Looking For Anything Specific?

Header Ads

Cabaran 30 Hari #10 -- Apa ada dalam bag Scha?


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Semalam Mommy Irra tanya kenapa tak skip cabaran? Sebabnya, semalam saya busy gilaa and penat. Bila penat, hanya mampu buat wordless jee. Hahaha. Blog walking pun tak sempat. Harap malam ni sempatlah nak blogwalking. Dah lah baru update bloglist dari kelab blogger ben ashaari. Ni yang semangat nak berblog walking ni. Hehe.

Cabaran 30 Hari, Hari Kesepuluh -- Apa ada dalam bag Scha?


Basically dalam beg aku banyak alat mekap je kot. Beg aku berat disebabkan wallet je. Bukan duit kertas yang banyak, duit syiling je. Tu yang berat nauzubillah tu. Jom lah kita go through one by one.

1) Earphone -- Benda ni paling wajib kalau aku nak berjalan jauh. Kalau takde ni, hidup aku tak tenteram. Selalunya dalam kereta, parents akan dengar radio Sinar. Tak sukaa sangat. So, aku buat radio sendiri kat belakang sambil berangan. Then, aku tak boleh membaca dalam kereta. Kalau aku membaca, mulalah start pening. Samalah dengan phone pun. Tak boleh tengok phone lama-lama. Tu yang aku banyak berangan dalam kereta. Kahkahkah. Aku pulak, kalau dengar earphone, orang jerit nama aku pun tak sedar. Hidup dalam dunia imaginasi sendiri gitu. Bukannya aku buka volume kuat sangat pun, cuma yelah kan. Kalau dah dalam dunia imaginasi tersendiri, mana nak perasan dunia yang sebenar. Wiwiwi

2) Compact powder and blush brush -- Kulit muka aku agak kering. So, bila pakai powder, kena pakai guna blush brush. Tak boleh pakai guna sponge tu. Nanti nampak sangat muka aku kering dan sapuan bedak tak sekata

3) Pen -- Memudahkan urusan-urusan yang memerlukan menulis

4) Simply Siti Mascara -- Aku suka mascara. Tak tahu kenapa. Kalau keluar, tak yah pakai celak pun takpe. Pakai je mascara ni. And brand Simply Siti ni memang terbaik. Melentik betul bulu mata ai. Takyah pakai bulu mata pelesu

3) Maybelline chapstick -- Sesuai utk melembapkan bibir. Sebelum pakai lipstick, aku akan apply dlu chapstick ni ke bibir dahulu.

4) Revlon Matte lipstick and NYX Matte lipstick -- Suka matte lipstick sebab dia kekal lama. Saja aku bawa kedua-dua ni kemana-mana. Tengoklah mood nak pakai yang mana satu. Haha.

5) Avon makeup remover and cotton pads -- Kalau keluar, kena bawa ni sebab kalau solat pakai mekap, air tak sampai ke mekap lagi-lagi kalau pakai eye shadow. So, sediakan satu botol kecik makeup remover and tak perlu risau pasal wuduk dan solat.

6) Eyeliner -- Selepas solat kalau nak simple makeup, pakai eyeliner sahaja dan mascara. Cukup!

7) Wet tissues -- Kalau pergi kenduri kahwin, kena wajib ada benda ni. Senang. Kan kenduri kahwin makanan semua agak berkari dan berminyak. Jadi dengan adanya wet tissues ni, tangan tak berminyak dan wangi gituu.

8) 3 in 1 lens -- Aku kaki selfie dan bergambar. Kalau nak gambar lain dari yang lain, kenalah pakai lens ni. Kelip je kat phone. Ada 3 lens. Fish eye, wide and macro lens. Suka dengan effect gambar.
Contoh,

#instalacur

9) Wallet & perfume -- Aku suka wallet jenis gini. Besar dan banyak compartment dalam dia Wallet ni aku beli kat Bandung. Hampir 1 tahun 9 bulan jugaklah aku stick dengan wallet ni. Tahan betul. Perfume pula aku prefer dengan Enchauter Paris (PINK). Hanya perfume ni je aku suka bau dia. Lembut dan tak terlalu kuat. Aku ni kalau bau perfume kuat sangat, boleh buat aku pening dan rimas. Haa, gitu. 

Tambahan -- Sediakan sanitary pads and pantyliner untuk spare. Pantyliner penting sebab nak jaga kebersihan di bawah sana lagi-lagi kalau nak solat. Hehe. 

Baiklah. Dah habis dah untuk cabaran harini. Jumpa di entry seterusnya ataupun cabaran yang seterusnya? 

Singgah sini jangan lupa tinggalkan komen atau meroyan je kat chatbox tu haaa. Ada masa, Scha datang sergah eh, terjah. Pinky promise okay! ^^

Eh, boleh tak tolong jawab POLL dari Nuffnang kat sebelah tu? Saja nak survey. Please, pleaseee.

Follow and let me know!

Post a Comment

18 Comments

  1. Nak puji handbag Scha...lawa.hehe

    ReplyDelete
  2. penuh barang dalam beg...kalau ezad pun mesti nak kena ada earphone...hee

    ReplyDelete
  3. wow penuh make up.. hihik

    ReplyDelete
  4. Wah, macam-macam ada dalam beg Scha yer ^_^

    ReplyDelete
  5. ini sangat best XD mieza dah lama tak buat What's In My Handbag post, dah berjuta kali plan tapi x buat2

    ReplyDelete
  6. amboiii nampak pink nye menyerlah btl....

    ReplyDelete
  7. penuh dengan make up ... :)

    ReplyDelete
  8. byk nyer..penuh ngan barang makeup..hikss..dh namapun beg gadis kan..takkan nk letak pampers budak pulak kan heee

    ReplyDelete
  9. Hahaaa..ala2 macam beg ana je. Cuma ana takde lipstik lipbalm. Tak pakai. Just eyeliner je. Earphone? Wajib laa bawak! Ngan pakejnye sekali, mp3. Henpon 2 bijik. Pastu beg berat bebel sorang2 sbb penat pikul kat bahu. Ahaks!

    ReplyDelete
  10. husna ada sebahagian je dari brg2 scha..hehehe..

    ReplyDelete
  11. Make up itu suda pasti ada dlm handbag mpuan

    ReplyDelete
  12. @Jari Manis haha..sungguh kak...macam irra zaman mekup tu dh berlalu...malas la nak siap2..melambatkan je...hehe

    ReplyDelete
  13. semua ada scha. kalah beg doraemon ni..hehe

    ReplyDelete
  14. wahh bayak mekap dlm beg dia! :D

    ReplyDelete
  15. Bhahaha totally tak sama kita haha.. :3

    ReplyDelete
  16. scha rajin tak macam kite. huhu

    ReplyDelete
  17. huiyooo. banyak barang perempuan. hehehehe... saya cuma ada purse, compact powder, powerbank and tisu je...

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)