainuddin Adnan, 39, mendapat tunai RM6,000 dan hamper
- 7 pemenang saguhati menerima tunai RM1,000 beserta hamper.
Juara Siti Nor Yuwana Zulkifli (tengah), naib johan Fazerina Ibrahim (ketiga dari kanan) dan pemenang ketiga Ali Zainuddin Adnan (ketiga dari kiri) bersama dengan para juri Cabaran Raja Kuah Knorr 2018: Chef Mohd Johari Edrus (keempat dari kiri), Unilever Food Solutions Chef Mohd Hadzrin Mohd Din (keempat dari kanan) dan pengarang majalah Saji Rosmarlinda Kamarudin berserta pengurus cawangan NSK Seremban 2 Lim Chin Lai (kedua dari kanan) dengan pengurus pemasaran operator UFS Nadia Mohd Irwan (di kanan), pengurus pembangunan pelanggan UFS Amri Yusof (kedua dari kiri) dan pengurus pemasaran UFS Angeline Ho (di kiri).
Unilever Food Solutions (UFS) ingin berkembang untuk masa depan dengan menyentuh 800 juta pengguna setiap tahun. UFS berhasrat mencapai matlamat ini dengan cara yang mampan dan menumpukan kepada empat bidang di mana UFS boleh membuat perbezaan: memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan.
Makanan hebat harus menjangkaui sempadan geografik dan perbezaan budaya. Makanan merupakan penyatu besar dan kenyataan ini jelas sekali di sebuah negara berbilang budaya seperti Malaysia di mana semua di sini, daripada penduduk tempatan pelbagai kaum dan juga warga asing yang menginap atau melawat, menikmati hidangan yang ditawarkan dalam suasana citarasa berharmoni yang berbeza!
Tahniah kepada semua pemenang. Harap UFS menganjurkan lagi pertandingan sebegini supaya rakyat sedar akan kepentingan mengendali makanan dengan berhemah. Tahniah sekali lagi!
Makanan hebat harus menjangkaui sempadan geografik dan perbezaan budaya. Makanan merupakan penyatu besar dan kenyataan ini jelas sekali di sebuah negara berbilang budaya seperti Malaysia di mana semua di sini, daripada penduduk tempatan pelbagai kaum dan juga warga asing yang menginap atau melawat, menikmati hidangan yang ditawarkan dalam suasana citarasa berharmoni yang berbeza!
Tahniah kepada semua pemenang. Harap UFS menganjurkan lagi pertandingan sebegini supaya rakyat sedar akan kepentingan mengendali makanan dengan berhemah. Tahniah sekali lagi!
2 Comments
tahniah pemenang
ReplyDeletewahh lumayannya hadiah! :)
ReplyDeleteSemoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)