Malam Puisi Riong pada 9 Mac 2012 (Jumaat) diadakan bertujuan untuk mengangkat pemuisi-pemuisi tanah air kita. UMP menjadi tempat pertama Malam Puisi Riong 2012 diadakan. (mood skema)

Antara pemuisi dan artis yang hadir;

Hazama

Tia Jinbara

Wani Ardy

Aku paling ternanti-nanti Wani Ardy perform. Kalau yang sukakan music underground atau lagu puisi macam ni, disarankan follow Wani Ardy. dia sangat AWESOME. Ingat harituh nak beli buku dia,  Langit Vanila, tapi, tak cukup duit pulak. So, aku beli buku kawan baik dia, Mosyuki Burhan, Telegram. Sangat suka puisi dia, buat kita bermimpi dan berimaginasi.  

Maybe mereka tidak sepemes artis macam Hazama, tapi, dorang ni lah yang mengangkat puisi-puisi di negara kita. ^___^

p/s: Search, Wani Ardy, Boneka. dan layannnn. :)

terima kasih kepada Mohd Ibrahim Nujid atas gambar-gambar di atas. :)