Looking For Anything Specific?

Header Ads

#1 Puasa - Kesian Mama Saya



Salam semua~
hai semua. apa macam puasa korang hari ini? banyak dugaan tak? ke macam tak ada pape jeh.
bagi aku, hari ini quite dugaan lah.

tapi, hari ini aku rasa dugaan lebih kepada mak aku. aku dapat rasakan betapa penatnya mak aku hari ini.

okay. pagi tadi, dalam pukul 7 lebih kena hantar ayah aku pergi kerja. and then, balik rumah semula jemput aku nak pergi tadarus kat masjid. mulanya, tadarus makan masa selama dua jam. tapi, tadi berlarutan sampai 3 jam. dari pukul 8 pagi sampai 11 pagi. phewww. penat kot even duduk sahaja sambil dengar orang bace. kalau ada acik yang tergagap-gagap nak bace, lagi ngantuk aku jadinya. *al-kisahnya, suami acik tuh tak bagi dia pakai cermin mata. susahlah acik tuh nak bace. tak nampak. kesian gak aku tengok. bukan tak boleh baca pun. suara dia sedap. tapi, disebabkan tak nampak. tu jeh.*

dalam pukul 9, mata aku dah berair-air dah. ngantuk yang amat. yang mak aku pulak, dia tak boleh tidur malam semalam. dan effect dia pagi ni lah. penat kot. kesian aku tengok. lepas dah pergi ngaji, pergi pulak ke pasar. nak beli bahan untuk masak. sampai rumah dalam pukul 12, masing-masing terus serbu katil. eh, itu aku. mak aku kena wajib layan princess hours dulu. baru tidur. -.-'


dalam pukul 4, mak aku bangun, nak memasak lah apa lagi. dah siap masak yang berat-berat, mak aku pergi keluar. pergi jemput ayah aku kat opis. alang-alang tuh, pergi bazar ramadhan jap. then, baru balik rumah.
sampai rumah aku tengok, mak aku dah nak tumbang dah. bagi dia rehat jap. then, aku pergi goreng sayur. simple-simple boleh ar aku buat. lepas dah prepare, masa untuk berbukaaa!

lepas berbuka dan solat, mak aku tidur. kesian mak aku. esok kami akan ke masjid tumpang kereta orang. tak sanggup nak ulang balik benda yang sama lagi sebulan. kalau parents aku bagi aku bawak kereta, dah lama aku bawak. wuwuwuwuw. kereta myVi, cepatlah keluar. susah tahu tak?

aku lega sebenarnya even bulan puasa aku kena berkerja keras kat rumah. sebab apa? sebab kalau aku ada, at least aku boleh tolong mak aku, sediakan makanan, basuh pinggan, masak-masak. kalau aku tak ada, mak aku lah kena prepare semua tuh. ayah aku pulak basuh pinggan. mak aku dah lah tak sihat. wuwuwuwuwu.
penat tapi, bersyukur. 
^_____^

sayang Mama dan Ayah ketat-ketat.

Post a Comment

16 Comments

  1. nape dia tak bagi ko drive syaz? adehhh..:(

    ReplyDelete
  2. berpenat lelah utk parents kita xpe~
    apelah sgt nk bndg dgn penat lelah dorg kan~
    take care dear~
    to you and your family~

    ReplyDelete
  3. alolo. be a good daughter okay :D

    ReplyDelete
  4. SALAM .

    *SELAMAT BERPUASA xD

    ReplyDelete
  5. wah!...mak anda memang gigih!......hahaa

    singgah2 la sini ye :)

    ReplyDelete
  6. suruh mama syaz tido nyenyak2 k. :)

    ReplyDelete
  7. ko la yg patut tolong meringankan beban mak ko k

    ReplyDelete
  8. ..wah pegi tadarus..bagus2..
    biasala..mak..sanggup korbankan masa dan tenaga.

    ReplyDelete
  9. mak sanggup korban apa saja kan..salam ramadhan...

    ReplyDelete
  10. so lu tolong la mak lu ari ari jangan manyak bunyi.


    kehkeh

    ReplyDelete
  11. terbaik ahhh mak,tgk princess hour.. hehehe...

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)