Assalamualaikum. Hai. 

Masih lagi bersedih atas kepulangan jenazah MH17 yang selamat tiba di Malaysia pagi tadi. Semoga arwah-arwah semua tenang di sana. Beruntunglah mereka kerana ramai yang menghadiri pengkebumian mereka. Allahu.

Yang paling sebak, melihat anak kecil yang masih tidak tahu apa-apa dan juga anak kecil yang teringin sangat nak menatap wajah ibunya buat kali terakhir dan memohon ampun kepadanya ibunya. Sedih sangat. Allahu. 



Esok nak peluk mama puas-puas. Biarlah kata manja apa pun. Asalkan dia tahu aku sayang sangat kat mama. Takut tak sempat sahaja :(


Terima kasih kepada para pilot yang menerbangkan jenazah dengan selamatnya menggunakan flight #MH6129. 

JURUTERBANG dan kru pesawat MH6129
Dari kiri, Pegawai Penerbangan, Yap Yoon Kong; Kapten Bakri Othman, Datuk Kapten Misman Leham, Kapten Zaim Khalid.

Kapten Misman Leham tu sepupu ayah aku. Alhamdullilah. Semuanya selamat. 

Source: Click the picture.