Looking For Anything Specific?

Header Ads

#SCHABEAUTY : Kekal MOO dengan Natta Cosme YOKO Milk Shower Essential Kit!


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Meh dekat sikit meh. Bestnya menaip time-time hujan lebat ni. Sekarang ni hujan kemain lebat disekalikan dengan bunyi petir. Dah banyak kali jugaklah suis utama jatuh. Okay okay. Aku ada something nak share dengan korang! Wee hoo!

Kira-kira 3 minggu yang lalu, Natta Cosme telah menghantar parcel yang quite big kepada aku. Macam mana aku dapat parcel ni? Well, Natta Cosme memerlukan blogger untuk review barang terbaru daripada koleksi mereka. Aku antara 30 blogger yang bertuah! Hehe.

Natta Cosme YOKO Milk Shower Essential Kit

If you love moo, you're gonna love this kit! Seriously, sangat best. Sangat refreshing! Theme for this product is milk and of course, cow's milk are part of this kit. Siapa yang tak suka susu? Mohon takyah baca dan cuma perlu LIKE saja entry ini. Hhaha. Kejam gilaaa. Yelah kan, ada yang tak leh telan susu sebab rasa dia ataupun yang ada lactose intolerant. Well, well well, I bet bagi siapa yang tak suka susu akan jatuh cinta dengan kit ini! 

Dalam parcel tersebut, Natta Cosme telah menghadiahkan 4 jenis produk dari rangkaian Yoko dan juga sekotak susu dari Dutch Lady. Haa, siap ada susu sekotak you alls. By the way, aku suka dengan service Natta Cosme ni. Sangat friendly dan memang bagi sepenuh perhatian kepada setiap parcel yang mereka hantar. Bukan bodek, kenyataan. 


Let's go unboxing the box! (Tekan untuk baca selanjutnya)

Step 1: Yoko Hair Spa Milky Rich


Bahan-bahan : Terdiri daripada Milk Protein, Coconut Oil dan Argan Oil untuk menyinarkan rambut serta menyihatkan.
Harga : RM 40.00
Cara penggunaan : Selepas basuh rambut dengan shampoo, lumurkan Yoko Hair Spa Milky Rich ke bahagian rambut terutamanya di bahagian hujung rambut. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air. Untuk lebih efektif, balut rambut korang dengan towel suam dan biarkan 10 minit. Kemudian baru blias. Guna 1 atau 2 kali seminggu. 


Kesan : Yang ni macam conditioner. Just apply macam conditioner. Apa yang korang akan rasa ialah, korang rasa rambut korang lembut dan pada pendapat aku, tekstur rambut akan jadi sangat lembut dan berbeza dengan conditioner yang lain selepas aplikasi. Lagi satu, selalunya bila bangun bagi, rambut aku akan serabai yang amat sangat. Bayangkanlah macam rambut wolverine. Sangatlah tidak comel. Tapi, bila aku guna Yoko Hair Spa Milky Rich ni, rambut aku tetap lembut dan stay sampai beberapa hari. Serius. Takde dah rambut mengerbang macam singa ataupun bertanduk macam Wolverine. Hahah



Step 2: YOKO Spa Milk Shower Bath


Bahan-bahan: Mengandungi Vitamin E, Milk Protein dengan kebaikan garam semulajadi. Mampu membuang segala daki-daki dan sel kulit mati d badan. Terasa kesegaran untuk tubuh badan korang. 
Harga : RM 20.00
Cara penggunaan : Ambil sedikit YOKO Spa Milk Shower Bath di tapak tangan. Kemudian, gosok dalam pusingan membulat ke kulit basah korang. Kalau nak guna berus pun boleh. Macam scrub badan. Tunggu sekejap dalam 3 minit dan bilas dengan air. Guna 1 atau 2 kali seminggu.


Kesan: Yang ni KEGEMARAN aku. Serius. Harga RM20.00 bagi aku sangatlah murah. Tekstur dia macam kasar-kasar since daripada garam. Bau dia macam adunan butter and gula yang kita selalu buat kek tu. Serius. Rasa sangat buttery dan buat nak makan je. Nasib baik garam, kalau lah gula kan, dah lama aku ngap! Aku selalu gosok kat ketiak, siku, pelipat peha dan pelipat tangan dan lengan. Oh yer, leher jugak aku gosok. Pergh. Best gilaaa. Perasaan tu macam segar betul. Gosok-gosok sampai keluar daki-daki korang. Hehe. Selepas beberapa kali penggunaan, aku dapat rasakan makin kurang daki-daki bagi setiap penggunaan. Love it! 


Step 3: YOKO Milky Body Lotion


Bahan-bahan: Mengandungi Milk Protein, Vitamin B3, Vitamin E dan juga Licorice Extract. YOKO Milky Body Lotion yang tidak berminyak sangat berkesan untuk melembapkan kulit korang. Vitamin E dan Licorice Extract membuatkan kulit korang lebih licin, cerah dan menyihatkan! Takdelah pucat je. Hehe.
Price: RM 35.00
Cara penggunaan : Lebih afdal digunakan pada waktu pagi selepas mandi. Pump sahaja dan urut di kulit badan terutamanya tangan dan kaki sehingga meresap. Giteww. Best guna setiap pagi. 

