Assalamualaikum. Hai semuaaaa!
ADA ORANG RINDU TAK? PLEASE JAWAB ADA! Hahaha.
Meh, dekat-dekat. Aku nak cerita slash berborak dengan korang ni. Wiiiii
Muslimah di Malaysia kini tidak lagi susah bagi kita untuk mendapatkan pakaian Muslimah kan? Fesyen baju untuk golongan Muslimah kini semakin berkembang dan juga pilihan buat kita juga semakin mudah untuk didapati dalam pasaran. Malah jika diamati dengan teliti trend fesyen, gaya Muslimah semakin popular dalam industri fesyen di Malaysia. Perkembangan yang cukup positif ini turut mula mendapat perhatian di pentas antarabangsa apabila semakin banyak pihak yang mula berminat untuk memahami trend fesyen pakaian Muslimah.
Apakah pakaian Muslimah yang popular di Malaysia? Antaranya ialah baju kurung moden, baju peplum kurung, kaftan, jubah, blouse Muslimah dan baju kebaya moden. Kesemua ini telah diberikan sentuhan yang lebih segar agar dapat disesuaikan dengan trend masa kini. Malah turut senang untuk digayakan jika korang tahu cara yang betul dalam bergaya. Tak salah mix and match :)
Sama seperti pakaian lain, korang harus pilih sesuatu yang sesuai dengan gaya personaliti diri korang sendiri. Ini adalah penting untuk memperlihatkan betapa bagusnya cita rasa korang dalam menggayakan sesuatu baju. Keselesaan sepatutnya menjadi pilihan utama di mana ia adalah wajibulghunnah dalam memilih rekaan, saiz dan warna yang betul. Tanpa ini semua korang pasti akan rasa awkward dan mencacatkan keseluruhan penampilan. Tidak lupa juga, padankan juga dengan akesori seperti cincin dan rantai leher panjang bersama handbag untuk kelihatan lebih bergaya. Plus, kalau kita selesa, automatik kita akan rasa lebih yakin apabila berdepan dengan orang. Betul tak?
Mudah sahaja untuk menggayakan pakaian Muslimah moden terkini, bukan? Namun ada lagi yang lebih mudah iaitu untuk mendapatkannya. Kini korang tidak lagi perlu susah-susah keluar untuk beli pakaian Muslimah terkini kegemaran sebab korang boleh mendapatkannya secara online. Banyak butik fesyen Muslimah online di Malaysia sekarang ini menawarkan koleksi baju Muslimah terkini daripada pelbagai jenama popular dengan pilihan yang cukup meluas. Jangan rambang mata sangat okay! hehe.
So, pilih dengan betul dan memenuhi syariat Islam. Tak salah berfesyen, asalkan tahu batasnya. Hehe.
13 Comments
Salam singggah sini dik scha...sekarang nak beli baju muslimmah kat online ni bnyk dah...akak pun suka beli online jak...hihi
ReplyDeleteADA orang rindu awak! hahaha
ReplyDeleteSayalah orang tu.. hehe
ReplyDeletesaya suka pakai jubbah.. sebab selesa.. boleh buat berlari sebab longgar... hehe
ReplyDeleteintan..taste kita sama..sis JM pun suka pakai jubah
DeleteCantik :D
ReplyDeleteKalau dekat Malaysia senang la nak dapat. Tapi, kalau dekat sini, susah sangat :(
ReplyDeleteape barang kuar ump last2 jual baju hahaha
ReplyDeleteSAYA windu..hehehehe..
ReplyDeleteskrg jadi minat lak trend kai skirt labuh. nampak macam comel je. hahaha (⌒.−)=★
ReplyDeletehehehe CT ni fashion caca marba je Scha.. x retila fashion2..
ReplyDeletekadang tu.. tibai je sarung tudung endon.. tu bfren pun xde eeeh =P
Mestilah ada orang rindu :)
ReplyDeleteScha!!! lama menyepi...rindu sih
ReplyDeleteSemoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)