Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Semalam tak pergi mana-mana pun sebab bila nak keluar petang je mesti hujan. Bukan hujan rintik-rintik dah. Ni lebat terus dahh. Kekadang tu main redah je sebab perlu ada urusan yang perlu diselesaikan. Yang paling best, kawasan sini hujan lebat gila, tapi bila kat kawasan depan sikit, setitik hujan pun takde. haha. Unik betul. 

Baiklah, baiklah.

Semalam aku dapat dua PARCEL! oh yeahh. 

Satu parcel hadiah, satu parcel beli online.

Sabar je menunggu. Dua-dua barang ni buat aku eksaited bebenor. Dah nama Scha Nazri kan, apa lagi kalau bukan barang mekap. Hahah. Sekarang ni, kalau nak bagi aku hadiah, belikan lah mekap. Tak kisahlah mekap apa. Yang penting mekap. Omg, aku dah obses dengan mekap. Huwaaaa

Pertamaaa!


Aku menang giveaway dari Syafiera Beauty. Dah lah pakai random.org. Susah sikit nak lekat kekadang. Haha. Alhamdullilah.

Apa yang aku dapat;
1) They're Real Push Up Liner by Benefit
2) Metholatum Lip Pure Balm


Aku paling nak sangat They're Real Push Up Liner by Benefit sebab aku nak tahu apa yang best tentang eyeliner dia. Dah lah dari Benefit dan agak pricey. Lagi satu, eyeliner ni gel eyeliner tapi dalam bentuk pen. Nampak macam liquid eyeliner kan? Sebenarnya bukan. hehe. Dah test tadi. Dan sangatlah best. Aku suka pakai gel sebab gel ni dia cepat kering berbanding liquid. Overall, aku memang suka gilaaa. Nanti aku buat review. *kalau rajin*

Anyway, thanks Syafiera. Buatlah giveaways lagii. Hehehe. 

Next!

Keduaaaaaaaaaaa!

10 jenis berus untuk mekappppp! O em geee.

Sorry lah kalau aku terlebih excited dengan berus ni. Dekat dua minggu jugaklah aku tunggu untuk berus ni berada di tangankuuu. Finally, dah sampaiiii!

Set berus ni lengkap untuk mekap keseluruhan muka. Dan quality dia pun setanding dengan berus-berus yang mahal di luar sana. Dah lahhh murahhh.

10 jenis = RM 120 (ayah sponsor)

Aaaaa, Thanks ayahhhh! Akan ku praktikkan lagi ilmu mekap-mekap kuu. Kalau korang nak aku conteng muka korang, whatsapp lah kita yerr. Details ada kat ig aku, @schanazri_ :)

Kalau berminat dengan set berus ni pun, boleh lah contact aku. Insya Allah, aku akan uruskan. Hehe. 


Follow and let me know!