Looking For Anything Specific?

Header Ads

Blogger buat duit online


Assalamualaikum. Haiii.

Ingatkan tak tersenarai dalam Cabaran iPhone 5s, rupanya tersenarai. Nasib baik tengok nama peserta harini, kalau tak, melepas lah daku. Dah lah esok last dayyy! Phewww

Okayy.

Macam mana blogger buat duit dengan online?

Macam-macam platform disediakan sebenarnya.

1) Daftar dengan Nuffnang, Churp-churp, Goodle Adsense, 8share

Nuffnang -- Ini selalunya menjadi pilihan kepada ramai blogger termasuklah aku. Walaupun sikit yang masuk, tapi at least, ada juga lah duit masuk kan. Setakat ni, memang aku stick dengan Nuffnang ni.


Churp-churp -- Churp2 ni leceh sikit sebab kena share and kena orang klik iklan kita. Aku pernah juga dapat duit guna Churp2 ni lagi-lagi masa aku bukak sharing untuk UMP. Akhir semester tu, dapat lah sikit duit. hehe.

8share -- 8share ni macam Churp2. Aku lagi suka guna 8share sebab dia tak banyak kerenah sangat macam Churp2.

Google Adsense -- Haaa yang ni, pendapatan memang lumayan. Tapi, requirements dia sangat tinggi. Setakat ni, blog aku tak lepas lagi. hehe.

2) Daftar program affiliate

Banyak program affiliate terdapat di Malaysia ni. Contohnya, Lazada, Zalora, Advertorial My.

But, aku masih tak dapat income walaupun satu sen sebab maybe aku tersalah letak link atau tak reti nak guna. Nanti aku nak try tanya mereka-mereka yang berpengalaman dalam affiliate ni. Cuma sekarang ni blog aku banyak letak iklan Lazada. Nak kasi impression bagus sikit kot. hehe.

Lazada Malaysia

Contoh yang berjaya buat duit dengan affiliate?

-- Ahmad Faizal [ http://ahmadfaizal.com/2014/08/04/bagaimana-saya-dapat-rm10-ribu-pertama-dengan-hanya-menulis-blog/ ]

3) Review produk/event di blog

Yang ni aku selalu jugak terima undangan untuk review barang ataupun event. Buat masa ni, aku tak terima apa-apa bayaran tapi aku dapat barang untuk di review ataupun event yang aku pergi tu, aku dapat goodies yang best, contoh macam event XES and Alcon. Dapat beg dan contact lens untuk dua bulan. weeee~

Ada yang review barang, dia bagi duit. Ada yang tak. Terpulang lah kalau korang nak terima ke tak.

Oh yerr. Selalunya untuk paid campaign, product reviews or events, mereka selalunya share di Facebook. Antaranya,






Jadi, selalulah tengok page-page ni, and grab any opportunities yang adaa!

3) Letak iklan di blog

Kalau korang ada jumlah pengikut yang banyak, ataupun page views yang tinggi, boleh lah korang sewakan ruangan iklan di blog korang. Contohnya, RM 5 seminggu ataupun sebulan. Terpulang. Sekirannya pengiklan berpuas hati, mestilah dia akan extend kan masa iklan tu kan? Duit tetap masukkk. hehe.

4) Reviews di Instagram

Haaaa, ini banyak yang aku lihat para bloggers review barang. Selain blog, Instagram pun boleh jadi medan dapat duit. Hehe. Barang apa tah lagi boleh dapat. Wiwiwi

Selalunya yang famous sangatttt dapatlah peluang sebegini. Contoh? Macam Irine Nadia, Yuyu Zulaikha, Maria Elena, Fatin Suhana dan sebagainyaaaaaaa.

#True

5) Tweet berbayar

Mesti korang tertanya-tanya apa benda lah tweet berbayar ni kan?

Kalau blogger yang aktif di Twitter, selalunya akan ada pihak yang berminat untuk upah mereka tweet tentang program mereka. Contohnya dalam sehari, kena tweet 20 kali beserta dengan hashtag. Dan upahnya juga lumayan. Lepas lah jugak nak tanggung duit makan dalam 2 3 minggu. Haa gitu. Selalunya dia akan upah untuk jumlah followers 2k ke atas. Depends lah. Tapi, aku tak dapat lagi tweet berbayar. Takde rezeki lagi. hehe.

