Assalamualaikum. Hai semuaaaa!

Pernah terfikir kenapa Allah suruh kita bercinta selepas kahwin? Pernah terfikir tak kenapa kekadang kita bosan dengan pasangan walaupun dah lama bercinta?

Pernah terfikir akan semua ni?


Eh, ada juga kekawan aku yang lama bercinta akhirnya ke jinjang pelamin. Tapi, ada juga bercinta bagai nak rak tapi akhirnya putus di tengah jalan. 

Ada jugak yang bernasib baik bercinta selepas kahwin dan kehidupannya bagaikan gula-gula sekiranya kedua-duanya berlandaskan agama Islam. Sebagai contoh? Dena Bahrin contohnya. Tak ke sweet tengok mereka berdua hidup bahagia seperti dalam Instagram? Dah lah comel betul Saif anak mereka. Ermm, luar kita tahu, dalam? Allah je yang tahu kan?

Yang penting, nawaitu masing-masing. Berkahwin kerana cintakan Allah dan Rasul ataupun cinta kepada pasangan melebihi cinta kepada-Nya. *deep thought*

Bercinta lama-lama pun tak elok sebenarnya. Peluang untuk bosan dengan pasangan itu akan tinggi. And at some point, tak perlu nak selalu text atau call dan hanya perlu text Selamat Pagi dan Selamat Malam sahaja. Hmmm. 

Kalau sesiapa yang masih belum dapat mencari pasangan, suruh parents je carikan kita pasangan. Insya Allah, mereka tahu yang terbaik untuk kita. 

Follow and let me know!