Looking For Anything Specific?

Header Ads

Butterfly Beauty Challenge : Bronzey Smokey Eyes Makeup Look #makeupbyschanazri


Assalamualaikum. Hai semuaaaa!

Here come Butterfly Beauty Challenge Week 2! Yeayyy. Minggu ni best sikit sebab kena main mekap yang ada dalam Beauty Box tuuu!

This week nak buat tema smokey eyes sikit sebab nak mahirkan dalam main eyeshadow warna gelap. Supaya bila kita apply kat mata, tak nampak macam mata kena tumbuk. Haha.

Selalunya untuk wanita Asia khususnya, kita jarang ada kelopak mata yang besar macam orang putih or arab. So, kalau pakai eyeliner yang tebal, dia nampak macam kita pakai eyeshadow kat mata. Tipsnya ialah, kalau boleh, buat line yang nipis berdekatan dengan bulu mata. So, nampak macam halus je line kita buat tu and better pakai liquid liner. Nampak lagi precise. Aku pun jarang pakai liquid sebab kekadang kalau tak cepat kering, dia akan terkena dengan bahagian atas mata. Yeah. Struggle nak cantik. Lol. 


Makeup that I used for this look. 

  • Makeup Revolution Hot Smoked (I used black on eyelids, and light shade to highlight my browbone)
  • 88 colors of matte eyeshadows (I used brown as my upper lid color)
  • Miss Rose 48 colors (dark purple) for my lower waterline to smokey it out. 
  • Garnier Sakura White Moisturizing Cream to moisturize my skin before applying makeup
  • Obuse brow kit
  • Sendayu Tinggi Doll Foundation (Code: Too Pretty) as my foundation. Betul-betul memutihkan kulit aku.
  • Etude House Look at My Eyes eyeshadow (Code BR 405) to add glitter effect on my eyelids. 
  • Pixy Compact Powder to set my foundation. 
  • Dolly Wink Liquid Eyeliner to line my upper lids
  • Makeup Revolution Line and Flick to line my lower waterline. 
  • Silky Girl Eye Opener Mascara
  • Maybelline Baby Lips Electro Pop to give colors to my lips. 
  • Collection Hot Lights (Code: Sparkle 4) to gloss my lips. Done!

Products in this beauty box is highlighted in bold.

Results?


Part kening fail sikit. Haha. Aku kena beli pensil kening jugak. Pakai brush ni susah jugak. Wuwuwu. And muka aku tak flawless okay and keadaan muka time ni super duper kering. Bila pakai foundation, nampak betul bercapuknya. KENA BANYAK MINUM AIR KOSONG SCHA! Dalam post ni aku nak fokuskan tentang mata. Nampak tak ke-smokey-an nya? Haha. 

Gambar bawah ni aku pakai bulu mata pelesu yang gila hat tebal. Macam langsir dah mata aku. Tak tahan pakai and nampak fake, aku buang. Haha. Kalau untuk client, memang aku pakaikan yang original handmade punya. Takdelah nampak sangat fake. Haha

Aku juga pakai contact lens dari Dailies Aqua Comfort. Buat masa ni, kalau nak rasa contact lens jenis pakai buang, boleh order dekat Mr. Lens Malaysia. Memang cepat dan senang nak order. Delivery pun tak banyak songeh sangat! Bukan setakat Dailies je ada, pelbagai jenis contact lens boleh dapat di Mr.Lens Malaysia! Woot woot!


Korang rasa macam mana dengan gambar atas ni? Nak tampor laju-laju tak? Puas lah aku membuntangkan mata sebab nak nampak kasi clear. Tapi, macam pelik je buntang sangat mata tu. Hentam je lah labuuuu. Hihi

Review untuk makeup yang ada dalam beauty box!

1) Garnier Sakura White Moisturizing Cream ;-

-- Aku suka dengan tekstur cream ni. Tak sticky atau melekit sangat bila dah tempek kat muka. Bau pun wangi je. Ala-ala sakura je. Oh yer, aku akan pakai Garnier Sakura Gentle Cleansing Foam setiap hari dan selepas itu, aku akan pastikan wajah aku lembap dengan moisturizing cream ini. Cuma, takdelah dia akan stay moisturize the whole day. Lepas solat memang aku akan touch-up balik. Lagi afdal kalau minum air kosong banyak-banyak. Hmm. Kena prektis lagi ni. 


2) Dolly Wink Liquid Eyeliner

-- Aaaaa, suka gila dengan Liquid Eyeliner ni. Halussss jeee. Cepat kering and senang nak handle. Takdelah macam serabai je kalau apply kat mata. Bagusss2. I like!