Kesan : Macam lotion biasa tapi apa yang aku rasa ialah, ia tak berminyak dan bila korang sapu je kat kulit, dia cepat meresap. So, takdelah memerlukan masa yang banyak untuk apply di pagi hari. Yelah kan, terkejar-kejar pula nak ke pejabat nanti. Nak bawak pergi office pun boleh. Dia guna PUMP. So, sangatlah senang nak apply. Picit dan sapu. Feeling dia rasa macam mandi susu. 

Step 4: Yoko Body Butter Cream


Bahan-bahan : Milk Protein, Aloe Vera Extract dan Chamomile Extract. Yoko Body Butter Cream cepat meresap ke dalam kulit dan mengekalkan kelembapan dan juga boleh melambatkan kedutan di badan. Plus, ia boleh memutihkan kulit dan menambah baik kondisi kulit korang. 
Harga : RM 30.00
Cara penggunaan : Sebelum tidur, apply Yoko Body Butter Cream di seluruh badan dan urut dengan lembut sehingga meresap. Better guna sebelum tidur tiap2 hari. Pump sikit pun takpe. 

Kesan : Aku rasa sama macam YOKO Milky Body Lotion cuma Yoko Body Butter Cream boleh memutihkan kulit dan melambatkan kedutan. Haa, sesuai lah untuk mama aku. Bagi mama try, mama kata bila bangun pagi je kulit dia rasa macam lembut dan bau dia stay sampai pagi. Bila bangun pagi je, rasa macam wangi je badan. Lepas tu terus mandi and rasa macam mandi susu. Sangat lah lembut di tangan dan disebabkan ini, tetiap malam dia pakai. Aik, mama. Dah jatuh cinta keww? Hehe.



Last sekali, SUSU daripada Dutch Ladyy! Tak sangka pulak dapat susu sekali. Haha. 

                           


Kesimpulannya ialah, aku sangat menggemari Natta Cosme YOKO Milk Shower Essential Kit ini. Berbaloi dengan harga. Kalau nak aku recommend, aku suggest step 1,2,3. Kalau nak putih kan kulit, amek step 4 sekali. Eh, senang cerita try semua lahhh. Hhaa. 

*yang warna putih tu sebab nk tutup jerawat*

Mahal? Kalau nak cuba satu-satu pun boleh. Untuk starter, better try YOKO Spa Milk Shower Bath untuk scrub badan. Try dulu. Dah berkenan barulah beli. Jangan risau, dengan akak Scha, mesti ada diskaun punya untuk korang!

Sebelum 31st Disember 2014, korang boleh enjoy 10% discount untuk mana-mana produk YOKO. GO GRAB IT NOW WEHH!
Hanya perlu key in coupon code "LOVEYOKO" semasa checkout di laman web NATTA COSME YOKO!

Thanks Natta Cosme for this awesome kit! Konfirm nak beli lagiii!

Natta Cosme

106, Jalan S2D32, City Centre,
70300 Seremban 2,
Negeri Sembilan.
Malaysia

Web : Natta Cosme [ http://www.nattacosme.com/ ]
Facebook : Natta Cosme FB [ https://www.facebook.com/NattaCosme ]
YOKO Products : [ http://www.nattacosme.com/073-Brand/403-yoko ]

Follow and let me know!

Post a Comment

18 Comments

  1. Saya tak suka susu, tapi saya suka produk yang berasaskan susu macam ni ^_^

    ReplyDelete
  2. errr alamaaakk SUSU! larikkkkkkk ! ana slh sorang manusia yg x boleh dgn susu2 ni tp xde lactose intolerant lah.. cuma x boleh dgn bau2 an susu nih hehe

    ReplyDelete
  3. tak pernah tahu pun pasal produk ni. hihi. macam bagus je :)

    ReplyDelete
  4. Hey, I had a great time reading your website. Can I contact you through email?. Please email me back.

    Regards,

    Angela
    angelabrooks741 gmail.com

    ReplyDelete
  5. comel pulak packaging dia. mesti best kan, nk jilat3 je

    ReplyDelete
  6. ooo...1st time dengar brand ni...mcm menarik..hihihihi

    jom join GA sy :)

    GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA

    ReplyDelete
  7. menarik juga produk hasil susu ni. hahaha.. saya ada try gak sabun susu. tapi ubat la...

    ReplyDelete
  8. Akak berkenan dengan shower bath & butter cream tu. Mesti seronok kulit dapat dimanja-manja :)

    ReplyDelete
  9. ramai rakyat Malaysia yg tak boleh dengan diary product tapi saya boleh...

    ReplyDelete
  10. bestnya susu. mesti rasa mcm baby kan. hehe.

    ReplyDelete
  11. wahh bestnya dapat dia hantar dekat scha... kite suke benda2 scrub2 body butter ni semua...arituh kite beli body butter, pastuh asyik busy lupa gune, expired.... hahahah sedih je hidup kite ni :D hahahahaah

    ReplyDelete
  12. Try semua kalau nak cantik instant xD

    ReplyDelete
  13. oh set kecantikan kulit rupanya ingatkan apa tadi.comel pek kit dia sis

    ReplyDelete
  14. macam best je.. nak try la nanti. dh terpukau nk scrub badan tu sbb scha kata mcm adunan kek

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)