Assalamualaikum! Hai semuaaa!

Siapa yang follow Instagram [ @schanazri_ ] aku tahu lah yang aku ada pergi Laman Seni Seksyen 7 hari tu selepas event XES Shoes.

Pergi dengan kawan aku Tasha. Kawan sekolah menengah. Sangat rapat dengan aku. Kami bila tang benda gini, memang suka lah kami. Masing-masing suka ambil gambar. So, masing-masing layan perangai masing-masing. (berapa banyak masing-masing ni?)

Satu tips. Kalau nak ambil gambar lompat seperti di bawah, setkan kamera kepada BURST shot. Nanti dia ambil gambar banyak-banyak and mesti salah satu mesti sangkut gambar kita lompat. Paham dak? Oh yerr. Applicable untuk kamera yang ada burst shot sahajaa taw.

Laman Seni Seksyen 7 ni memang sesuai untuk bawa family jalan-jalan dan ambil gambar. Mural kat sini memang cantik dan realistik sangat. Ini terletak di lorong belakang kedai-kedai yer. Cuba bayangkan dorang transformasikan lorong belakang menjadi satu seni. Korang akan jadi terpegun dan teruja pada masa yang sama!

Contoh? Tengoklah je lah gambar kat bawah ni. Abaikan muka budak mok yang teruja itu okayy!













Follow and let me know!