Assalamualaikum and hai semuaaa.

Wah wahh wahh. Gembira perut aku semalam. Mana taknya, perut penuh dengan cokelat. My favorite food in the entire world! Aku gila cokelat. Lagi-lagi cokelat susu. And aku boleh bezakan cokelat murah or cokelat mahal (macam cadbury). Cokelat murah kau boleh rasa taste dia lain. Haaa gitu.
Well, semalam aku ada interview and hope semalam ialah last interview aku pergi. Amin. Interview dalam 20 minit je tapi, nak sampai ke sana dalam sejam. Haha. Habis awal, so aku and kawan aku, Iqa melencong pergi jalan-jalan.


Dah alang-alang kat Puchong, moh ler kita ke IOI City Mall, Putrajaya. Sekejap je. Dalam 15 minit macam tu. IOI City Mall ni sangat luas yer. Ada 4 tingkat bermula dari LG, G, 1 dan 2. Di tambah pula dengan kelebaran mallnya ya ampun, bila nak habis tawaf ni. Pergi sini ingatkan dah takde kedai dah, rupanya ada lagi satu wing.Bahagian luar pulak ada water fountain and tempat yang sangat sesuai untuk mengambil gambar. Sesuai untuk family. Redup jeee. Besttt.


Awal-awal lagi kami dah set yang kami nak makan Dip n dip and Magnum Cafe. Kemain balas dendam. Dah alang-alang pergi sana, baik habiskan duit mengikut anak tekak. Dah bajet dah nak share-share makanan sebab memang agak pricey tempat yang kami nak makan ni. Leulz.

Nak cari Dip n Dip agak susah sikit kat sini. Yang penting dia kat tingkat G, terletak di bahagian luar dan sebaris dengan Magnum Cafe. Jenuh mencarinya. Kawasan besar, so kena tengok dulu direktori taww. Nanti kang sosek (sesat), tak dapek den nak nolong. Haha.

Boleh refer gambar bawah ni untuk tengok kedai dia macam mana.



Ini pula senarai menu di sini. Ada pelbagai jenis menu yang berasaskan cokelat untuk dipilih.


Yummeh. Rambang mata aku jadinyaaa. Tengok harga dan selaraskan dengan bajet. Aku ambil gambar menu yang utama. Yang lain malas nak amek. Haha.

Kami pilih Brownies Crepe, Fondant with Ice Cream, and untuk minuman, kami pilih Caramel Frappe.

1) Brownies Crepe

- Bahasa mudahnya, lempeng letak brownies and disaluti dengan cokelat Belgium yang marvelosoo. Ada 3 layer. Lempeng, brownies, cokelat. Gitu. Sedapp. Sesuai untuk makan dua orang sebab agak cepat muak. Tapi aku suka gila cokelat diaaa. Slrrppp




2) Chocolate Fondant Cake with Ice Cream

- Molten cake with ice cream. Fondant cake and dalamnya ada limpahan cokelat. Perghh. Panas-panas sedap and lebih sedap dimakan sekali dengan ice cream vanilla. Rasa dia macam kek berkualiti tinggi.
- Better makan dua orang. Konpem sorang tak habis. Haha



3) Caramel Frappe

-- Kami ni kalau jumpa caramel, memang tak keruan sikit. Lagi-lagi dengan frappucino (coffee).
-- Not too sweet. Just nice


P/s: Orderlah sekali plain mineral untuk mengelakkan gula dalam darah anda menaik dengan mengejut. hahaha.

Total price?


Bahagi lah dua orang........

Alhamdullilah. Antara wish list aku dah tercapai. Asyik nengok orang makan je, nak gak rasa. At least bila dah rasa, takdelah asyik bising je nak pergi kan. Kalau ada rezeki, ada lah. Haha. Dip n dip ni sesuai untuk pasangan suami isteri yang nak rasa makan ala-ala sweet, boleh lah ke sini. Bukan selalu kan, just for special occasions. Hihi

Pros:-

- Cokelat yang sedap sangatt. *teguq ayaq liuq*. 

- Friendly waiters.

Cons:- Pricey.



Follow and let me know!