Assalamualaikum. Hai semuaaaa!
Yeayyy. Harini nak beri TIPS lagi untuk korang lagi. Kalau mana yang belum baca lagi tentang Tips Mekap, silalah baca yerr! Mana tahu berguna kan?
Tips yang aku nak share dengan korang ni tentang Tips Mendapatkan Blouse Terbaik untuk korang! Ingat senang-senang je boleh pilih blouse. Mestilah ada tips and tricks untuk dapatkan blouse idaman korang!
Meh lah dekat sikit..
Siapa percaya baju yang cantik dan padan dengan tubuh mampu memberikan inspirasi, keyakinan dan keselesaan buat seseorang? AKU! *angkat tangan*
Kat luar sana ada banyak pakaian wanita terkini yang boleh didapati namun blouse masih menjadi antara pilihan kegemaran aku. Korang tahu tak bahawa blouse telah menjadi antara produk fesyen pilihan ramai wanita selama beratus tahun dan kini menjadi antara item fesyen wajib dalam setiap koleksi wanita urban sejak zaman 1980-an lagi! Kini koleksi blouse moden wanita terkini adalah antara pakaian yang paling penting untuk wanita. Mempunyai baju blouse mampu memberikan sentuhan yang lebih feminine ke atas koleksi baju korang.
Blouse wanita dinamakan kerana rekaan potongannya yang longgar dan banyak wanita yang menyukainya kerana ia adalah antara fashion top yang menyerlahkan sifat feminine mereka. Koleksi blouse terkini diperbuat daripada pelbagai bahan fabrik bermutu tinggi. Nak memilih blouse yang sesuai pun kena ada beberapa faktor yang harus diutamakan. Potongan, warna dan juga stail baju blaus haruslah bergantung dengan jenis bentuk badan korang bagi mendapatkan persalinan yang selesa. Apa guna cantik tapi tak selesa yedak?
Tips mendapatkan blouse wanita terbaik :
1. Antara yang paling penting ketika memilih blouse adalah untuk dapatkan saiz yang betul bagi mengelakkan korang membeli baju yang terlalu besar ataupun terlalu kecil. Pastikan korang tahu ukuran dada dan pinggang anda untuk memudahkan pemilihan.
2. Terdapat beberapa jenis baju blouse wanita dan dengan begitu banyak variasi stail yang boleh didapati korang harus tahu tidak semuanya sesuai dengan korang. Ramai wanita yang ambil mudah tentang ini dan akhirnya terpaksa berpuas hati dengan sesuatu yang tidak sesuai sama sekali dengan bentuk badan dan cita rasa!
3. Pilih warna yang mampu membuatkan korang kelihatan lebih menyerlah. Ini juga penting agar penampilan korang kelihatan anggun terutamanya ketika berada di luar.
Sebab tu kalau pergi interview, aku lebih selesa memilih blouse hitam untuk nampak semi-formal sesuai dengan jawatan yang aku pohon. Nak bergerak pun senang. Lagipun, kalau untuk badan besar, warna hitam akan nampak mengecilkan lagi badan. Haaa, nampaklah kurus sikit. Hihi. Illusi itu penting taw. Hahaha.
Kalau korang suka blouse yang bagaimana? Ce pilih dari gambar di atas. Warna apa yang sesuai dengan korang? Aku suka hitam and pink! Nampak sweet gitu kan? Hihi.
Okaylah. Doakan aku dapat kerja kat Nilai! Debor nak tunggu jawapan dapat ke tidak. Wuwuwu.
Jaga diri semua! ^^
Follow and let me know!
13 Comments
BV suka warna yang gelap2. sebab nampak simple n elegent la kononnya. hahhaa. :D
ReplyDeletenice tips. thanks :)
Akak suka blouse polos yang kainnya selesa dipakai. Lagi2 cuaca panas sekarang.
ReplyDeleteHi, Scha! Datang jenguk Scha!
tgk org lain pkai blouse cntik je..
ReplyDeletediri sndiri pkai mcm xyakin. hehe
semoga ade rezeki keje kat nilai ek.
=)
Akak pon suka gak blouse.. ^__^
ReplyDeletegreat tips Scha!! :D
ReplyDeleteMoga dapat kerja kat Nilai tu yer ^^
ReplyDeletegreat tips
ReplyDeleteops..sy baru je lepas order blouse online..xtau pon padan ke tidak, mentang2 tgk body model lebih kurang sama dgn sendiri, main order aje..hopefully, x besar dan x kecik lah nanti..hihihi
ReplyDeletejaga diri jugak schya :D
ReplyDeleteMoga ddapat kerja kak Scha!
ReplyDeleteSaya tak banyak blouse sebab blouse kat sini semuanya jarang-jarang.
susah nak cari blouse yang betul-betul sesuai untuk kak Sal kau yang kurus keding ni..huhu
ReplyDeletemoga dapat kerja Scha!
ada tak tips nk dapatkan kaki slim cam model tu huhuh
ReplyDeleteCT kena tengok certain cutting saja yang sesuai.. kalo jenis button sampai bawah tak selesa sangat.. suka yang button kat atas je.. o terus sarung ahaha.. senang.
ReplyDeleteSemoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)