Image result for twitter

6) Join contest!

Ini paling ramai bloggers join. Sebab mudah sangat syaratnya. Kekadang hanya perlu komen, kekadang hanya perlu up entry. Hadiah dia pun sangatlah best contohnya macam Cabaran iPhone 5s dari Denaihati ni haaa. iPhone 5s kott. Ada banyak yang offer wang tunai jugak taw.

😎💃💃


Banyak blogger yang dah untung sebab kerjaya dengan blog. Terutamanya Denaihati, RedMummy, Yuyu Zulaikha, Hasrul Hassan, Abang Ensem dan Ben Ashaari. Korang mestilah kenal dengan mereka ni kan?

Kalau bersunguh nak jana income dengan blog, cuba sehabis mungkin dan fokus hanya ke blog. Dan bergurulah dengan sifu otai yang disebutkan. Kalau usaha, Insya Allah, pasti berjaya. Macam aku, aku tak kisah sangat buat masa sekarang. Mana tahu bila dah berhenti kerja, aku akan fokus 100% kt blog pula kan? Gitu lahhh.

Baiklahh. Dah setel untuk Tugasan Terakhir Cabaran iPhone 5s. Semoga ada rezeki. Aminnn!

Thanks tuan DH sebab bagi peluang iniii ^^

Penaja Utama
  1. http://amariman.com
Penaja Individu
  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip
Follow and let me know!

Post a Comment

29 Comments

  1. Good luck ya Kak Scha. Moga dapatlah iPhone 5s tu.

    ReplyDelete
  2. good luck cik scha.. masih setia sebagai part-time blogger yg menulis entah apa-apa.. huhu..

    ReplyDelete
  3. banyak cara nak buat duit online ni kan.. buat masa ni, saya stick dengan nuffnang and churp2 je.. lain nnti dulu la... nak fokus dengan study dulu.. saya xley buat dua impian dalam satu masa. nnti satu tu x terkejar. hahaha..

    btw, good luck kak Scha! ^^,

    ReplyDelete
  4. deme2 mmg otai2 blogger.. tu lah kan sonok sambil berblog dpt duit hehe
    gud luck scha ! moga2 dpt iphone 5s tu hehehe

    ReplyDelete
  5. artikel yang bagus..tajuk yang best untuk blogger buat duit online...good luck ye

    ReplyDelete
  6. psstt~ Ana dtg lagi ! (dah mcm Tora datang lagi) kikiki
    scha kalo sudi nak sponsor hadiah utk GA ana meh la
    jemput drop email kat entry ni :
    http://ana-mizu.blogspot.com/2014/11/nampaknye-positif.html

    ReplyDelete
  7. Gud luck scha...wahhh sonoknye kalau menang ni

    ReplyDelete
  8. Wah! Tersenarai dalam cabaran akhir! Hebak ahhh! All the best ye Scha! ^^,
    RosmizaAliDotCom

    ReplyDelete
  9. good luck
    bukan senang nak tersenarai sebagai 70 yang terakhir =)

    ReplyDelete
  10. Memang banyak cara nak jana pendapatan online :)
    Kena luangkan masa lebih sikitlah. Akak skrg stick dgn Nuffnang & 8share je..

    ReplyDelete
  11. billion terima kasih sudi meneruskan cabaran terakhir iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum. Satu perkongsian yang menarik, seronok membacanya :D Hehe
    Semoga berjaya ya! ^__^

    ReplyDelete
  13. Gudluck scha. Xsmpt nk join contest nie dlu..rugi plak rse..hehe

    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
  14. good luck scha :)
    komitmen yang tinggi sangat perlu untuk mencapai kejayaan. ^.^

    ReplyDelete
  15. dalam banyak2 tu sis join nuffnang je

    ReplyDelete
  16. tahniah sebab berjaya disenarai pendekkan dalam list. !!!

    ReplyDelete
  17. Ada juga daftar dengan affliate.
    Tapi x pernah check ada income ke tidak.

    ReplyDelete
  18. good luck scha !! semoga berjaya !

    ReplyDelete
  19. all the best. . :D memang terbaek la cara blogger buat duit online. :)

    ReplyDelete
  20. gud luck sya, kita pun baru 1st time dpt advertorial dr zalora..dpt voucher utk shopping di sana..hoho..

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)