Looking For Anything Specific?

Header Ads

#SchaMakan -- Ramadhan Dining Buffet @ M Cafe by Meesha Sukira

Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Phewwww. Barulah dapat menaip dengan tenang sikit. Sangat susah nak menaip lately ni. Sehari uruskan gambar, sehari upload gambar, sehari menaip, sehari publish. Gitulahh. Balik kerja terus rasa nak tidur jeeee. Then, internet pulak macam ntah hape-hape. Lagi lah hilang mood aku nak menaip.

Alhamdullilah. Sabtu lepas, aku, Amy J dan rerakan food bloggers yang lain telah berkunjung ke M Cafe oleh Meesha Sukira dengan perut yang kosong. Haruslah dengan perut yang kosong kan? Kalau tak, siapa nak habiskan makanan-makanan tuuu? Haha. Oh yer, aku telah dijemput oleh pihak Food Ink untuk food review kali ini. Link Food Ink ada kat sidebar okay!

M Cafe terletak di Plaza Damansara, Bukit Damansara. Selepas habis event di Mid Valley, aku and Amy terus shoot ke sana. Nasib baik dalam 15 minit je. Search je waze 'Meesha Sukira', InsyaAllah jumpa. Kau ikut je lah Waze tu bawak pergi mana. Jalan dia macam confusing sikit. And aku sangat lah teruja tengok persekitaran dia. Sangat eklusif. Dekat sangat dengan taman perumahan golongan elit. Feeling ala-ala elitis gitu. hehe.

Pastikan jumpa signboard seperti di bawah okay! Sangat senang nak detect kat mana. Parking pun senang.

M Cafe by Meesha Sukira Influenced by Nature, Inspired by Culture



Bila kau tengok je M Cafe ni, mesti kau rasa segan nak masuk. Yelah kan, batik kan harga dia boleh tahan mahal, so kita mesti expect harga makanan dia pun tinggi lah kan? But, I tell you okay. Harga dia sangatlah berpatutan. Nanti aku cerita. Sat naaa.

Kat bawah ini pandangan sekitar ruang M Cafe di bahagian atas. Bahagian atas banyak terdapat kain bercorak batik dan juga beg batik. Serius cantik. Kalauu aku kaya, aku pejam mata je beli semua ni bagi kat mama and mak sedara. Hhe. Amin.



Yang ini pula, bahagian bawah. Cantik kann? Selesa sangatt. Rasa macam kat hotel. Ada jualan barangan kraf di bahagian bawah. Boleh lah usha-usha. Sangat cantikk dan halus buatannya.



M Cafe oleh Meesha Sukira ialah satu tempat di mana korang boleh rasa makanan dari rumah tetapi ditemani oleh suasana batik yang ceria dan menyenangkan..

Untuk pengetahuan korang, Meesha Sukira telah lama bertapak dalam dunia seni lukis batik di Malaysia. Kain batik, beg tangan, baju dipersembahkan secara turun-temurun dan ketelitian untuk menghasilkan sebuah batik yang berkualiti premium. Jadi, dengan idea batik ini, M Cafe telah diperkenalkan oleh dua orang wanita besi yang mempunyai butik batik. Dua wanita ini berfikir, bagaimana nak perkenalkan batik secara lebih menyeluruh? So, why not kita promosi batik menerusi makanan kan? Haaa, itulah pencetus idea dua wanita besi untuk M Cafe!

Mesti tertanya-tanyakan M ni simbol untuk apa? Makan Cafe ke? Hahha. Lebih kurang lah. M ni ada banyak maksud yang positif seperti Motivation, Magnificent or Mystery. Owner M Cafe sendiri rasa betapa susahnya nak bangunkan M Cafe. Bukan senang nak berada di tahap sekarang kan? So, M sangat simbolize semangat mereka untuk memperkenalkan batik.

And and and, yang paling penting, resipi M Cafe ini kebanyakkannya resipi dari Istana zaman dulu kala. Jangan memain taw. Sebab tu aku perasan sikit rasa dia lain sikit dari yang biasa.

Okaylah. Jom menjamu mata!

Scha Review

Ramadhan Dining Buffet -- RM 39.90/seorang



1) Sambal Udang Petai -- Petai dia crunchy. Sambal dia sedap-sedap pedas. Udang dimasak elok dan senang nak kupil kulit udang.
2) Sotong Sumbat dengan Telur -- Sotong dia lembut. Fresh. Sambal sedap secukup rasa. Tak cukup sekor sotong weii!



