Looking For Anything Specific?

Header Ads

Raya paling bermakna 2014


Assalamualaikum. Hai korangg.

Raya raya raya. Takde entry lain ke nak buat? Eh, suka hati den lah. Ghayo sebulan. Kakaka

Nak cerita ni je. Tahun ni raya aku paling best sebab ikatan tali persaudaraan dan persahabatan bertaut kembali tahun ni.


Pertama.

Hubungan maklong dan mama aku tak elok sikit sebenarnya. Dah bertahun tak bercakap. Aku lah menjadi mangsa. Nasib baik maklong tak pinggirkan aku. Kalau tak, menangis tak berlagu jadinya. Orang tua yang bergaduh, anak-anak toksah masuk campur kan. Tapi, yelah kan. Masa tu mengubati segalanya. Mula-mula memang geram/marah tapi, dah lama-lama perasaan tu berlalu macam tu je. Alhamdullilah, tahun ni mama dan maklong kembali berbaik semula. Dan aku lah orang yang paling happy. Serius. Masa dengar berita tu, menjerit lah jugak. Suka punya pasal. Sukaaaa. Air yang dicincang takkan putus kan?

Bermula dari kiri korang: Maklong, Uwan, Mama kita 

Kedua.

Tasha dan Atiqah. Masa sekolah dulu, Tasha ni did something bad lah. Hampir sebulan lebih jugak aku tak bercakap dengan dia. Masa zaman remaja dulu, kita mana sedar kekadang apa yang kita buat. Selepas habis sekolah, Tasha dan Atiqah and kekawan lain tak berhubung langsung. Tasha segan. Atiqah pulak takkanlah nak bercakap dgn Tasha. So, aku lah jadi orang tengah. Tetiap tahun aku pujuk dorang terima antara satu sama lain. Macam yang aku cakap, masa mengubati segalanya. Atiqah pun dah tak terasa tentang hal dulu. Tasha pun dah ready nak bersemuka. Masa bulan puasa tu, aku ajak mereka berbuka puasa sekali. Alhamdullilah. Semuanya dah kembali normal. Semuanya dah berfikiran matang dan lupakan segala kisah lalu. Dan semestinya, kitew lah yang paling happy. Haha.

Dari kiri cepat kira: Aku, Tasha, Mizah, Anor, Atiqah

Raya #kosongkosong tahun ni. Hehe. Korang pernah mengalami kisah macam aku?

Okay. Habis update entry. Sila tepuk tangan or LIKE post ini. Cewahh. Hehe. Macih sebab baca. Muah ciked! 


Post a Comment

11 Comments

  1. Alhamdulillah bulan Syawal ni bulan bermaaf-maafan...

    ReplyDelete
  2. yes raya sebulan! selamat hari rayaa

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya awak. Alhamdulillah. baguslah begitu ukhwah diantara adik beradik masih utuh.

    My recent post : Homemade Inai Berbahaya!

    ReplyDelete
  4. muka maklong dan mak akak da nk sama la.. mcm twin pulak :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah. baguslah macam tu. ^^,

    betul. air yang dicincang takkan putus. perempuan. banyak emosi je lebih. lama-lama nanti eloklah balik.

    this is indeed syawal yang paling bermakna kan. ^^

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, eloklah tu. buang yang keruh, ambil yang jernih. :) bermaaf-maafan di bulan mulia ni.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... moga silaturrahim terus dikekalkan kerana hidup kita di dunia ini singkat Scha. Selalu doakan moga mak dan keluarga terus berbaik..

    Selamt Hari Raya Scha..

    ReplyDelete
  8. buang yg keruh, ambil yg jernih... alhamdulillah segalanya baik2 sahaja... :)

    Selamat Hari Raya! ^_^

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah semuanya dah berbaik macam sediakala & sudi terima satu sama lain.

    ReplyDelete
  10. beselah air yg dicincang xkn putus..btul x

    ReplyDelete
  11. Eloklah tu berbaik semula buat apa nk bermasam muka lama2 nanti x masuk syurga klau memutuskn hubungan silaturrahim, alhamdulillah semua dh berbaik semula d blan syawal pulak tu :-)

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)