3) Maybelline Baby Lips Electro Pop

-- Aku personally suka dengan Electro Pop nii. Mula-mula aku risau nak pakai sebab takut warna dia macam shocking gila. Rupa-rupanya, effect dia sama macam Baby Lips yang lain iaitu macam lipbalm, tapi lebih terang sikit. Takdelah terang sangat macam shocking pink tu.



4) Collection Hot Lights (Code: Sparkle 4)

--  LIP GLOSS NI MEMANG COOL GILA SEBAB ADA LAMPU KAT PENUTUP! hahaha. Aku dan mak aku eksaited (jakun) bila nampak lampu kat situ. Macam great invention gitu. Ye lah kan, kot-kotlah nak touch-up selepas makan and kawasan pulak gelap, mana nak nampak pulak kan? Dengan adanya lampu ni, takyah kau nak cari lampu tambahan lagi. haha. Aku tahu sound tak logik, but try to think what if kena touch up dalam kereta di malam yang kelam? wiwiwi


Done! Yeayy. Settle hutang untuk minggu ni. Memang kena curi masa nak update. Pening-pening pun kena update jugak you alls. Hahaha. Sebarang soalan, just shoot me okay!

Lagi sekali, Scha nak ucapkan terima kasih kerana singgah blog Scha. Tinggalkan jejak, nanti Scha jengah balik okay. Tak larat gila nak blog-walking. Hey, at least Scha ada update jugak! Hihi.

Jangan rindu-rindu ai taww!

Follow and let me know!

Post a Comment

29 Comments

  1. Replies
    1. Yes nampak cantik bangat.
      Akak kalau mekap bukan smoky, tapi smoke asap.

      Delete
    2. phewwwwit >.<

      Delete
    3. Nasib baik galak bukan A Galak...

      Delete
  2. kita memang tak reti nak pakai contact lens. hahaha. failed sungguh :D

    ReplyDelete
  3. selamat malam...hehehe...singgah sini intai tuan blog kot belum tidooo :P

    ReplyDelete
  4. SS tak tahu nak berdandan! Ha Ha Ha..

    ReplyDelete
  5. ya allah cantik nyaaaaaaaaaaaaaaaaa <333
    hehehe kak scha makeup kan qila please teringin gilaa hihi <33333

    ReplyDelete
  6. muhahaahha qila baru je stalk blog kak hiks. dah bookmark almost everything kikiki thanks <333
    tapi tulah T_T duit qila mcm tak mencukupi je nak jadi beauty junkie like u hee~

    ReplyDelete
  7. tak reti make up tp suka baca artikel ttg alat mekap ni hehehe

    ReplyDelete
  8. Wah syoknye make up. hihi
    Nice make up sis :)
    Jemput singgah : fatihahazanan.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. dahsyat giler lip gloss ada lampu..thanks for the tips Scha..smoky eyes ni kalau tak pandai memang nampak cam panda!akak pun tak reti..tapi dolly eye liner itu menggoda hatiku.akak suka eyeliner tip halus.senang nak controll.

    ReplyDelete
  10. scha sayanggggg! windu windu windu! alaaa jelesnye scha pndai mekap2 huwawawa

    ehhh aritu ada gak belek2 Maybelline Baby Lips Electro Pop tu tp dok imagine nti kaler die shocking gila tu yg x jd nk beli hehe

    ReplyDelete
  11. pandainya makeup! :3
    lipgloss berlampu WOW. menariknya. :D

    ReplyDelete
  12. Waaaa~nice tip! Pasni leh la try skill kak scha. Nak try mekap ngan kak scha laaa! Mane laa tahu kene ngan muka ana. Isk! Ana suka mekap tang mata je. Yg lain tuu wat pedulik je. Lalalala

    ReplyDelete
  13. erkkkk... hal pompuan... sorry tersinggah dan terkomen....

    ReplyDelete
  14. huihhh....macam2 kaler ada....suka tgk kaler2 tuhhhhh...heheheh

    ReplyDelete
  15. Cantik sangat make up tu, kak Scha :D

    ReplyDelete
  16. Akak tengok lambakan makeup tu pun dah excited. Bestnya, sambil wat review dapat asah skill :)

    ReplyDelete
  17. Aduh, akak yang dah tuo ni lupa lagik --- I think u still look great!

    ReplyDelete
  18. pandainyaaaa kak scha ber make up :) cantikkkk :)

    ReplyDelete
  19. CT suka tengok sajalah nak pakai huurm hahaha.. kang dari bersiap 20min jadi sejam.. CT suka tngk org make up mata ikut warna baju.. kalo baju biru mata pun biru.. hehe sedondon..

    ReplyDelete
  20. Dah makin terer make up.. Pakai bulu mata takde nampak fake aihhh.. Cantik jer.. ^^,
    RosmizaAliDotCom™

    ReplyDelete
  21. syoknya ada legkap brg makeup

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)