Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Aaaa, panas.. panasss...

Panasss kes #CDM25 ni haaa. Mana taknya, harini sehari suntuk aku dengar pasal #CDM25 jeee.

Nak tahu apa yang paling best?

Rakyat Malaysia berjaya menjejaki #CDM25 sehingga tahu rumahnya di mana!

Haaaa, bahaya tak? Bila dah dapat tahu rumah, Facebook, tempat kerja, habislah privacy seorang minah yang bernama Kiki Kamarudin. Dengan tempat kerja (Kerja Kahwin) boleh kena tempias sekali.

And aku ada jugak stalk Facebook Kiki Kamarudin. Banyak jugak post dia yang nak mintak maaf semua. It is like defending herself why she did that. But to me, she still thinks she is innocent.

Aku malas nak bagi link Facebook, gambar rumah dia, maklumat diri dia semua. Sebab aku taknak blog aku naik page views sebab hal dia. Lagipun, kat Facebook pun dah banyak maklumat pasal dia. Pandai-pandai lah cari.

Tapi itulah, nak buat macam mana kan? Nasi dah jadi bubur. Setiap perbuatan, ada akibatnya. Tapi bagi aku, perbuatan dia teruk, akibat dia lagi maha teruk. Bagi aku, itu melampau apa yang dia dah buat.

Sekarang dia perlu cacian, makian, troll rakyat Malaysia. Bertabah sahajalah.

Uncle tu dah maafkan dia. But, nak dapat hormat rakyat Malaysia, ermm, susah kot. Tunggu lah kes ni reda dulu, baru orang boleh lupakan.

Macam yang aku cakap kat atas,

Setiap perbuatan ada akibatnya. Setan dah kena ikat. Jadi, apa yang tinggal? 
Nafsu amarah. 

Dan kepada blogger, kalau dapat maklumat tentang Kiki Kamarudin, mohon jangan up dekat entry. Takut Kiki Kamarudin boleh saman malu di atas penyebaran maklumat peribadi dia. Note this.

Viral. Hanya sekejap. Tapi, kesan dia, berpanjangan.