Looking For Anything Specific?

Header Ads

Buah cempedak di dalam kebun...


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Di dalam kebun? Eh, betul ke ayat ni?

Assalamualaikum. Hai semuaa!

Minggu lepas, aku balik kampung kat Rembau. Tujuan? Nak mengambil buah cempedak yang memanggil-manggil suruh makan.

Yang paling best, malam Sabtu jam 12 malam baru bergerak dari rumah. Nasib baik tak sampai 30 minit dah sampai. Sampai je kampung terus kemas-kemas habuk yang ada dan tidurrr.

Besok pagi after breakfast, kami bergerak ke rumah maklong. Yang tak sampai 5 minit dah sampai. Haha. Mula ingat malas nak ikut ayah. Tapi, bosan pulak duduk rumah je. So, aku mengekor lah sekali ayah ke kebun. Kebun tu belakang rumah maklong je. Adalah dalam 2 ekar, peninggalan arwah atok.

Sampai-sampai jee, tengok buah cempedak dan tersedia dalam troli. And I was like, o makk aiii. Kenapa? Sebab gambar kat bawah ni.
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Banyak gilaaaa. Haha. Aku sampai speechless laaa. Tak sangka pulak sebegini banyak. Ni baru sikit. Ada yang tak ambil lagi dari pokok.


Lepas tu kalau tak ambil cepat selepas dah masak, akan datang makhluk-makhluk yang akan makan dahulu sebelum kami makan. Apa dia? Sang keraaa!


Lihat lah tu. Tinggal sisa-sisa je. Sabar je lah dik non. Haha. Eh, bukan cempedak je yang dah berbuah lebat, dokong, duku dan langsat juga berbuah sekali. Aku paling suka dokong. Sebab isi dia manis. No wonderlah pokok dia banyak semut. Pokok duku and langsat takde semut pun, dokong je banyak semut. Semut hitam yang mengigit pulak tu. :3


Gigih ayah kita memanjat pokok sebab anak dara dia sorang ni nak makan buah dokong. Woahh. Teror jugak ayah aku ni memanjat. Ingatkan skill dah kurang. hehe. Tapi, serius laaa. Semut kemain banyak kat pokok ni. Ayah aku jejak tanah je dia terus bukak baju. Kibas-kibas sikit baju tu. Dah lah susah nak buang. Kena kutip satu-satu. Merah badan ayah. hehe. Thanks ayahhh!


Aku bersyukur sesangat sebab arwah atuk dulu rajin berbudi kepada tanah. Kalau tak disebabkan arwah atuk, mana mungkin kami anak beranak, sepupu sepapat, anak cucu dapat makan buah-buahan ni. Ada orang kampung aku yang ada tanah lagi besar dari kebuh arwah atuk, tapi, tak menanam apa-apa. Biar kan jee lalang memenuhi tanah itu. Rugi sangat-sangat. Tak dapat anak cucu merasa nikmat buah-buahan.

Selain cempedak, duku, dokong dan langsat, ada juga arwah atuk menanam pokok durian, rambutan, pulasan dan juga manggis. Bila musim buah, kemain heaven makan buah-buahan nii. Hehe. Alhamdullilah.

Okay. Itu sahaja nak update! 

#instalacur


Post a Comment

12 Comments

  1. wah bestnyaaaa pi ebun,rindu pulak nak balik kampung,tapi dah banyak pokok buah kena tebang ,kerajaan amik tanah nak buat jalan huuhuu

    ReplyDelete
  2. banyak betul cempedaknya...goreng pun sodap tu...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..seronoknya ada dusun buah..akak ni mmg suka mkn buah tempatan ni..nak mkn perlu g pasa r itu buah dh layu huhuhu...tahu tak sampai akak berangan nak kawin dgn orag ada dusun eh mkn buah byk2 hhihihi

    ReplyDelete
  4. Seronoknya boleh kutip2 buah. Saya xde kebun nak pegi kutip. Bayar kat kedai je. Haha

    ReplyDelete
  5. Geramnya tengok cempedak tu!

    ReplyDelete
  6. pehhh cempedak! nadyya da naek jemu.. minggu lepas n lepas asyik makan cempedak. amek kt kg kann.. bukan main banyakk.. hahaha

    ReplyDelete
  7. bestnye, ade mcm2 buah... ebst2...cempedak banyak boleh buat meniaga goreng cempedak ni! sodap!

    ReplyDelete
  8. comments are in point form
    -dah kenapa buat fruitporn kat sini
    -rezeki kera
    -nak jugak panjat pokok tapi tak nak kena gigit semut hitam
    -insta lacur paling umph! *(thumbsup)
    -hai Scha :)

    ReplyDelete
  9. Ya Allah... sedapnya crmpedak tu... goreng lagi sodap!!! Hehe

    ReplyDelete
  10. uittt byknye..untungkan. kalo ngidam buah leh mtk kat scha..hahaha

    ReplyDelete
  11. wah, bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaa buah cempedak :D

    member x suka cempedak. sayang ler..dia dari kecil x reti makan buah tempatan.

    ReplyDelete
  12. Wah kampung di kawasan KJ

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)