Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Well, Khamis lepas, aku keluar lagi ke Shah Alam. Entah kenapa aku rasa macam dalam sebulan dua ni asyik ke Shah Alam je. Takdelah sampai muak ke Shah Alam sebab Shah Alam banyak benda yang aku tak teroka lagi. Haha. Tapi agak bosan kalau drive dari Seremban ke Shah Alam lalu Guthrie tu. So, aku spend masa aku dengan zzzzzzz. kah!

Kali ni aku pergi dengan besties kesayangan since sekolah rendah, Aween. Dia still belajar lagi so bila dia cuti je memang kami dating. Haha. Bila dia dah start text aku tu, means dia tengah cuti laa tuu. hehe.

Okay. Trip ni fokus kat Setia Alam je. Selalu dengar nama Setia City Mall, tapi, tak tersampai aku ke sana. Akhirnya sampai juga aku ke sana dengan Aween. Dia study kat MSU, so dia tahu lah mana tempat best nak pergi kan.


Setia City Mall? Besarrrr dan selesa nak shopping secara perlahan. I mean, rilek je nak jenjalan dalam tu. Tak kisahlah window shopping or what. Pilihan restoran pun banyak. Tekak time tu lapar gila and nak makan ayamm! hahaha. So, kami makan Nandos. Dah lama tak makan Nandos. Hilang kempunan. hehe


Set for TWO = RM 55.00
( 1 whole chicken, wedges and salad)

Next, kami jenjalan lah kat sana. Beli barang skin care sikit dekat Elianto. Melayang lagi duit den. Takpe. Untuk penjagaan muka. Hehe. *sedapkan hati*

Lazada Malaysia

Next...

Kami memang plan nak singgah cafe Kidz & Creme. Aween yang kenalkan kat aku. Since aku ni pencinta dessert, aku eksaited lah bila tengok kat instagram. hahaha.

Eh, Kidz & Creme ni Aaron Aziz yang punya tawww. Amboii. Berangan nak jumpa Aaron Aziz kat sini. Tapi, siang kan. Mestilah dia busy dengan schedule dia. So, kita makan kek je lah okay. haha. 




Kami order Nutella Cheese Tart ( RM 14.50 ). Kami share dua orang. Jimat duit and kami memang kenyang time tu. Just for dessert je. 

The taste?

Oh Ya Allah. Sedappp sangatt. Siapa penggemar Nutella pasti menyukai tart ini. Ada 3 layer taw.

First (base) -- Crumb made from biscuit or oat kot sebab ada rasa oat 
Second -- Cheese yang sangat yumms. Tak muakkk makan.
Third (top) -- Nutella spread with peanuts. 

Menangis aku makan. Bila makan je, ermmmm. Sampai tutup mata sebab rasa dia sedap sangat. Cair dalam mulut. *terliur*

Special about this place ialah, mereka serve their food dalam loyang. Kek or spaghetti dalam loyang. Kalau yang berkuah, baru letak dalam mangkuk. Unik jugak lahh. 

Tips: Jangan order air mineral sebab dorang guna Evian mineral water yang sebotol kecik harga dia RM 7.50. Order plain water sahaja or any other drinks that you prefer. 



*eksaited*


Chiller in heaven!



Ada tempat untuk budak-budak main. Macam baking class. Tak tahu lah ada baking class or not. Nanti korang usha lah sendiri. Sambil makan, anak-anak boleh main kat bahagian sini. 


Kidz & Creme (Setia Alam)
 5 Jalan Setia Dagang U13/AK Sunsuria 7th Avenue Setia Alam 
 Tues - Thurs : 12PM - 9PM 
Fri - Sun : 12PM - 10PM
Mon : CLOSE 
☎️ 03-3358 8289

Instagram : Kidz And Creme

Follow and let me know!