3) Daging Masak Hitam -- First time rasa itik. Rasa macam ayam sikit tapi liat sikit macam daging lembu. Hahhaha. Terasa kicap dia. Pedas cukup!
4) Sambal Terung -- Terung is my favorite! Terung ni paling sedap buat sambal je. Hahaha. Sambal dia ada rasa udang kering sikit. Tu yang unik dia.



5) Gulai Udang Masak Lemak Rebung -- Tak suka rebung tapi suka kuah rebung. Cukup lemak santan dan pedas. Udang pun fresh!
6) Asam Pedas Pari SIAPA TAK SUKA ASAM PEDAS ANGKAT KETIAK! Hahaha. Ikan pari dia lembut, asam dia memang asam ditambah dengan tomato. Perghh. Dengan pedas dia sekali. Terangkat beb!

Enam menu diatas lah apa yang korang akan dapat dengan set Ramadhan Dining Buffet. Buffet yer. Bukan ala-carte. So, makanlah banyak mana pun korang suka!

Jangan risau, masjid sangat dekat dengan cafe. So, buka puasa and boleh terus maghrib kat masjid and after that boleh terus sambung makan kat sini. Bestnyaaa kalau convenient macam ni kan? :)

Next, aku nak kenalkan signature dish M Cafe. Unik gilaaa!



1) Sambal Ikan w/ Apple Salad -- Masa mula-mula aku tengok, ni apa benda? Nape ada apple? Buat hiasan ke apple ni? Takkan makan gitu je? Hhahahaa. Rupa-rupanya, kena makan sambal ikan tu dengan apple! Sila lihat gambar bawah ni...


Macam mana boleh combine sambal ikan and apple? Manager M Cafe berkata, sambal ikan tu pedas so cara nak counter balik rasa pedas ialah dengan rasa masam dan yang paling terbaik ialah buah Apple! Rasa dia macam pedas and masam. Gitu lahhh. Susah gak nak explain rasa dia macam mana. Sekali ngappp je masuk dalam mulut. Haha.

2) Butter Fried Chicken Salted Egg -- FAVORITE MENU! Rasa macam terjumpa satu rasa baru dalam mulut aku. Hahahha. Ayam tu digoreng dan kemudian di masak dengan telur masin. Korang patut rasa menu ni. Sangat recommended!



3) Hainanese Chicken Chop -- Chicken chop yang portion dia besar and sedapp. Susah nak dapat portion besar gini. Side dish dia pun aku sukaaa!
4) Seafood Fried Meehoon Meehoon yang penuh dengan seafood. Rasa macam mak masak kat rumah!

DONE REVIEWING!


Stella dari Food Ink ( berdiri kanan) dan Manager M Cafe (berdiri kiri) terangkan dengan lebih terperinci tentang M Cafe dan menu yang terdapat di sini.

Part yang paling best ialah, haruslah jumpa dengan blogger! Hahaha. Masa ni lah baru dapat jumpa face to face dengan kawan alam maya. hehe. Dapat jumpa Ash jugakk! Aktif betul Ash ni. Dah besar mesti pandai. hehe. Aminn!


2) Kak Farah dan Ashhh : http://www.bubblynotes.com/

Thanks Food Ink and M Cafe!

1. Address: 47 Jalan Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara Kuala Lumpur
2. Business hours: Mon - Sat: 10:00 am - 10:00 pm (Sunday Closed)

Follow and let me know!

Post a Comment

6 Comments

  1. Wahhh, cantiknya tempat ni. makanan pun nampak menyelerakan. hehe

    ReplyDelete
  2. yum3! sedapnya tgk..aduhai..grr..meleleh aiq liuq eh..

    ReplyDelete
  3. Nampak menyelerakan juga makanan dia.

    ReplyDelete
  4. Seronok juga jamu selera sambil jamu mata. Pilihan food memang tempting!

    ReplyDelete
  5. Entah kenapa, rasa macam kecur pula air liur tengok Sambal Ikan & Apple Salad tu. Mungkin sebab dapat imagine kombinasi taste dia yang ala2 pedas + masam2 sikit tu.. Perghhh cair..

    ReplyDelete
  6. nak ikut p makan2.. huurm.. syoknya tengok..
    bleh jumpa bloggers lain..

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)